Thursday, June 27, 2013

UnTuK GiRL PLuS SiZe...MaK DaH JuMpa !!

Okey..
sebelum ni aku pernah tulis betapa susahnya nak carik baju/seluar untuk saiz Feesa.
Sekarang mak dah ada penyelesaian untuk masalah tersebut...
ianya dari O'Kayce..
ya range pakaian dari O'Kayce ada saiz baju/seluar/skirt untuk Feesa..
semalam gak mak dah belikan sepasang untuk dia untuk hari raya nanti.
Al maklum kebetulan ada diskaun 50% sebat ler jugak..

Dia tak suka pakai seluar, sebab ketat sana sini kan..dia tak selesa..
so semalam kat O'Kayce tu ada banyak jenis skirt labuh yang cantik2..
mek tu dah ambik sehelai skirt labuh saiz M (waaahh) dan sehelai baju kembang di perut saiz XL sebab nak masukkan lengan muscle dia tu kita kena beli extra saiz untuk dia.
Syukur sangat akhirnya ada jugak jenama baju yang keluarkan saiz baju untuk anak aku.

Actually dulu pernah gak beli, tapi tak perasan kot..
lagipun shopping baju bukan selalu..setahun sekali je kot lagi2 untuk Feesa, setakat baju harian kita beli yang murah2 jer..
Kalau nak raya ni aku belikan jugak lah walau sepasang nak harga 100 hengget (pphhuuuh)..
kesian dia..selalunya dia memang akan pakai baju 2nd hand adik aku jer...
aku memang dah lama sangat tak belikan dia baju, sampai kadang dia cemburu tengok aku asik belikan Umar dan Hamzah.
Ok lah kakak, lepas ni kita shopping baju kakak jer lagi sepasang yer..lepas tu, tutup buku shopping sebab nak puasa sudah.

YoUr InTiMaTeS ...

Hello all..
tetiba kan hari ni aku nak update cerita pasal intimate lingeries ni...
selama ni aku cam tak de lah kisah benor tentang lingeries fashion ni semua...
memang giler tak ambik kesah sebab membeli 2 tahun sekali jer..
sejak berminat dengan SPANX, semalam aku ke PARKSON Subang Parade untuk lihat sendiri tekstur textile Spanx ni. Ohh ya, Spanx ada di jual di Malaysia di seluruh store Parkson, Robinson, Tang dan beberapa lagi store terkemuka.Tapi harganya, kalau berani boleh jer beli...
Tapi jenis yang aku nak tu takde..so tak boleh nak compare kan harganya.
Pada pengamatan aku, material nya sangat kukuh kalau nak mengetatkan bahagian2 badan yang terpilih untuk disarungkan Spanx tu,lembut dan sangat stretchable,yang penting sediakan ongkosnya.

Untuk aku yang dah order online, sabar je la menanti..
sesambil tu aku singgah jugak kedai sebelahnya iaitu Audrey's...dan terjebak dengan sesuatu yang berharga 65 hengget 4 keping!!
Giler mahal weh!!! Ker aku dah lama tak membeli sampai tak tahu harga pasaran...
hat yang biasa2 jer pun 4 keping 20 hengget! Inikan pulak Audrey's.

Tapi yang aku beli ni pun jenis yang boleh grip perut la sikit...aku naik loya dah tengok perut semangkuk aku tu,sungguh mengerikan!

Meh aku share gambar antara jenis2 "keping" yang aku maksudkan tu.Tapi ni bukan dari Audrey's, ini gambar dari Sorella.

Yang atas ni jenis microfibre katanya...jenis ni cam bawah pusat kot, aku suka jenis bawah sikit dari  pusat, baru sedap nak grip perut.



Jenis macam atas ni aku ambik 3 helai,then aku realize yang aku suka jenis yang atas sekali.
Eeeiiii...jenis yang atas ni cantik jugak yer..tak tengok pulak kat kedai Sorella semalam.
Wwweeeeiiii....yang hat atas ni cantik lah weh.
Nak gi tengok lah nanti..

