Friday, July 31, 2009

AnAkku WaReHoUsE SaLE!!!





inilah hasil rembatan tadi..nasiblah yer korang nak nengok cara cemana pun...maleh dah nak adjust, nak upload gambor pun satu hal...jenuh!!





punyalah ramai umat manusia..tidak seperti warehouse sale nya yang biasa, mungking ramai yang nak beli untuk stok raya. Haku pun jadi tak tentu hala..nak memilih ...hmmmm jgn la diharap nak bersenang lenang macam kat mall yer kawan kawan.





Harga seperti biasa..sepasang RM10..ok la kan. Hambik ko..sekali ku beli..sama corak tapi lain kaler yang lain saiz pun ada..lantaklah situ.

Wednesday, July 29, 2009

aLaHai FeeSa!!

ini dialog antara saya dan Feesa melalui telefon pagi tadi.
Feesa : Ma..jom kita pegi jalan jalan, shopping!
Mama : Mana boleh, ini hari kerja..cuti nanti boleh la.
Feesa : Picha nak beli kasut tumit tinggi, nak pakai dengan baju cantik!
Mama : Ha...iye lah ..nanti kita beli bila nak raya.
Feesa : lagi satu..Picha nak kurus..
Mama : Laaaa..kenapa pulak??
Feesa : Sebab Picha dah gemok! kawan kawan kat sekolah semua cakap Picha gemok!!
Mama : Isshhh...mana ada..anak mama tak gemok la..dia orang tu jeles..siapa yang cakap macam tu?
Feesa : (dia sebutla segala nama kawan kawan dia kat sekolah tu)
Mama : Haaa...ok lah..tak payah la kawan dia orang.
Feesa : Ma... nanti Picha tukar sekolah ye..biar kawan kawan Picha rindu kat Picha.
Mama : Iye lah!
ala..siannya..gemukkah anakku..rasa tak lah..tembun dan coeml je ku rasa!
aloh..biasalah..budak budak kan!!

NaK NaNgiS NiEe!!

uuwaaaaaa....
entry ni ku tulis sejurus ku rasa macam nak nangis sangat..
macam mana yer nak mula...???
ada seorang kakak di sini...
anak menantunya baru bersalin..so dia tanya pasal jamu jamu yang ku ambik masa bersalin dulu..so, ku ceritalah so on everything kan. And ku cakap..ku ada satu lagi minyak NR yang belum bukak lagi..ku kata nak jual kat dia, kasi murah la sikit, sebab ku punya masih ada lagi.
Harga minyak itu ialah RM68.00 yer...
so semalam ku bawa dan berikan kepadanya..
dia ambik tanpa berkata apa apa...ok, it's fine for me!
tapi ..bila pagi ni..dia kata..
"anak memantu akak cakap terima kasih la sebab bagi minyak tu"
uuwaaaaaa......aku bukan bagi..aku nak jual murah murah jer...
ala....ku yang pastinya tetap tak akan mintak la kat kakak tu...
so sekarang sedang meratapi nasib & memuhasabah diri untuk mengikhlaskan hati..
semoga apa yang ku berikan tu di balas pahala oleh Allah!!
Amin!!
Doa lah banyak banyak biar aku tak kena mental disorder dengan perangai manusia yang berbagai ni!!
Chow!!

Tuesday, July 28, 2009

Ya AmPun Ko!!

Punyalah haku tak ingat...hari Ahad ni ialah Anniversary Perkahwinan kami yang ke-6...
kah...kah..kah..
baru nak 6 tahun dah hampir terlupa..adakah selepas selepas ini akan terus ku lupakan..
haku betting...Am mesti terlupa!!!
Arrgghhh!! Nak buat apa yer????? Last year kami ber vacation di Cameron Highland. This Year??
Seksyen 17 Shah Alam..kat umah No 26..tak syiokkk wooo!!!
nak pi makan best2.....dengan anak kecik..mulut ntah ke mana makanan ntah ke mana??
Nak dating berduaan??? Tak biasa la kan..nanti dok teringat kat anak!!
Haku jer sibuk nak plan...laki ku mana???ooohh...dia hanyalah tetamu VIP jer nanti!! kot iye jadi!!
Tunggu!!

