Tuesday, August 27, 2013

Ingat ... Sebelum Masuk Rumah ...

Bacalah 

sebanyak 3 kali dan kemudian memberi salam.

Buka sepatu kiri dahulu kemudian sepatu kanan dan melangkahlah masuk ke rumah dengan kaki kanan.

Sekadar ingatan....

kerana di atas pintu rumah kita itu terdapat jin penunggu yang akan sama-sama masuk ke dalam rumah bersama-sama kita jika kita tidak mempratikkan yang di atas.

Yang baik di kongsi bersama

A TriP Of A Life Time ....

Salam semua,
wah tajuk entry macamkan nak pegi bulan jer kan...
aku selalu berangan...kalau ada vacation pergi bulan aku nak ikut...tapi apakan daya duit tambang ajer nak dekat sejuta hengget...bukan itu cita-cita aku pun.

dalam hidup semua orang mesti ada cita-cita kecuali laki aku...
aku pun tak tau atau dia terlalu merahsiakan cita-cita dia. Nak jadi superman barangkali maka kenalah berahsia nanti orang tau kan..hahaha.

Dalam hidup aku pulak...
aku teringin nak memorikan perjalanan aku menjelajah ke 2-3 buah negara asing..tak banyak yang aku nak sebab mungkin tak bakal dapat, tapi yang 2-3 tempat tu aku akan pastikan cita-cita aku bakal tercapai sikit masa lagi atau sekurang-kurangnya tak perlu lah sehingga aku vateran benor baru tercapai cita-cita tu.

sebelum ianya menjadi kenyataan...
aku dah puas menjelajah blog orang membaca pengalaman mereka yang telah menjejakkan kaki ke negara asing...pada waktu itu..aku rasa alangkah bahagianya kalau aku jugak dapat memahat memori seindah itu bersama orang yang tersayang,

Kita pegi sini ker?? Kukenkhof Garden


Naik ini ker?? Glacier Express

berangan jer dulu...ada lagi dalam list ni...tunggu!


Wednesday, August 21, 2013

Tips Berjimat di kala membeli barang dapur

aku akan pastikan :

1. Pergi time perut kenyang so tak membeli membuta tuli nampak semua nak di beli konon nak balik masak
2. pergi tanpa bawak anak-anak
3. siapkan list barangan yang mesti beli
4. Limitkan belian untuk makanan yang sekadar penyedap tekak tapi tak kenyang pun mcm air2 jus, yogurt2, air kotak dan jajan2
5. Beli bahan basah yg akan di masak dalam tempoh 3 hari, sayur kalau tak pikir nak masak tak payah beli lansung.
6. mesti beli meggi,pasta,sos pasta,telur dan sardin
7.aku mesti beli bahan sarapan mcm pau segera,karipap segera,kentang goreng atau nugget (bukan 2-2) dan sosej.
8. Stock up sekali setiap bulan sabun basuh,softner,sabun cuci pinggan,minyak masak dan keperluan toiletries setiap kali walau masih ada stock di rumah..kalau murah beli 2...sebab ada masa bila duit terpaksa di ansurkan ke tempat lain..belian barang2 ini memakan amount yg bukan sedikit.

tapi kan...
masalah aku kalau beli time perut kenyang...
semua benda aku tak nak beli...sebab dah kenyang..takde idea nak masak..
dasar!!

Lauk-Lauk Sedap....

selepas asik tala rendang, masak lodeh, ketupat dan lemang...
lauk pauk yang sangat sedap dimakan dalah seperti
sambal sardin, sambal gesek, ikan masin goreng dan budu...
dimakan bersama nasik panas...
sangat membuka selera...

kalau ada sayur masak bening dan sambal belacan ada pulak ikan goreng garing...
ppphhhuuuhhh mau nasik aku 5 senduk!

* i'm hungry ghost!

Tuesday, August 20, 2013

Pre-Order Corelle ETA Disember 2013

Salam semua...
pre order corelle terbaru bermula end Ogos ini sehingga Disember 2013
kepada semua yang berminat boleh buat pilihan anda yang mana berkenan di hati..
jumpa page kami di Facebook Corelle & Friends untuk koleksi gambar corelle & Tefal

Akan datang kami akan bawakan produk-produk barangan dapur dari UK dengan harga berpatutan dan bayaran secara ansuran.

Tawaran terbaru...

Set Livingware 16pcs di tawarkan pada harga RM270/set normal price ialah RM290 (kuantiti terhad)

Sila sms atau email kami di amminafeesa@yahoo.com - 0185704633 (ammi)





Friday, August 16, 2013

9 Syawal sudah

Assalamualaikum... salam Jumaat 9 Syawal..
last week this day aku balik kampung laki kat N9,
hari ni aku dah pegi kerja pon..
Alhamdulillah anak-anak semua dah sihat, bila dah sihat lain pulak peelnya..
semalam aku cuti sebab Am offday..
so kami bawak anak2 jalan2...
lunch kat Ikan Bakar Jalan Bellamy lepas tu shoot ke IKEA..
sajer carik pasal.

Penat giler semalam dengan peel Hamzah..sejak baik sakit...
dia ngengade terlebih...
mengamuk sakan kalau nak sesuatu tak dapat..
contoh : Nak beli air dlm vending machine, nak air dlm botol instead of air dalam tin, duit aku pulak dah last kopek, pulak tu dah tertekan hat yang tin punyer..dia boleh bantai mengamuk sakan tak nak berhenti nangis nak 20 minit.
Aku ikat dia dalam car seat..ko nangis la puas2...dia dah letih nangis..tau pulak mintak tetek..
haaaaaa..baru ko tau...ngan mak ko ni..lagi ko nangis lagi aku buat tak kisah.