Kalau nak tau..kat Malaysia sekarang store2 besar pun dah ada bisnes secara online macam Tesco dan Parkson.
So bolehlah beli secara online kalau kita tak sempat nak pegi shopping kan...
tapi kalau nama aku..tetiap minggu adalah masa untuk aku terapi minda sambil bawak anak2 aku melepaskan stress!

Satu yang patut aku hindari selepas ini ialah untuk bawak Umar Zidan bersama ke tempat2 lingerie ni..
tau tak dia cakap apa kalau nampak patung pakai bra ngan seluar keping tu???

Dia cakap..."eeeeiiii cantiknya!!!"

hhuhuhuu ngeri mak!


Tuesday, June 25, 2013

Reward For MySelf !!

Good day everyone....
Hari ni keadaan cuaca dah kurang jerebunya dari semalam..
yes!! Semalam is teribble than today aku rasa..
tapi mereka cakap IPU di Shah Alam is 289 this morning...
tapi semalam yang 171 tu lagi teruk dari hari ini.

Tiba-tiba by this month kan...
aku macam nak beli sesuatu untuk diri sendiri...
selalu kalau yang aku beli biasa2 takde lah nak tulis reward bagai kan...
tapi kali ni...orang kata sekali sekala kita kena reward something untuk diri sendiri kan...
kalau ada ongkos lebih lagilah seronot bonot!

Apa ada dalam kepala aku la ni ialah....

Spanx with Tummy Control

Yesss!! Aku ialah dalam kategori tidak gemuk..tetapi aku ialah dalam kategori berperut buncit!! Tak macam dalam gambor perut org atas ni...yang sangat leper macam tak ada perut! Jeles aku!!
Maklum...buncit,kembung,leper dan buncit semula sampai 3 round kan..hahahaha itu pasal anak aku ada 3 orang...lagi benci kalau duduk dalam kereta...
seseorang akan perasan akan kebuncitan itu..menyerlah sangat nak tunjuk muka! Haiihh la...
bukan kata pakai ni jadi leper perut tapi at least la kan..aku ada sesuatu yang nak cover perut aku kalau pakai baju kurung atau jubah ker kan..

Aku dah order...tgh process from freshpair.com , shipping ke Malaysia cuma $9.95 jer..murah dari online seller jual..so kita boleh beli 2-3 barang lain dan dapatkan same rate shipping cost tu.

Okey..kalau dah sampai nanti ku bagi review yer..
buat masa ni kita melantaklah dulu....

Monday, June 24, 2013

SaLaM IsNiN YaNg JeReBu ....

Hello semua...
hai hai hai..
lately aku cam happy sikit...
sebab last weekend ngan semalam Mr Am balik rumah sekejap..
masa last week tu...dia tumpang kawan dia..maka sampai rumah dah pukul 12 tengah hari dan pukul 3 dah nak bertolak balik ke Rawang semula...
sedeynya lah hati masa tu...lagi pulak hari tu Hari Bapa, kami makan kat luar kejap dan balik semua ke rumah..tak sempat nak borak panjang dia dah kelam kabut nak balik semula.
Satu yang aku perasaan ..Mr Am adalah orang yang sangat punctual kala berjanji masa dengan orang atau ke tempat kerja....tapi kalau janji ngan haku..takde makne nyer sokmo lewat 15 minit!!

Semalam pulak...
aku pagi2 dah bangun dan paksa kanak3 mandi dan kami pegi Rawang fetch up papa mereka...9.43pagi dah sampai..
2 minit aku sampai mereka yang botak2 tu pun dilepaskan..& Mr Am orang yang pertama sekali keluar dari pagar..sebab aku dah suruh dia awal2 lagi beratur cepat2..jangan buang masa...hahahaha..terasa masa untuk bersama ni tersangatlah berharga sampai aku tak kasi dia tangguh2.

