Monday, August 30, 2010

PaNaS NyA HuJuNg MiNggU !!

Huwaaaaa.....
kita cuti 3 hari..tapi laki aii tak cuti pun..hari Jumaat kerja pukul 8 malam..hari Sabtu pukul 12 dah pi kerja. Tak suka okkey! Sebab tugas nak menyelia anak2 di waktu cuti harus dikongsi bersama sebab dah la aii yang kena mengandung..dia tak boleh kongsi part itu! Yang menjadi bebelan ni..sebab time cuti itu..cuaca sangat kering kontang panas terik.

Hari Sabtu...mak budak ni melepek dari pukul 12 sampai 4 petang.Anak2 suruh buat hal sendiri, Feesa tak puasa dengan bangganya mengunyah jajan tepi pembaringan mak dia ni..lepas dah habis kunyah jajan..kena lah kerah tenaga jaga adik kan?? Aku suruh poser tak nak!!
Paling haku geram...sesambil ku lelap2 ayam tu..dia humban adik dia masuk baby cot.Punyalah terkejut badak haku ni...terus terbangun dan kasik pelempang kat lengan dia.
Ko ingat adik ko tu tong dram ker nak main humban jer..kot lah terhantuk ker terkehel leher ker.Bayak hal aku nak tulis kat blog ni nanti!

ohohohoho! Ini hari pun rasanya cuaca kat luar sangat panas.Syukur ada aircond dalam opis ni.Makanya pasang sampai naik tersumbat lobang hidung pun takpe.asal tak panas.
Perut pulak..sejak awal pagi ah melapar....pepagi masa mandi tekak ni meloya tapi tak muntah.Kejung perut ku kejap.

Ada banyak kerja nak dibereskan..makanya esok ku pun kena bekerja..al maklum....lebih hebat dari Bangla lah katakan!!

Wednesday, August 25, 2010

Ma....NaK MaIn BuNGa Api !!!

kalau cakap 2-3 kali takpe lagi nak menjawab...
tapi kalau dah nak 50 kali ..rasa nak lempang jer!
Itu dialog Feesa..asiklah nak keluar main bunga api..mintak nak main tu dari pukul 4 petang sampai ku bagi keluar pukul 8 malam!
Tension betul!
Bunga api tu bukan mak dia yang belikan...tapi sepupuku yang bagi..sebab?? sebab anak ku yang mintak!
Notty Feesa..ggrrrrr !
Bapak dia pesan malam tadi - "main sikit2..nanti habis tak boleh main lagi esok!"

Hah! apa punye pesan la..itu pesanan menyusahkan badan lain kali jer.

Ku punya pesanan : "main bunga api tu terus sampai habis malam ni, ajak kawan2 sekali"..

wah kemain happy Cik Feesa padahal dia tak tau muslihat mak dia..
alasan suruh main bunga api tu sampai habis supaya esok2 dia tak mintak nak keluar rumah untuk main bunga api lagi.

hahahahahahah! padan muka!

AkU SuRReNDeR Laa.....

kerja giler!! macam mana aku nak happy2 dengan duit gaji ker shopping2!
kerja aku banyak giler sampai 2hb..
hari ni tension aku memuncak bila ada satu lagi tambahan tender untuk 1hb menjadikan semuanya untuk tarikh tersebut menjadi 5 buah tender!
2hb pulak still maintain 2 buah!
Giler tak giler!! Semua kerja ni aku buat sendiri!!
Masalahnya...kalau jenis yang senang macam ubat2 ker aku boleh pejam mata kalau 6 sekalipun (pernah beb!)
Tapi ini tender racun..ada macam2 spec nak kena masuk dan selalunya berjela2 dengan report bagai.

Apa lagi aku boleh buat..sekarang ni aku nekad..nbuat jer mana yang mampu..
bila dah tension macam ni..benornya..nak buat kerja tu pun dah tak boleh!
Bagi tuan2 yang beli tender (tuan2 kat opis aku ni hah) harap sedor diri sikit time nak beli tender tu..jangan ingat ada robot yang boleh buat semua keje tu siang malam tanpa cuti.Dah la banyak cuti pulak tu.

Aku nak tengok..kalau aku tak mampu buat tender ni semua..boss aku berani cakap apa??
hahahahahahahahahah!! sila kira share kita yer!

Tension memang tendion tak boleh nak kata dah!!