WaReHoUsE SaLe DaTanG LaGi !!

huhuhuhuu...
this month of August..full house warehouse sale sana sini..

Start from :
31July - 2 Aug (Anakku, Kampung Jawa, Klang)
1Aug - 2Aug (Pureen, Petaling Jaya)
7Aug-8Aug (Padini, Hicom Glenmarie, Shah Alam)
12Aug-16Aug (Metrojaya, Stadium Malawati Shah Alam)

ada lagi kot...

tapi yang ini yang ku tunggu tunggu...

jangan pegi semua...tapi macam mana kalau terpegi jugak???


jawabnya......

Sepanjang bulan Ogos...makan baju jer looorr anak beranak!!

Monday, July 27, 2009

UmAR ZiDaN @ 4MoNtHs!!












Akal semenjak umur 4 bulan ni....


1) Asik hisap jari jemari


2) Asik nak duduk jer..(macam pandai la)


3) Tak nak baring selalu, kalau boleh nak di tegakkan


4)Belum pandai pusing sendiri lagi.tapi kalau di tiarap kan, boleh pulak pusing jadi baring terlentang.

PaRaNoRmAL - PaRt II !!

Ok..sambung lagi...

kejadian yang pertama itu telah mengenal kan saya dengan kejadian kejadian yang seterusnya, yang berlaku kepada kawan saya ini.
Dia..seperti biasa duduk di belakang saya, ohhh..kawan saya ini baru berpindah dari sekolah lain sebelum belajar di sekolah saya, sebelum ini, dia belajar di sebuah sekolah agama berasrama di Klang. Dengar cerita, semasa dia belajar di sana lagi dia telah mendapat gangguan ini sampai dia berpindah sekolah ke sekolah saya belajar.

Rasanya kejadian yang menimpa dia sangat banyak, mungkin saya dah lupa sebab ianya sudah 12 tahun berlalu, yang mana melibatkan saya..saya akan ingat sampai bila bila.

dia..apabila mula di kuasai kuasa makhluk lain tu..seperti keras kejung seketika keadaannya..mengerekot seketika dan kemudian..tadaaa..seperti biasa..tetapi yang diri itu bukanlah kawan saya lagi..dia ialah "sesuatu"..kerana tingkah gaya & air mukanya tiba tiba terus menjadi lain. Lagi satu perihal yang tak dapat di lupakan..kakinya sentiasa berhenjut...dengan sangat laju tanpa boleh di kawal. Kalau time dia sedar pun..memang kakinya tak boleh berhenti.

Kejadian ini pula.....
tiba tiba...dia ... ketika didatangi "sesuatu" itu...
mencekik lehernya sendiri dengan menggunakan tangan kanannya sahaja...
saya yang nampak ni..dengan sekuat kudrat menarik tangannya dengan kedua belah tangan saya..tapi tak bergerak apa pun tangan dia dan terus mencekik lehernya sendiri..
kemudian...
kawan yang di sebelah pun turut membantu menarik tangannya supaya tidak mencekik lehernya sendiri..

lepas pegangan di leher terlerai..dia terus pengsan..
Fuuhhh!! kami lega..dan saya pelik!!
Macam mana dia boleh memegang lehernya hanya dengan satu tangan sahaj adengan sangat kuat.Yang pastinya..itu bukan dia...!!

Selepas beberapa kejadian yang saya saksikan sendiri secara live...
saya semakin berani menghadapi kejadain kejadian yang lain...

bersambung di entry akan datang..!!