Ikut rulesnya tak boleh keluar dari pekan Rawang, tapi apa nak buat kan kat Rawang tu..takkan nak pusing2 naik kereta sampai habis minyak?? Baiklah kami balik Shah Alam, pegi Tesco beli barang dapur dulu, beli lauk dan balik rumah makan tengah hari, Mr Am kata dia tak nak makan kat kedai,dah lama dia tak makan kat rumah katanya..ooohh mmyyy..you're so sweet abang!

Balik rumah kan.....
dia pegi dapur...
dia cakap "hhuuuiiiii...kenapa dapur abang bersepah ni?"
hahahaha...bukan bersepah la...ntah?? tapi semalam dia kemaskan sikit2 dan memang nampak lebih kemas dari sebelum tu.
nampak sangat aku tak sempat nak kemas2 dapur..adalah 3-4 bijik botol kosong kat lantai aku susun baik punye..hahahaha.
Semestinya memang mengemas dapur adalah rutin Mr Am...

So 4 petang kami berangkat semula ke Rawang, sampai Rawang dalam pukul 5 Mr Am dah tak sabar2 nak masuk..patut masuk sebelum pukul 6, tapi sebab jenis punctual punya orang cam laki aku ni..seboleh-boleh dia nak masuk awal dari waktu yang ditetapkan.
Ok lah abang...
masuklah...nanti 2 minggu lagi kita jumpa semula...
aku pun drive balik ke Shah Alam bersama anak3....menyusuri jalan Pekan Rawang keluar Highway PLUS dan masuk Highway Guthrie...

Inilah kehidupan aku setiap hujung minggu bila Mr Am ada..
kalau dia takde..aku asik ngulang Giant,Tesco,Subang Parade dan ntah mana-manalah yang aku sanggup redah.

Wednesday, June 19, 2013

KaSuT PiLiHaN ....

Hello all...
tetiba kan..aku sibuk nak shopping kasut la pulak..itu tandanya aku tengah takde duit,maka gigih gatal nak nyopping!
Sebelum shopping jom kita cuci mata dulu...free jer!

Selalukan..kasut2 pilihan aku datang dari brand yang sama...selalunya...actually tak selalu..aku beli kasut dalam 2 pasang jer setahun..
kasut aku pegi keje sekarang cuma sandal mary jane Crocs yg aku beli 1.5 tahun yg lalu..
kasut terakhir yang aku beli pulak ialah flat sandal BATA 3 bulan lepas tapi aku tak pakai sebab kasut tu gigit kaki aku!
Brand pilihan aku adalah CLARKS dan BATA jer kot...CROCS bukan pilihan sebab baru pernah beli 2 pasang jer.
Setiap kali aku nak kasut yang elok2 sikit..sebab aku cuma beli setahun sekali je lah kot yg mahal cam ni setahun sekali atau setahun setengah sekali tak tentu,ikut mood jugak,tapi bukanlah setahun 6 kali kan beli
kasut.

Okey jom tengok pilihan pertama aku....
Namanya Crinkle Gold Nude Leather, comelkan aku suka sangat malangnya takde dah saiz aku..so sedey and have to decide other option.

 Yang atas ni pulak Popple Samba Tan Leather....style adalah sangat santai..sesuai kot dengan aku yang malas benornya nak ikat2 tali kat kasut bagai....warna pilihan pertama aku yang atas ni,coklat atau yang bawah ni?? Mana satu yang menarik yer??


HHHmmmmmm...think,think,think!

Tetiba pulak...bling!! Nak yang macam bawah ni pulak..
Namanya Dublin Reel...
aku rasa aku terpikat dengan warna Nude macam bawah dan atas tu...
sebab apa..kalau pakai kasut warna cerah gini...cam terserlah sikit kaki kita yang tak berapa cerah tu...
bukan terserlah lagi gelap..tapi cam berseri sikit.Pada pendapat aku lah...hahaha!