Tuesday, August 24, 2010

KoranG DaH SaMpAi SeRu RaYa Ke BeLum ??

aku???
belum lagi sehingga selepas 2hb..banyak dateline tender..malah sangat banyak!!
Ohhh ! selagi belum 2hb memang tak lalu nak mikir raya lah jawabnya!

Sabtu lepas ke Subang Parade, mereka sudah pasang lagu raya yang sangat TIDAK menusuk kalbu.Mungkin belum sampai seru! Si kakak Feesa dapat puasa satu hari pada hari tersebut, makanya dia dapat hadiah kasut raya yang terus di pakai selepas di bayar!

Budak zaman sekarang excited tak boleh tunggu raya...kalau kita dulu..excited mesti tunggu sampai raya baru pakai..so nanti hari2 jenguk kasut.
Si Feesa dah di lenjan satu Subang Parade...tak cukup dengan tu..dalam umah pun pakai setiap hari sampai aku rasa nak gigit kasut dia! Bingit ngko!! sebab dia beli yang bertumit..takde tumit takde kasut namanya!

Benda lain memang tak shoping almaklum kudrat ku ni hanya boleh di guna untuk 1-2 jam sahaja untuk aktiviti luar rumah. lagi2 shopping! Save my money!! hahahahaha!

Agenda shopping raya pun tak sampai seru lagi..tengoklah kalau rajin hari ahad ni pulak...
Encik Am nak bersandal cap boya tapi takde yang dia berkenan! Pakai capal aje udah bang!

Lupa pulak..nampaknya baju raya aku tahun ni baju kurung siap harga 50 hengget kat Giant Seksyen 13 tu jelah..tapi nak pi tukar saiz..depa ni jahit baju ngam2 ikut badan, nak jimat kain ker haper! nanti lepas raya tak boleh pakai dah..harus tukar saiz besor sikit!

Monday, August 23, 2010

ThiS CLarKs is StIll AvAilAble !!



SOLD!!!



Hallo kawan-kawan...
kasut ini still available kepada sesiapa yang berhajat nak beli kasut raya anak anda.
Kasut baru tak pernah di pakai, cuma masa beli tu (sebab kirim dari UK) sudah salah saiz.
Harga ?? giler murah...
RM65 sahaja....Size 10.5F @ 28.5
Contact saya untuk dapatkannya...cuma patung 2 ketul tu saya tak pasti ada lagi ker tak??

Dia PanDai DaH !!

Siapa ingat iklan Ho Ho Ho Horlick yang Liza Hanim jadi model ngan anaknya tu??
Ada satu dialog tu...
Anak Liza Hanim : Mama buat ho ho ho horlicks eekk?
Liza Hanim : Nak Sahur tak??
Anak Liza Hanim dan anak aku Umar Zidan jawab : Nak!nak!

adeh laaa.....tak kusangka budak 1 tahun 5 bulan dah pandai ngajuk iklan..hahahahaha! kelakar sangat.
Masa tu dia dalam bilik air tengah mandi (main air), tapi dari dalam bilik air tu boleh dengar iklan ni kat TV..tetiba jer dia menyahut!! kekekekekeek lawak betul!!

TeTiBa NaK KeNa MoDaL !!

huwaaaaaa....
marah nya hati!!
semalam ada tragedi kat umah..
sedang ku berbaringan di rumah (seharian ku berbaring semalam benornya) dan menonton televisyen......
anak kecik ku yang tak padan kecik tu....siapa lagi kalau tak si Umar Zidan..
telah menghempaskan kepalanya tepat kat cermin mata ku.
Dengan serta merta di iringi bunyi 'ccrraaapp'!!!!
Mak ni terus la campak cermin mata tu & terus bangun dari pembaringan!
Suruh la bapak budak tengok cermin mata tu ker yang pecah atau dahi anak dia yang bunyik macam tu???
sekali betul lah kan..cermin mata mak ni dah berlobang sebelah kanan akibat di hentak dek dahi si anak!
Ada sikit saki baki kaca kata kat bawah2 mata sempat mak usap jatuhkan..takut termasuk mata..tak raya mak korang ni jawabnya!

Haaaa...terpaksalah modal kan..tapi selamat jugak ada cermin mata lama yang masih ku simpan rapi.Modal la jugak 70 hengget....so Umar kena bayor pakai duit raya kamu nanti..muahahahahaha!

Walaupun hatiku marah...sebab kaki dia kena lepuk jugak semalam! Yang penting selamatt!!!!!!