PaRaNoRmAL !!

haiii....
PARANORMAL!! perkataan ni baru jer glamer sejak zaman millenium ni kan??

haaa...kalau nak tau, saya ialah penggemar siri siri misteri & paranormal ini, entah kenapa?? saya sentiasa suka atau nak aje dengar dengar cerita yang begini , cerita-cerita begini kadangkala buat kita meremang bulu roma seketika sambil berfikir bahawa ada makhluk lain yang hidup di dunia ini selain dari kita dan alam di sekeliling kita yang nyata.
Saya tak tau..macam mana agaknya bunyi puntianak mengilai...tapi...sejak beberapa kali slot slot kat TV tu tunjuk..saya teringat, saya macam pernah terdengar bunyi bunyi begini suatu ketika dulu.Tapi tak ingat di mana..sebab tak tau kan bunyi apa tu..ingatkan bunyi anjing!!

Pengalaman pertama berdepan dengan kejadian yang aneh & misteri ini ialah semasa saya berada di Tingkatan 5, kawan sedarjah saya rupanya telah di tumpangi makhluk entah apa ke bendanya sejak dia di Tingakat 2 lagi.

Suatu pagi..(dia duduk belakang saya)sewaktu guru sedang mengajar..
tiba tiba kawan saya ni rebahkan kepala dia di atas meja, macam tidur tu..kami pun panik..ingatkan dia pengsan ker haper! sambil saya dok kejut kejut kan dia..
Tiba-tiba..dia angkat kepala dia dan terus merenung tajam sambil kepala dia menyenget dan menjeling tajam ke arah saya. Waaalllaaa...takutnya lah saya waktu tu..!!! Nak terkencing haku!!
Kemudian dia diam gitu sambil matanya memandang papan hitam..tapi pandangannya tu kosong, kawan sebelah dia dah tau rupanya apa penyakit dia..so dia macam tak berapa takut lah kot! I guessed!

Tapi..kalau nak tau, malam tu saya tak boleh tidur dek kerana terbayang renungan tajamnya tu. Saya tau yang merenung saya tu bukan kawan yang saya kenali, tetapi ..dia ialah "sesuatu".

Hmmmm...nanti saya cerita lagi beberapa siri kejadian yang menimpa kawan saya semasa di Tingkatan 5 dulu!

PaReNtInG TiPs to ShAre!!

  • I am raising my child to be a successful vicegerent (Khalifah) of Allah, who will help create a truly Islamic World.
  • Today I will try my best to know and understand all the influences upon my child's development.
  • Today I will try my best to help my child understand the power of negative influences to take him/her away from Allah, and the power of positive influences to take him/her to Allah.
  • Today I will try my best to shield my child from the power of the negative influences to take him/her away from Allah.
  • Today I will try my best to enhance (increase) the power of the positive influences upon my child to take him/her toward Allah.
  • Today I will try my best to notice some positive things my child does or says, and tell him/her how much those things are appreciated by me and by Allah.
  • Today I will try my best to say nothing negative to my child. Even if I have to correct my child's wrong behavior I will try my best to find some positive way to do so.
  • Today I will love my child unconditionally, but I will try my best to express that love at times which are most beneficial to my child.
  • Today I will try my best to be an example of a good and right human being (Muslim) for my child.
  • Today I will pray for Allah's help that I can be a good parent for my child.

Am I a good mother to my childs????? InsyaAllah!!

Friday, July 24, 2009

KeLiWoN!!

hhhuuuuuuuuuuuuuuuu...
setiap Khamis malam Jumaat...kami (Feesa & I) mesti tengok cerita Keliwon kat TV3, 9.30 malam. Entah kenapa anak dara tu tak takut lansung nengok cerita cerita merepek ni..ku pun layan je lah kan.

Tapi ...dalam banyak-banyak siri...siri malam tadi paling kelakar lah..
cerita hantu apa ntah..si Fasha Sanda yang jadi hantunya..
tapi hantu ni....hadoi la...
siap cabut kepala dia.
Yang kelakar tu sebab apa..buat apalah si hantu ni dok tanggal kepala dia..kan satu hal lagi nak menjinjing kepala lepas tu pulak. Hadoi la...
kalau ko letak je kepala ko kat badan kan senang.

Kuang..kuang ..kuang!!

uuwaaaa....jangan ada yang "melawat' udah lerr...