So ...aku sebenarnya tgh cuci mata jer, bukan nak beli sangat pun..tapi ada seorang online seller kat FB ni memang jual murah dari seller lain..
kasut2 ni semua aku skodeng kat Clarks.com, harga kasut in GBP korang kali dgn RM5 dan postage cost sehingga ke pintu rumah anda cuma RM50 sahaja.

Jom cuci mata.Clarks.com tengah online sale up to 50%

Tuesday, June 18, 2013

Bagaimana Nak Melupuskan Pakaian Dalaman ....???

hahahaha...ilmiah betul tajuk entry aku kali ni??
sebenarnya ramai yang tak tahu atau tak pasti atau lebih tepat hampir tak pernah buat!
Biar betul?

Pada hemat ingatan aku ni...
cemana yer aku lupuskan stok-stok lama pakaian dalaman aku..???
1 cara yang aku pernah buat...sekali dalam seumur hidup aku ialah
aku BAKOR kan sajer....stok untuk 18 tahun mungkin...
selepas tu aku memang tak pernah lupuskan lagi pakaian dalaman yang tak digunakan lagi.

Nak buang gitu ajer masuk plastik???
Ko berani ker??
Nanti bangla ambik sampah simpan kat umah dia baru ko tau??
hahaha..naya jer tetiap minggu 3 kali tunggu abang bangla kutip sampah lalu depan rumah!
Rindu katanya...kikikiki!

Semenjak dua menjak ni aku rasa stok pakaian dalaman aku yang nak dilupuskan semakin meningkat (bukab sebab beli baru..tapi sebab dah tak selesa dipakai)
maka tibalah masanya aku nak membakorkan mereka sahaja...
siapkan minyak tanah nak buat api!!
wweeeee....
lepas tu kita shopping yang baru!

Saturday, June 15, 2013

SeLaMaT HaRi BaPa

Untuk bapa saya...
untuk bapa anak-anak saya....
kalau ada rezeki mungkin kami bertemu esok..
kalau tidak tunggulah lagi 4 minggu yer anak-anakku..

cerita terpencil yg sedikit menyentuh hati aku semalam...
aku bawak anak2 pegi makan malam kat Giant 13,
lepas makan mereka main riang ria dalam playground berjaring dalam Giant tu..
playground baru yang cantik sayangnya anak2 kita tak reti guna kemudahan..
memanjat, baling2 barang/bola,panjat rumah plastik tu..sampai pintu rumah tu pun dah tercabut..
sakai sungguh...
nak ajar anak2 cam monyet senang jer..
aku kenalah jari tarzan..
naseb lah..anak orang pun aku jerkah..iyelah dah besar2 melasak tak kira tempat..langgar semua budak2 kecik bawah umur..
baling2 barang tak hagak2...memang aku jeritkan ajer.Selamat takde mak budak yg serang aku..hahah!

Berbalik pada cerita aku nak cerita tu..
ada sorang budak perempuan ni unur dalam 5 tahun menangis kat dalam playground ni..
bapak dia duduk sebelah aku kat luar jaring tu tunggu anak2 main...
masa tu Feesa depan aku (dalam kawasan playground tu)
budak yg nangis tu pegilah dekat dengan tempat bapak dia duduk dan mengadu..sambil nangis2..
bapak dia reply "jangan nangis, abah ada kat sini"
Feesa dengar perbualan tu ..iyelah sebelah aku je kan...
aku nampak mata Feesa macam berkaca-kaca..
lepas tu aku dengar dia cakap sendiri...
"bapak kita takde"

HHmmmmm...
aku buat -buat tak dengar...
mungkin dia rindu papanya kot...
alahai anak!

Friday, June 14, 2013

DeKo RuMaH HaRi RaYa Ni??