Friday, August 20, 2010

I'M Ok !!

hahahahaha
sajer nak cerita..ini pun nak cerita..
apa lagi nak buat daripada menanti waktu2 pulang ke rumah ni.
Petang ni cadangnya nak berbuka kat rumah emak.
So akan goreng bayam sikit & ???????
beli kat bazar je lah kot...
itu je pun yang ada kat umah....
semalam saya masak untuk berbuka tau!!
masak bening bayam...di nikmati bersama sambal tumbuk ikan bilis letak tempoyak (wallla) dan ikan masin goreng!
Makanan ini...tak pernah saya tolak tepi setiap kalinya! Lauk simple yang paling membuka selera.

Saya jugak takde kena sickness la kot..Alhamdulillah...masa awal2 hari tu jer kot..sejak 4-5 hari ni dah semakin ok.

Selamat berhujung minggu semua!!

KiSaH RaMaDhAn 2008!!

Okey..kisah 2008 pulak!
Masa tahun ni...saya start mengandung anak ke-2 (si budak Umar Zidan ler)
tapi waktu tu...saya lansung takde sickness..sihat sentiasa.Alhamdulillah.

Dan ketika Ramadhan tahun tersebut lah saya dan keluarga saya telah buat satu perkara yang sangat ekstrem iaitu 'bermalam raya di Jalan TAR'

mana taknya..di akhir2 puasa, kami anak beranak jalan2 kat Jalan TAr dengan misi mencari tudung!Dapatlah tudung tu..tapi kualiti sangatlah hampeh..ada yang herot berot..al maklum masa beli tu waktu malam...tak nampak time nak adjust2 tu kot.
Hambek ko!!

Malam terakhir Ramadhan pendek kata malam raya lah..kami masih melepak kat Jalan TAR..masa kami sampi pukul 11 malam. Sekali masa lepak2 tu (kat kedai sepupu) tetiba hujan selebat2nya...sampai kami semua stuck tak boleh balik.Jam dah pukul 1.30 pagi nih..huhuhuhu bilalah aku nak balik???

Akhirnya...kami balik jam 430 pagi...perjalanan sangat lancar..dari KL ke Shah Alam cuma 22 minit. Esok paginya, lakiku tersayang tak sembahyang raya pun..mana taknya..anak beranak bangun pukul 1030!
Hahahahahahah!

Tahun ni tidak lah oooii!

Thursday, August 19, 2010

KiSaH RaMaDhAn 2004!!

haaaaaa.....setahun kemudian aku bakal menimang cahaya mata.
kali ni mesti jadik punye...sebab dah besor pun perut.
Tarikh itu ialah 9 Ramadhan 1426H...
tepat jam 1133 pagi....
lahirlah zuriat pertama kami..Saidatul Nafeesa!
yang sekarang dah berusia hampir 6 tahun kalau ikut kalendar omputih!
Dah gemok gempal aku bela sampai nak beli baju pun susah nak carik saiz.
Dah pandai melawan pun iye..siap ejek2 mak dia lagi kalau dia kena bebel!
Makanya pada tahun itu...aku tidak berpuasa selama bulan Ramadhan tersebut.
Sedih tau!! Sebab masa 1 Syawal aku baru pantang dalam 22 hari
si Am pulak sibuk nak balik kampung dia, sungguh tak sensitip punye laki!!
Aku geram sangat time tu..sampai nak meroyan raya rasanya! Macam ker memang aku meroyan time tu?? hahahahahah!

Lagi satu yang tragisnya..Feesa adalah seorang baby yang suka berjag + menangis waktu malam! Sanagtlah memenatkan bagi orang lain yang berpuasa,
masa tu berpantang kat umah mak..kadang seawal 2 pagi mak dah bangun terus masak sahur..apa lagi nak buat..cucu dah melalak!
Stress giler masa tu..nangis tak berhenti pun ada.Kesian pada mereka2 satu rumah!

Feesa...harap dapatlah jadi anak yang solehah..besar pengorbanan mak ngko ni melahirkan ngko di bulan mulia sampai tak dapat berpuasa.
Kalau Feesa tak ingat jugak..mama piat telinga tu macam petang semalam.Nak tak??

KiSaH RaMaDhAn 2003!!

hahahahaha...
masa ni 1st Ramadhan sebagai seorang isteri.ahaks!!
perangai pulak masih tak macam bini orang..
bila time puasa lari berkampung kat umah mak....
sebab apa??
sebab masih tak biasa bangun untuk masak sahur.
Aii kan pemalas!!
Masa tu jugak...aii baru jer start mengandung! Tapi time tu takde sicknes2 ni.Sihat jer!