BeRaT SaYa !!

hai...
pagi tadi bawak Umar Zidan ke klinik..ingatkan demam campak sebab badannya kemerahan. Tapi doktor kata tak, mungkin radang yang muncul sesekali, entahla...
ohhh..itu tak best pun nak cerita sebab ok kan..
yang sibuk nak kasi tau ni aialah berat badan saya...
walllaaa..punyalah lama tak pernah timbang berat (setelah weighing scale kat umah mak jahanam)..hari ni baru timbang berat sendiri kat klinik tu..
berat saya sekarang ialah ...teng, teng, teng.....50kg!!!
suka tak?? harus lah saya yang suka..sebab berat sebelum mengandung dulu pun hanyalah 49kg..
selepas ni haruslah..makan berhemah..nak kasi turun itu 1 atau 2 kg lagi.
Kuang..kuang..kuang..
jgn jeles!!

Thursday, July 23, 2009

JgN MuNtAh OkkEyy!!

huhuhuu..ini cerita lama sebenarnya..tapi tak pernah cerita lagi kat orang..
berlaku time ku pantang hari tu...
mak datang hari hari tolong masakakn lauk makan tengah hari seperti biasa..
kat rumah kami yang usang tu..kalau dapur berasap setiap hari..bila orang dah takde.."si makhluk" ni akan datang kemudian..checking kat dapur apa yang tinggal...kalau dapur bersih..dia masuk mai dalam..entah ikut celah mana?
Suatu pagi ..selepas mandi...
macam biasa, nak makan breakfast ni..makan roti jer ..tapi Roti Gardenia butter scotch tau..bila bukak tengok..heeiii ada pulak yang di tinggalkan Feesa ..tak habis makan, membazir tau..dah lah mahal roti ni.
haku pun makan lah...tak nak membazir..aiiikkk ada 2 keping pulak tu...ngades betul anak ni!
Sekali tu Am pun join sekali breakfast..sekali dia tengok...laaaa....plastik roti ni kenapa berlobang???
dah kena gigit tikus!!!
Aku pulak...macam kejung jap atas kerusi tu...sebab dah telan saki baki gigitan si Chek Ti tu...."&*&(*(^*(^(*&(*798498HJKHGFTUIGjhbjsdjedhbf%^&^* sungguh!!!!
Am : mama dah makan ker roti tu?
Aku : (dengan nada nak menangis) laaaaa...iye lah, ingatkan picha makan tak habis
Am : berapa keping ?
Aku : 2 keping
Am : La....tak nengok ker.....
Aku : hheeeiii..mana lah orang tau..dah makan dah la...(haku macam nak angin la kan)
dah memang tak perasan...
selamat tak mati aku selepas selapas itu...
adoi la...malang sungguh nasib aku...sebelum ni , aku pernah terminum air yang ada jentik jentik...siap bancuh jadi air oren lagi!!
Selamat jugak antibody haku ni gagah perkasa melawan segala %&^&^ cinabeng gila babas tu semua!!!
huhuhuhu......

Tuesday, July 21, 2009

to LeT gO!!

Baby Gap Sz 6-12M
RM20 + postage (both) ~BOOKED~
Laura Ashley Dress Sz 4
RM18 + postage ~booked~

Zara Kids Sz 3-4Y
RM18 + postage ~booked~
Auth Polo RL Sz 5T
RM15 + postage

Baby Gap Sz 4T
RM12 + postage
NWT Pumpkin Patch Sz 2y
RM25 + postage
(bought at NZealand @ $24++)

Zara Kids Sz 2-3Y
RM10 + postage

Mothercare Size 4-5Y

RM12 + postage


Osh Kosh Size 4T
RM12 + postage

Guess Jeans Sz 2Y

RM20 + postage




Pumpkin Patch Sz 2
RM16 + postage



Esprit Baby Sz 86

RM12 + postage




Ada LaGi Tau....

masih ada lagi beberapa baju & jeans Feesa yang nak di let go...
tengoklah malam nanti saya masukkan..
tapi tak sure la pulak..sebab..tempat PC saya tu sangat berdekatan dengan sarang nyamuk kot..
hari hari ber internet kat situ asik kena geget nyamuk kaki pendek ini..
gatal tau I...