Hello all....
tajuk kat atas macam ada gaya aku nak menambah/menukar barang kat rumah.
kalau tak barang pun...
aku rasa macam nak tambah kaler dinding aku yang oren tu...
aku rasa aku nak cat sikit warna lain kat tengah2 tu....
apa kata kita try Nippon Momento



Cat ni mahal aku rasa...
dulu2 aku pernah nampak tak silap 2 liter ker?? Dalam rm150 harganya..giler mahal cam kertas dinding harganya...katanya kan effect cam kertas dinding..sebab tu ler harganya pun macam tu.

warna kelabu hat atas tu cam cantik kan??
hhhmmmm....nak jalan2 kedai cat pun takde mood....aku rasa la ni kedai cat ada yg buat offer sempena nak raya. Jom kita cuba tengok!

SeMoGa DiA SeLaMaT

Assalamualaikum...salam Jumaat penuh rahmat..
malam tadi aku terima call dari si dia..
pukul 12 lebih macam tu...
dia cakap "esok abang tak dapat call...abang masuk hutan 1 malam"
hhhhmmmmm....tak tau apa nak cakap.
Aku cuma nasihatkan supaya dia berhati-hati dan semoga semuanya selamat
lepas letak phone..aku tak boleh lelap..
aku pikir dalam hutan banyak dot dot dot!
simpang malaikat!!!

Macam2 yang aku bayangkan...
dari yang bergayut sampai yg pakai dress putih....
kesian dia....
tak dapat nak tolong! kalau aku yang kena..confirm aku buat2 pengsan sebelum bergerak ke hutan tu.
Selamat aku pompuan...hahahah!
Takde yg selamat kalau dah masuk kem macam tu...kesian lah kat pompuan2 yg dalam kem tu...
tak dapek nak nolong yo.

Dari jauh ku panjatkan doa..semoga hijab matamu tertutup dari melihat sesuatu yang bisa mengugurkan jiwa...sesungguhnya aku kalau dengar bunyik tikus berlari atas ceiling pun dah ingat mcm2...inikan pulak terpaksa duduk di dalam hutan semalaman...yg waktu malamnya hitam pekat likat tanpa cahaya.

Lindungi dia untukku Ya Allah!

Amin.

Wednesday, June 12, 2013

ini ler bajunya ....



Haaaaa...
sajer gatal takde keje nak menepek baju anak...
bukan anak baju yer..
yang itu kalau gatai sangat nak menayang aku tak tau lah kan...haha!

Baju biru ngan baju coklat tu Umar Zidan yang punya..
baju biru tu kalau boleh dia nak pakai dah sekarang ni jugak..aku sorok siap cakap..
mama takde duit nak beli baju raya lagi...kalau dah pakai sekarang raya nanti Umar pakai baju buruk.
Tak puas hati..dia pakai kejap2 la...
dia cakap ini bukan baju raya,,ini baju jalan...
hhhhmmmmm...tak boleh jadik..sorok cecepat!
Baju kuning tu baju Hamzah yang mahal aku tulis sebelum ni...
budak kecik tu pun dah pandai nak baju baru...
so aku bagi dia baju baru yang lain...selamat bangsa takde lah nak pakai sampai bila2,senang pulak aku nak cabut simpan balik..
itu je pun nak tayang...
aku kan kebosanan takde aktiviti masak memasak...maklum!
hahaha

Tuesday, June 11, 2013

SeLiPaR RaYa...CrOcS ??

Hello...
lately aku malas buat keje..
asal masuk opis, check attendance budak2...kemas2 meja sikit..
aku round on line shopping world...
belinya tak jugak..
sajer cuci mata! 


Aku sedang dilanda penyakit tak tau nak beli apa gamaknya...
selalu kalau aku suka suki nak itu ini benornya time tu aku tak berduit...
tapi sejak pegang duit lebih sikit ni aku cam bebal sikit nak shopping apa?
Beli barang dapur pun ntah haper2..balik umah takde makanan jugak..
yang aku beli sabun cuci baju sampai 2 botol..
patut beli la softner kan??hhmmm sudah lari tajuk pulak.