Biasa lah...sesekali aku treat jugak budak2 ni ngan toys, Hamzah dapat soft toys bentuk dinosaur kat IKEA, Umar dapat Kapten Amerika si kakak pulak dapat la Tumblin Monkey ker haper ntah nama mainan tu...semua tu adalah deduct their duit raya.
Sebab duit raya dah lebih seribu (3 beradik) so yang lebihnya aku tak kisah bagi dia orang belanja sikit.

Pagi ni mereka semua ikut papa hantar mak gi opis, sebelum tu kami pegi minum kat kedai..
ada pulak peristiwanya sebelum aku balik kedai tu...nak tau tak..lemah kaki ngan tangan aku...
kena sergah ngan anjing liar..selamat dia tak terkam si Pica..gatal sangat lari2..padan muka ko!

Monday, August 12, 2013

Eid 2013 - Macam Tak Raya Jer ....

Salam Lebaran semua..
Hari Raya kami kali ini sangat ter uji dengan tahanp kesihatan anak-anak yang tak begitu baik..
Hamzah is melepek sejak 28 Ramadhan membawa ke Syawal yang ke-3, diikuti Umar Zidan sejak Syawal ke-2 sampai la hari ini...


Tengoklah...Hamzah hampir tak berdiri atau duduk...cuma baring lemah sejak dia kena cirit birit dan muntah2 masa raya pertama tu..malah menangis pun tak..semua makcik2 aku risau tengok dia,sebab layu sangat sampai pucat. Tapi apa lagi aku nak buat..aku still bagi dia minum sebab dia rasa haus memanjang, tapi tiap kali minum..mesti keluar balik, apatah lagi kalau aku bagi ubat.Tapi nak raya kan..aku sarungkan ler jugak dia baju Melayu tu walau dia tak nak...pakai kejap jer buat ambik gambar.Selebihnya dia cuma nak tido..tido dan tido.
Masa raya pertama Umar Zidan terlebih excited atau sebenarnya dia pun dah berjangkit ngan penyakit adiknya aku pun tak perasan, tapi aku tau yg dia 1 hari tu memang tak makan lansung...makanya pagi raya ke-2 sebelum nak balik kampung Am Umar dah start muntah2..ada lah 2,3 kali muntah sampai kami berhenti kat R&R nak basuh muntah kat seat dan baju dia..huhu
Al kisah..2 budak sudah tumbang di hari raya.

Masa ni okey lagi..kami kat kampung belah mak aku...

Si Feesa so far Alhamdulillah masih sihat...jangan dia pun sama aku tak larat dah wei..hari ni dia masih kat kampung sebab tak puas beraya lagi ngan atok nenek...
biarlah..nanti dia balik sini ngan Mak Ngah nya..harap2 dia sihat2 jer...kalo dia lembik kang siapa pulak nak mendokong dia pegi klinik..mau patah pinggang bapak kau.

Semua anak2 mak cepat sihat!!


* Hamzah dah sihat selepas 5 hari tak makan...badan susut 2kg sampai mata cengkung..start petang Sabtu dia dah mula mintak nasik,lapar sangat agaknya...makan dengan banyak walau cuma lauk kicap manis dan takde muntah2 dan cirit lagi.

Tuesday, August 6, 2013

Macam Tak Raya Je Aku Ni Nampaknya ...

Salam all
macam biasa..semua plan aku hancus tahun ni...
rasanya aku plan nak raya sejak last year lagi tapi sampai masanya semua masih tak siap
tahun ni memang aku berangan nak shopping last minute (plan paling bongok!)
hasilnya....2 hari lagi nak raya ni...
baju Melayu Umar Zidan ngan Hamzah Qayyum tak beli lagi..
baju kurung aku ngan Feesa tak sempat lagi nak ngambik....
hanbag aku ialah beg plastik mahal nampak semua didalamnya...aku rasa cam kena tipu ngan seller ni..aku nak dalam gambar lain dalam realitinya 100% lain..dia seboleh2 suruh aku percaya apa yang aku nak mmg dalam gambar lain. Stupid!!
Okeh..selipar raya sampai ke saat ini memang aku takde...ntah2 aku tak beli lah kot..malas nak pikir..
2 malam aku tak tidor dah...
Hamzah pulak start petang semalam muntah-muntah dan cirit birit...
malam tadi pukul 1215 aku pegi klinik anak beranak...
lepas tu Hamzah tak mau tidor..kerempeng perut dia bila habis keluar semua isi perut sampai muntah kuning.
Kesian sesangat! Dia nak minum air tapi memang tak boleh lansung..seteguk dia minum dan dan tu terus tersembur balik...
pening kepala mak dah...aku tidor kat bawah je pagi tadi senang nak keluar masuk bilik air...
harap2 ler HAmzah cepat baik yer...
aku heran ler..sejak Feesa dulu anak2 aku jenis jarang giler demam atau sakit..tapi tiap kali nak raya jer aku memang asik ulang alik klinik..raya thn lepas sebelum raya 2-3 hari dah demam si Umar...
thn sebelumnya raya pertama aku gi klinik bawak Hamzah tak sihat..thn sebelum tu Umar pulak semput.
Mencabar sangat raya aku tetiap tahun...

bertabahlah yer mak....walau kasut raya aku takde...
yang penting anak2 aku sihat dan gembira di hari raya nanti.

Popular Posts