Thursday, June 27, 2013

UnTuK GiRL PLuS SiZe...MaK DaH JuMpa !!

Okey..
sebelum ni aku pernah tulis betapa susahnya nak carik baju/seluar untuk saiz Feesa.
Sekarang mak dah ada penyelesaian untuk masalah tersebut...
ianya dari O'Kayce..
ya range pakaian dari O'Kayce ada saiz baju/seluar/skirt untuk Feesa..
semalam gak mak dah belikan sepasang untuk dia untuk hari raya nanti.
Al maklum kebetulan ada diskaun 50% sebat ler jugak..

Dia tak suka pakai seluar, sebab ketat sana sini kan..dia tak selesa..
so semalam kat O'Kayce tu ada banyak jenis skirt labuh yang cantik2..
mek tu dah ambik sehelai skirt labuh saiz M (waaahh) dan sehelai baju kembang di perut saiz XL sebab nak masukkan lengan muscle dia tu kita kena beli extra saiz untuk dia.
Syukur sangat akhirnya ada jugak jenama baju yang keluarkan saiz baju untuk anak aku.

Actually dulu pernah gak beli, tapi tak perasan kot..
lagipun shopping baju bukan selalu..setahun sekali je kot lagi2 untuk Feesa, setakat baju harian kita beli yang murah2 jer..
Kalau nak raya ni aku belikan jugak lah walau sepasang nak harga 100 hengget (pphhuuuh)..
kesian dia..selalunya dia memang akan pakai baju 2nd hand adik aku jer...
aku memang dah lama sangat tak belikan dia baju, sampai kadang dia cemburu tengok aku asik belikan Umar dan Hamzah.
Ok lah kakak, lepas ni kita shopping baju kakak jer lagi sepasang yer..lepas tu, tutup buku shopping sebab nak puasa sudah.

1 comment:

Nieza Ishak said...

Feesa ni macam suffiya, belah bawah besar ... aku rasa la. nak2 tang perut. aku banyak belikan dia t-shirt stail peplum (masa ni peplum tak femes lagik) mmg nampak lebih selesa.

Popular Posts