Okey...last week aku gi shopping la kononnya..
mula-mula aku pegi Subang Parade masuk Mothercare..okeh kedai dia dah besar dan ada ELC sekali,
lokasi tingkat atas sekali sebelah Parkson.
HHmmmm takde lah diskaun gempak sangat...
10% - 50% jer...
tapi ada sehelai baju tu terperuk 60% off aku ambik ler untuk Umar.
Mula2 cam ambik 3-4 helai baju..end up aku rasa cam mahal sebab mostly diskaun cuma 20%
last2 aku sauk jer 2 helai, satu untuk Umar yang 60% off tu dan satu lagi untuk Hamzah...
sekali bayar eeehhhhhhh...kenapa cam mahal jer,sebab Umar punya dah less 60% dalam 20++ jer...
rupanya si Hamzah punya tu mahal..harga asal ajer dah RM56..
see...bebal tak?? Iye aku jadi semakin tak berhati-hati dan semakin taste off dengan fesyen baju budak2 sekarang ni.Semua cam biasa2 jer pada mata aku plus mahal pulak tu.
Cashier pun dah punch harga..nak tak nak aku bayor je lah...2 helai baju tu 70 hengget!
Balik rumah laju2 aku campak baju masuk lemari rahsia!


Tiba2 hari ni aku teringat kasut nak pakai raya pulak..
ikut hati kering aku nak belikan selipar jer...
tapi dah banyak benor selipar budak2 ni...
mak ayah aku rajin belikan selipar lagi2 untuk Hamzah si kaki ayam..
kalau nak tau..
Hamzah ialah anak aku yang paling sinonim dengan kaki ayam..
bukan sebab kakinya cam ayam..
tapi sebab tak suka pakai selipar atau kasut..puncanya sejak dah beranak 3..aku malas nak belikan dia kasut atau pun selipar...dah lah tak belikan..malas pakaikan pulak.
Sudahnya dia cam tak biasa nak pakai kasut atau selipar..
manjang kalau aku hantarkat rumah mak aku...time mak aku nak bawak gi kedai ke haper..mak aku seret jer dia dengan kaki ayamnya....nenek mana sanggup tengok cucunya macam tu kan..so belikanlah..aku rasa dah 5 pasang selipar mak aku belikan untuk Hamzah jer.

Dan untuk memasang niat shopping aku kali ini..aku nak belikan Umar dan Hamzah sorang sepasang selipar cap buaya ni..
comel kan...tapi nak beli bukan depan mereka..sebab nanti tak sabar2 mereka nak pakai..
sebelum tu..kita pegi check sizing dulu dan kemudian mak pegi beli senyap2...
hahahaha!!



Biru tua untuk Umar Zidan dan kuning beringin untuk Hamzah Qayyum!

Monday, June 10, 2013

setelah 3 minggu ....

akhirnya semalam...
aku drive sendiri bawak anak3 di pagi Ahad yang mendung..
ketika hujan membasahi bumi dengan selebat2nya...
kerana panggilan dia aku gagah pandu kereta walau tak tahu benar mana nak tuju..
aku tau Bukit Beruntung ke Bukit Sentosa..
berpandukan ingatan pudar aku atas hasil carian google...
aku gigih kerana sekeping hati ini...

Aku bajet pukul 10 pagi aku dah sampai...
tapi dok kerana buta arah..aku terlajak sedikit....
undur balik dan sampai!!

Selesai melapor kat pengawal...
kami tunggu dalam kereta...sama macam orang2 lain yang tunggu ahli keluarga mereka jugak...
anak2 dah resah gelisah sebab tak sabar tunggu papa dia orang..
aku kena la control ayu bajet tak ler batak sangat walau tak jumpa dah 3 minggu...
anak2 dah jerit.."ma...papa sampai"
aku pun semakin control ayu dengan terhegeh-hegeh tutup game candy crush saga aku lalu keluar dari kereta.
Iye..dia datang dengan kepala botak dan muka tersengih-sengih...
dia bukan tersengih tapi bergenang air mata!!
Walla!! he's very sweet guy...dia sangat terharu bila nampak muka2 kesayangannya.Peluk dan cium setiap orang anaknya dan last sekali aku..bininya!!