aLaMaK....SeDiH LaH GiNi !!!

huhhuhuhu...
sikit hari lagi nampaknya Umar tak dapatlah 100% breast feed lagi, sebab stock susu ku betul - betul, pump ini hari untuk minum esok hari.
Hmmmmm...so kena lah top up dengan susu formula , nak kena carik susu lagi satu hal, tapi tetap jugak nak campur dengan susu emak nye ni. Supaya belanja susu dapat di minimize kan & Umar jugak masih dapat minum susu ibu lagi.Banyak wwwooo khasiat susu ibu ni, tak terbeli dengan wang ringgit, sebab tu jugak..selama sebulan lebih ni, ku bertungkus lumus untuk up kan stock susu & makan macam macam pil & makanan yang boleh up kan kuantiti susu.
Ku jugak la ni dah jadi pemakan yang sangat tegar...asik nak makan jer..
bayangkan..nasik beriyani satu polesterine penuh ku boleh makan dengan selamba jer..maksudnya..lepas makan tu tak de rasanya sangat kekenyangan..cuma rasa..biasa jer..dah makan. Kiranya masih boleh isi lagi satu pack chickeroni..akekekek!
OoooHH...had makan saya begini..kalau setakat satu pack chickeroni tu..saya kena makan 2 pack setengah baru kekenyangan.
Kalau KFC ayam goreng..saya boleh makan 3 ketul.
Kalau Pizza pulak..dulu 1 slice setengah dah muak..now 3 slice..selamba jer dalam tangan.
walllaaaa..my stomach get expand ker??
Tapi semua ni bersebab..
sebab nak menyusukan anak...so.., anak..ingat ni..bila dah pandai baca..kot lah benda alah blog ni masih wujud..sila baca artikel mama kamu ini..
kalau mama kamu gemuk..sila jangan komplen..kang ada yang keras tak dapat susu!!
Kepada En Am....
saya buat semua sebab anak kita.....bukan anak saya!!
setakat buncit ala ala preggy 3 bulan tu..redhakan je lah...
sebab..........
.
..
...
abang pun sama!!!
wakakakakak!

Monday, July 20, 2009

Kalau berminat nak dapatkan pre loved clothing Feesa
sms di 012-2361090 atau email amminafeesa@yahoo.com

Sunday, July 19, 2009

Pre-LoVeD ClOtHiNg To LeT Go!!

Baby Gap (new)
Brown Size 3T ~booked~, Pink Size 4T (SOLD)
RM35 + postage
Brand Zara Kids Size 4-5Y (110cm) New
Material - Cudroy
RM30 + postage

Baby Gap XS 4-5T

RM35 + postage (new)

Guess Jeans size L (new)
RM18 + postage


Brand : Liz Clairborne Sz 12M & 24M

RM15 + postage
(bought at Qatar)




2 Top & Skirt (1 Top Brand Osh Kosh) + 1 Legging


Size 18M


RM32 + postage


(bought at NZealand)








Brand : Baby Gap Tees Size XS (4-5T)

(worn once only)


RM12 + postage






Dari kiri : Levis (5T)RM 30 SOLD, Mossimo (4T)RM20,(new)


Mothercare (2-3y)RM18, Baby Gap (4T)RM35 (used once) SOLD


Friday, July 17, 2009

SooN !!

saya nak let go a few baju & seluar Feesa yang masih baru..mostly branded..ada yang tak pernah pakai pun dah tak muat pulak!!
sangat sayang..tapi, mana nak ku sumbatkan...??
tunggu!!

KaLaU SaYa CuTi ???

Nampak tak..betapa tak ter urusnya desktop haku nih...

saper lah punyer kojer nih??

Mesti boss haku!!

Huh!!