Tetapi....pada suatu pagi..terdapat brown spot kat panties..ingatkan gapo lah benda alah ni!
Pegi check up di klinik..doktor kasi MC 2 hari suruh rehat..
masa tu badan kuat lagi..aii pegi Giant ngan mak ayah! sesambil tu singgah membaca kat MPH sambil menyangkung! Tetiba terasa seperti sesuatu membasahi seluar...ohhh rupanya itu spotty keluar lagi.
Terus pegi klinik lagi sekali....dan kali ini doktor scan baby dalam perut.
Masa tu doktor cakap..kantung ada tapi kosong! Huwaaaaa time tu dah bertakung air mata terkenangkan yang mungkin kami takde rezeki.Terus call Am yang tengah kerja waktu tu untuk datang klinik.

Doktor terus bagi surat refferal ke Hospital Klang..maka petang itu..kami berdua pun pegilah ke Hospital Klang tu. Hazab weh sepital ni..sampai nak waktu berbuka dok tercongok kat wad bersalin tu..
nak ambik darah..siap dia pintal urat2 tangan ku nih.Sakit!! mimpi ngeri betul!
Lepas tu cuma nak tunggu pakar dia jer..pakar dia scan dan cakap kandungan ku masih terlalu awal..lingkungan 7 minggu...padahal nak masuk 13 minggu dah waktu tu.
Dia bagi satu lagi appointment bulan 12! Sungguh la hampeh!

Malas nak type panjang..akhirnya kami pegi klinik swasta dan aku di sahkan keguguran sebab janin tak membesar.
Itu lah kisah Ramdhan tahun 2003 yang menyedihkan...kami kehilangan kandungan zuriat yang pertama!

Wednesday, August 18, 2010

KiSaH RaMaDhAn 1991!!

haaaaa....masa tahun ni, kita dah darjah 5..dah lulus dah bab2 puasa ni.
Tapi sebab masa darjah 5 tu kita sekolah petang..
so setiap hari sekolah kita bawak kain untuk di basahkan kat muka
al maklum...panas benor kaedahnya berpuasa waktu sekolah petang ni
rasa lemau dan ngantuk jerrr!

Bila malam pulak....setiap kali Ramadhan dah macam hari raya buat kita
kita memang budak nakal
suka keluar waktu malam nak pegi solat terawikh kononnya!
Selebihnya..kita pergi main bunga api kat umah kawan!
Kadang cakap betul2 dengan mak nak pegi solat terawikh..
tapi yang selalunya..suka selekoh tempat lain!

Time ni..kita dah pandai beli bunga api atau mercun bongok2 tu
ala....mercun yang meletup macam tak mau tu....
mercun padi tu kalau nak bakar..elok di cerai2kan dulu..bakar satu2...baru lama sikit masa ber main tu...hehehehehe!

Kadang2 bila baik hati, kita main bunga api dengan adik sama2 kat rumah
kita ni nama jer dah darjah 5, kadang otak masih macam budak 5 tahun
(bak kata emak ketika itu)
sebabnya....??? kita suruh adik kita yang 5 tahun tu bakar kan mercun padi kita
belum habis ajar...lepas bakar terus buang..lansung mercun tu meletup kat jari dia.
kAsihan adik kita!!! sooowweyy!

Tuesday, August 17, 2010

KiSaH RaMaDhAn 1988!!

masa tu kita baru umur 8 tahun
baru belajar nak puasa penuh satu hari & kalau boleh sebulan
tapi jangan di harap!
memang pesen tak menjadi harapan mak ayah kita ni..
kalau balik kampung..
main sakan bersama adik beradik sepupu dan pakcik
bila dah kehausan....
buat2 bukak peti ais..
alasan..... nak berehat2 dengan aircond peti ais..
al maklum tahun 1988 mana ada rumah orang yang ber aircond..kalau ada
sure yang kaya raya!
sesambil berehat tu benornya...mencuri2 seteguk dua air sejuk
hahahahahampeh lah aku nih!!

kenangan ni..jangan tak kenang weh!!

cuma jangan bagitau Feesa..habis mak dia kena bambu nanti!! hik hik hik!

Monday, August 16, 2010

TaKDe JuADaH NaK Di TaYanG !!!