Kami melepak sampai la pukul 3 petang...
aku dah penat duduk..ada sekali aku baring kat atas tikar..aku siap bawak bekal makanan, wagon dan tikar bagai..
bajetnya memang tak boleh keluar dari kawasan tu..so memang melepak setengah hari kat situ.

Aku harap lepas aku jumpa dia..
hati aku dah terubat la rindu kononnya...
makin tak boleh blah adelah..
bongok betul aku ni!Hati kaca betul..

Dia makin hitam..muka macam sangat letih/lesu atau mungkin turun sedikit berat badan..
muka macam tak berapa berisi...
atau mungkin sebab kepalanya botak dan tak bermisai.

Untuk diri aku..
bertabahlah untuk 5 minggu lagi..

Friday, June 7, 2013

Shopping Baju Raya....JoM !!

Good morning beautiful!
Tajuk..shopping la sangat...
aku benornya dah berjalan last week kat shopping mall..
malangnya sale belum start lagi...
dengar2 this week dah ada yg start sale macam MOthercare, Sogo dah start sampai 16 June tak silap..
Zara coming soon katanya...

Aku dah lama menyepi bab2 menyopping baju anak3 lately...
sibuk dengan waktu kerja aku yang pack 9-6 sampai umah nak 7 malam buat hidup aku terhad sangat...
hari Sabtu pun aku keje tapi half day lah..tapi sebetulnya sebulan ada la 2 kali jer kot aku dtg hari Sabtu..malas!

1st week of July nak puasa dah..
macam biasa bulan puasa aku jadi paling lemah gemalai letih lesu tak bertulang...
bangsa tak cukup zat memang mcm aku ni...
So agenda nak bershopping-shopping memang takde lah...
aku tabik pada orang yang boleh keluar pagi2 dan pegi shopping 3-4 jam kat mall di bulan puasa...
kalau aku...nak pegi bazar Ramadhan pun kena rest 3 jam dulu baru boleh langkah...hahahaha!

Cerita pasal nak shopping...
drawer Umar Zidan is almost empty...
budak tu lately dah tebal sikit aku tengok dari paras perut ke punggung...
boleh tahan jugak ...aku bajet dia jadi anak aku paling kerempeng sebab bab makan dia ikut mood...bukan sentiasa ON  macam Pica & Hamzah.
last aku belikan baju Umar ialah bulan 1 hari tu...itupun 2 helai tees sahaja...
seluar pendek,jeans ke haper semua beli masa raya last year.
Sian anak aku sorang ni...
dia takde baju sebab dia anak lelaki pertama aku..takkan dia nak pakai skirt kakak Pica pulak kan??
Lagi pun Pica is takde baju saiz 4...masa dia 4 thn baju dia semua saiz 6!
Tapi Hamzah aku tak risau sebab dia akan pakai baju hand over Umar Zidan...

So kemana kita hujung minggu ini dan hujung minggu seterusnya sehingga sebelum puasa??
Aku target nak ke Sogo yg jauh berbatu-batu tu...
bajet nak cari baju basahan Umar & sikit2 lah baju raya dia orang..
Sebelum tu kena tulis bajet dan target...
Target baju basahan Umar 4 pasang, baju raya 2 pasang/anak...
aku selalu memang kena siap2 target & bajet dari rumah kalau tak selalu terbabas je kejenya.
hahaha!


Thursday, June 6, 2013

GiRL PLuS SiZe !!