ZiDaN wItH BuMbO !!

hahahahaha...

inilah barang yang ambil kat umah Eynda tu...baik hati dan pemurah sungguh Eynda nak bagi terus Bumbo Seat milik Hannah ni, takpe..lepas Zidan dah guna, kita kasik pinjam kat orang lain, biar berterusan amalan pemurah Eynda tu!


hhaaaa...ni yang maleh ambik awal awal benornya..anakku macam tak boleh tegak lagi, so simpan dulu..lagi 2-3 minggu dah ok kot!
Ewah...dok nyenget lagi ankku ini!!

SaMbUnG CeRiTa SeMaLaM !!


ok....

semalam kami keluar rumah pukul 9.05pagi, mula mula ke sekolah rendah kat umah tu, nak daftarkan Feesa untuk Pra Sekolah sessi 2010, tapi masih ada beberapa dokuman yang tak lengkap, so tak buatlah semalam!

Selepas itu pulak...ke Teso Shah Alam, pegi Pejabat Pos..buat urusan bil dulu sebelum ke kedai minum untuk breakfast. Am bawak kami minum kat kedai yang ada studio Upin & Ipin tu, makanan dia ok lah, not bad.

Lepas tu lgi....pegi umah Kak Eynda (ohhh..dia blogger yang tegar tu :))..memang dah janji nak ke rumah dia untuk ambik barang, sampai sana lif pulak rosak..tapi lif tu lif yang salah dari apa yang Eynda direct kan..haaa padan muka..ku tawaf satu floor kondo tu semalam..rtupanya rumah Eynda depan lif aje..

huhuhu..berpeluh ketiak den!!...lepas ambik barang terus balik sebab dah lewat nak ke MV.


Sampai MV...fullamak..parking semuanya full..tak nak parking kat Garden sebab bayarannya mahal..kami pernah kena charge RM11 last time, tobat!

Lepas tu pusing punya pusing bebetapa kali..dapatlah jugak parking..itu pun dah 12.30..huhuhhu nak tengok wayang lagi, nak shopping lagi, nak lunch lagi...

Kami tengok cerita Harry Potter - Half Blood Prince, best !! Saya memang suka siri fantasy ini!!

tup tap tup tap...

sampai umah pukul 6.40...ohhh..Zidan dah di ambil oleh nenek pukul 6.15

tapi punyalah tak biasa nenek nak ngasuh dia..melalak lalak sampai sedu sedan..ala cian anak mama ni!!



ini lah hasilnya..shopping baju anak je sikit...beli langsir & comforter set yang murah murah.



Baju Feesa 2 helai + 1 jeans, takde lagi istilah baju cute untuk Feesa sebab dia kena beli baju pra-anak dara punye fesyen, mana taknya..seluar saiz 7 & baju saiz 9 okkey!! gebu tak?? Lu pikirlah sendiri! Untuk anak bujang tecit..cukuplah sepasang, berhemah tau belanja kali ni!!

Ntah ye ntah tidak..comforter tu tulis harga sebelum discount RM489..tapi dah offer 80% jadi RM89..huhuhu...lantaklah..janji ku ambik yang paling murah!

Untuk diri sendiri..nan ado..tapi saya puas & happy!

Thursday, July 16, 2009

aaRRggHH!!

hari ini , saya penat...tapi best..kikiki~~!!
esoklah update!

Wednesday, July 15, 2009

EsOk Ke MaNa ??

wawawawa.....
esok saya anak beranak cuti tengah minggu nak pegi shopping!
Umar Zidan kena kuarantin tak boleh ikut & dok umah baby sitter as usual (sebab weekday kan)
haloh!!! bunyik macam nak shopping sakan jer kan..?? Sebenarnya,
esok ada Jcard Day kat Jusco Mid Valley...nak membeli baju raya anak barang sepasang dua untuk mereka supaya nanti ada baju baru di hari raya. arrghhh!! poyos sungguh ayat ini!!
Esok jugak...saya tak nak melepaskan peluang untuk tengok first day show
"Harry Potter" - And The Half Blood Prince.
ooohhhhh...saya ialah penggemar movie Harry Potter, saya tak gemar menonton DVD haram..sebab tak feel la kan tengok kat umah, dengan anak anaknya!Huh!!
Tiket....alamak masih belum book, kejap nanti!
Sebelum tu nak letak target shopping, tak nak shopping barang barang yang tak diperlukan..nanti lari budget!