Salam...
jelesnya bila baca blog orang lain yang semuanya dok tepek2 juadah masakan mereka sempena Ramadhan ini.
Kasihannya keluarga saya tak dapat rasa masakan saya walaupun Ramadhan dah masuk hari yang ke-6.
walaupun kalau pada hari bekerja, saya cuma makan bersendirian di temani anak2 tak cukup umur tu sahaja, bila hari minggu semalam jugak, saya tak dapat memasak sebab gas habis!!
Haaaaa..korang tau tak?? boleh pulak gas masak kat umah tu habis masa ku tengah masak sambal sardin untuk sahur pagi Ahad tu..selamatlah sardin tu masak jugak..sebab suam2 kuku kan..bedal ajelah!
Tengok, tengok..bukan malas masak!! tapi nasib tak menyebelahi..hik hik hik!!

Atas rasa iri hati yang berpada - pada melihat menu Popia sardin Puan Ana Suzana yang dikatakan sangat di sukai suami beliau.Saya pun nak buat la jugak kan..mula2 kena beritahu Encik Am dulu....
maklumannya berbunyi begini : "bang, Mi nak buat popia lah bang"
Replynya pulak begini : "Hah" (dengan nada sangat terkejut)..pandai ker nak buat kulit dia tu,tak susah ker?? Nak masak pun tak larat..nak buat popia tu susah la"!

Ohhhh!! laki ku pikir bininya ini kena gelek kulit popia tu..sebab itu dia bilang susah benor..baik tak payah!!

Ooii la bang...kulit tu kita beli yang ready made punye..buat haper la nak bergelek bagai.
Barulah beliau paham! Tetapi jalan shortcut yang di ambil...beli di bazar Ramadhan sudah!
kah kah kah!! senang hidupku!!

Tapi dah beli jugak kulit popiah tu malam tadi kat Giant..nanti dalam merangkak2 ke dapur boleh la jugak kot buat popiah tu seketul dua...kumpul banyak2 frozen kan..hujung minggu baru goreng! boleh ker diterima akal????

Nanti sambung semula dengan cerita kenangan Ramdhan pulak yer.
Bye bye!!

Friday, August 13, 2010

HuJuNg MiNGGU & RaMaDhaN !!

Assalamualaikum...
pertama sekali nak tulis,, my emak dah balik dari hospital semalam.Alhamdulillah dah sihat pun.
Yang tak sihat cuma tuan punya blog ni...asiklah tidor nak sedapkan badan.
Bangun tidor pulak terasa nak meloya2 tapi takde pulak muntah2.So setakat ni saya masih berpuasa penuh!

Ke mana orang lain hujung minggu ini?? ada yang ke rumah saudara mara untuk berbuka bersama ker?? Atau ada yang beragenda nak masak2 kat rumah??
Alhamdulillah...tapi saya?? tidaklah dulu..baik dok diam2 kat umah sendiri dari dok melepek kat umah orang nanti.


Selamat berhujung minggu semua.

Wednesday, August 11, 2010

SaLaM 1RaMaDhAN laaaa JugAk !!

Assalamualaikum....
salam Ramadhan buat semua
Ramadhan kali ini sedikit suram rasa di hati
sebab ibunda tersayang masih berada di hospital bersendirian.
Tetapi keadaannya sudah semakin pulih..harap2 mak dapat balik dalam 2-3 hari lagi.
Harapan jugak..agar diri sendiri ni boleh terus berpuasa sepanjang Ramadhan ini
sebab penyakit loya mak buyung sudah datang...
perut sentiasa lapar...
tapi tak boleh makan banyak mana pun..
silap haribulan..terkeluar pulak yang dah di isi...oohhh semalam dia start dah!!!

Harapan untuk Feesa berpuasa tahun ini...
cuma tinggal harapan!! Dia awal2 lagi cakap "esok nak makan"
pesen ape lah anak dara sorang ni!!!
dIA CAKAP JUGAK..."Arif (kawan sekolah Feesa) cakap..kalau kita lapar sangat masa puasa..kita boleh makan petai"
ooohhhhh.tensi betul la ngan ko ni!!


Nanti sambung cerita lain..

bye!!

Friday, August 6, 2010

FeeSa oooHH FeeSa !!

ini budak sangat nakal malam tadi....
orang nak tidor dah..boleh dia bergonjengan atas katil..memang nak makan cubit sedas dua nih!!
Baru mak dia nak kasi satu das...dia meloncat landing atas katil dia..sampai terhentak kaki dia kat penghadang katil tu.
Oleh kerana hyper active sangat...so semua tu jadi tak sakit pada dia.Kalau tak..mau melalak jer lebih!
Bila dia landing tu...dia siap cakap..
"ini DUYUNG...DUYUNG baru beli katil"
(sambil meniarap dan tergedik2 macam ikan Duyung la konon!!!)

hahahahahaha...itu jam ku pusing toleh tempat lain dan nak tergelak sangat2.Tapi kena cover sebab tadi baru lepas naik angin. Kang dia ingat mak dia ni main2 pulak!!