Hello semua
hari raya lama lagi..sebelum tu puasa dulu..
yang pasti aku tak ganti puasa pun lagi...
Hari ni nak tulis pasal Nafeesa aka Feesa aka Pica
dah 2-3 tahun dia pandai puasa..
tapi end up tiap kali aku belek album raya tahun sebelumnya..badan dia makin naik dari yang dalam gambor tu...
maknanya...anak aku saban tahun tak selim jugak..makin bertambah adalah!

Sekarang ni...makin susah aku nak belikan baju/seluar
sebelum ni aku ada tempahkan skirt 2 helai kat Makcik Rehan...
itulah yang dia sebat setiap kali nak jalan2...
seluar lain semua sendat2 belaka...
bukan aku tak belikan...
tapi bila beli 2-3 bulan ajer dah sendat..
so aku belikanlah seluar cam kain biasa2 tu..tahulah berapa lama sangat tahannya???
Ada yang terkoyak..ada yang lusuh tak sesuai buat berjalan..
bila kami semua pakai seluar jeans Feesa macam sedih sebab dia cakap dia sorang je pakai seluar biasa2..
alahai....sedih mak!!

Puas aku menggoogle girl plus size .. kat US macam tu adalah jugak..tapi terhad pilihannya..
tiba2 aku mulalah datang akal nak meniaga...
sebelum tu baik aku carikkan baju anak aku dulu untuk dia pakai raya at least la kan...
sian anak debab aku...

aku dah jumpa..kat OLD NAVY,kat MACY, kat KOHL's dan beberapa web lagi memang ada jual baju Plus Size.
Kalau hat size budak biasa aku kena belikan Feesa saiz 14, kalau baju pun nanti melekat kat badan..
so aku nak cuba beli yg hat plus size ni....at least kalau seluar tu takdelah labuh bebenor jadiknya.


Isnin lepas aku belikan seluar untuk dia kat H&M...beli kat department teen saiz XL okeh.HHHmmmmmm...cepatlah ko tinggi lagi Feesa ooiiiii....


Wednesday, June 5, 2013

CoreLLe DeviDeD PlaTe



2 design plate yang baru tiba

Tuesday, June 4, 2013

BaRaNg DaPuR ....

Lately aku macam tak reti apa barang aku nak beli untuk dapur aku...
yang sebenarnya aku adalah sangat malas nak masak waktu ni...
bukan mabuk simpan budak dalam perut yer..
tapi malas takde kesian punye...
sampai nak beli barang dapur pun aku jadi blur2 gitu...
minyak masak, beras dah top up...
tapi masih tak guna pun sebab yg lama masih berbaki...
tapi yang nak buat anak2 aku makan time aku malas nak masak (hari2 okeh)
aku beli cereal sekotak 2 hari dah licin...
aku beli susu kotak 2 liter 3 hari dah tinggal titisan terakhir...
aku beli bubur instant 2peket jer pun..dah lama habis sebab Pica kelaparan malam2 aku malas masak
meggie aku last kopek sebungkus semalam Umar Zidan dah sebat..

Takde makna aku nak beli sayur2an bagai...
mau semua layu dalam peti ais jawabnya...
takkan lah bagi anak aku makanan segera jer...???
apa punya emak la...pegi kedai beli lauk pun aku malas...
malas makan kaedahnya..hahahah!

Iyelah..aku sebenarnya malas makan..
bukan malas masak...
kalau lapar malam2 aku terus tidor...
pagi ni benornya aku lapar sangat...
tapi malas jugak nak makan...
so tengahhari nanti je lah aku makan...

Jimat belanja...
tapi aku jenuh nak mikir barang makanan buat anak2 kat rumah malam2...???
telur 10 bijik aku beli dah 10 hari masih ada 6 bijik lagi...
sardin dalam tin kira-kira balik malam tadi ada 3 tin lagi rupanya...
nampak sangat kemalasan melanda...

Yeeaayyy...aku telah mendapat idea...
beli roti putih dan kaya sahaja kita malam ni anak2 oooii!


Popular Posts