Hadoi laaaaa.......mana ada DUYUNG tidor kat atas katil..berangan aje lah!!

Wednesday, August 4, 2010

OuR 7th AnniVerSary


hahahahahaha
2hb Ogos 2003...itu ialah 7 tahun yang lalu..
last Monday on 2nd August 2010 kami menyambut ulangtahun yang ke-7
Bercuti dan berduaan ...lunch together dan tengok movie sesambil teringatkan anak2! Apa daaa...tak lomantik lansung..anak2 mesti ada dalam ingatan selalu walaupun tak di bawa bersama.
Kami cuma makan kat tempat feveret Am..Tony Romas..balik2 restoren ni...malas dah nk cakap...

makan sampai tak sempat nak habiskan...so tapau bawak balik pulak.Adoii la, lawak seehh! Memandangkan mood bershopping tidak terbit, maka kami tak beli apa2 pun untuk diri sendiri atau orang lain.Al maklum..mood mak buyung tak semestinya bagus selalu!hehehehehe!Hadiah anniversary ke-7....sebuah nyawa kehidupan ..tunggu bulan 3 next year baru keluarkan hadiahnya!Haaaa..hambek ko bang!
I kasik you hadiah yang boleh jadik besar dan bergerak2 kelak!Hahahahaha!Suka tak??

Sajer nak story..I order air ni instead of 2 gelas ice lemon tea, namanya Tropical Orange Freeze, sedap sangat..rasa nenas & susu ice blended!



Hok atas ni appetizer ....makan ni ajer dah separuh kenyang...namanya Kick Shrimp.Udang panggang bersama salad bahasa kampungnya!
Lain2 orderan biasa sahaja, I ambik burger jer yang akhirnya di tapau bawa pulang & Che Am dengan steaknya yang ntah berapa pound beratnya!
Lepas makan lansung ngantuk.Tapi sempat jugak nengok wayang cerita The Sorcerer Apprentice. Suka cerita magik2 gini!

Pelik daku....kami takde pun cerita cita2 perkahwinan kami atau matlamat lain..cuma cerita yang biasa2 jer..ooohhhhh aku yang semakin memboringkan!






aDa UJiaN YaNg DaTaNG MeLaNda .....

Salam all.....
hhhmmmm...banyak perkara yang berlaku kebelakangan 3-4 hari yang lalu
dengan my emak yang admitted kat wad...mulanya di DEMC Shah Alam now dah ke HKL pulak.
serabut kejap...penat badan tak payah di hitung.
Selamat ajer tak meloya sakan lagi....syukur sangat yang part tu...kalau tak...mau ku masuk wad sekali!
My emak was allergic to antibiotic..asalnya cuma nak keringkan luka bisul di lengan..selepas satu injection..semuanya bertukar tragedi, bengkak satu badan dan demam.Sampai akhirnya di masukkan ke DEMC, 4 hari di DEMC, keadaan beransur pulih cuma recovery sepenuhnya mengambil masa 2-3 minggu lagi mungkin.So doktor DEMC suggest untuk ke HKL semalam,
huwwwaaaa....nak ke HKL dari Shah Alam semalam naik ambulance okkey.I pun naik sekali..naik pening lalat ku dalam tu.Apa taknya...laju cam petir lepas tu brek2 semua.Naik pening kepala ni weh.... ini kali ke-2 ku naik ambulance..dulu pernah naik jugak..7 thn yang lalu sebab temankan emak jugak!Tak caya ker I naik ambulance...???dah la tingkapnya semua di lansirkan merah..oohhh...disaster!!

Hai..saya dalam ambulance ni!!Muka kena serius sebab ada bunyik siren..emergency la konon!


Itu emak saya..baring & buat2 tidur...tapi dia pun pening lalat jugak!



Kepala pun dah teleng sebab pening la kononya..padahal sebab kena nangkap gambor sendiri.OOhhh..ayah pun temankan jugak kami bersiar2 naik ambulance!


Hhhhhmmmmm..semoga emak cepat sembuh..dapat kita berpuasa dan berhari raya bersama lagi hendaknya. Masih belum bersedia untuk menghadapi ujian sebenar dari Allah..tak mampu rasanya kalau di takdirkan sesuatu yang pasti itu.......


Popular Posts