Tuesday, July 14, 2009

SeLaMaT MaSiH PaNjAnG UmUr !!

huhuhuhuh...
semalam kan.....hari Isnin. Macam biasa Am hantar saya pergi kerja naik motor, sebelum tu...nak ke Pejabat Pos dulu, kami ambik keputusan untuk ke Pejabat Pos di Tesco Shah Alam, kat sini orang memang tak ramai.
Macam biasa, kalau dah naik motor tu...lalu lah kat jalan motor kan...sampai kat Worlwide Business Centre tu..Am ambik keputusan nak lalu lorong ala ala denai (jalan kecik) haram (sebeb jalan ni dok pintas sendiri) tepi high way tu. Saya pun heran gak..nak pegi mana nih??? sebab tak pernah lalu...
tanya lah
Mi : abang nak pegi mana nih?
Am : abang nak bawak lalu jalan kampung!
Habis jer cakap jalan kampung tu tiba - tiba badan saya tertolak ke depan..melekat kejap kat belakang badan Am, kaki saya yang pendek ni..sempat pulak jejak tanah...(ala ala terkangkang la jugak kot) ntah la..semuanya terlalu pantas.
Cheh!! kalau di snap gambar saya ni..pasti jadi gambar aksi paling buruk dari saya untuk tahun ni!!
Rupanya....suami saya yang sangat tercinta dunia akhirat tu dah langgar tunggul kayu! Hampeh tull!! Saya rasa macam nak tercabut nyawa sebab tengah dok mamai jalan apa lah dia nak bawak saya!
Waaaaaa....apa lagi , lepas tu...saya gedebak..gedebuk lah suami kesayangan saya tu...
"abang ni.., kalau gini lah cara abng bawak motor..mati sakit jantung ayang tau".
Iye lah..sebab apa mati sakit jantung, sebab Am memang tak bawak laju pun, cuma tak nampak tunggul kayu tu tersangkut kat depan motor, sudahnya saya yang terkejut badakz sumbu!!
Phew!!!

Monday, July 13, 2009

SeMaLam....HaRi AhAd KaN??

hahahahhaaa..
betul lah tu...semalam memang hari Ahad...
tapi hari Ahad semalam jarang jarang berlaku dalam hidup kami sekeluarga..
sebab apa??
sebab semalam kami tak berjalan ke shopping complex seperti biasa..
tapi....
macam tak biasa la pulak..
dok umah cam mati akal pun ada..
habis satu umah di kemas...pun macam kebosanan jugak!
Kritikalnya...mata pulak tak mau tido siang..si Umar jugak begitu!!
Bisik dalam hati.."ohh..sian anakku tak dapat tidor siang sebab tak dapat pegi jalan jalan"..
waaahh!! bisikan dengan ayat tak masuk akal tul!!
Jadinya...kami mengambil keputusan untuk ke PKNS...
buat apa pulak la ke sana??
ohhh..ada jualan buah buahan...
ada jual rambutan. manggis, pulasan, rambai, mata kucing cempedak & durian...
kemaruk dengan durian sebab malam minggu tonton Majalah 3..
beli lah yang RM10 for 2 bijik tu..(kedekut tull)
tapi rasanya sangat menghampakan...
mencik jer..terebang RM10..!!
Nampak pulak orang jual buah di luar pagar tu....
buah apa tu???
oohh...buah cempedak!!
Sekilo harganya RM5...mak aii...mahal sungguh...
belilah sebijik yang paling minimum..RM7 lebih kot..
balik umah mak..goreng itu cempedak ..makan ramai ramai..sikit jer pun!
Ohh...sebelum tu , pegi kedai kek beli sebiji kek kecil untuk adik saya sempena hari jadinya pada hari Sabtu yg lalu...
lepas tu...
bla..
bla..
bla..
ZZzzzzzzzz.....pukul 11mlm..
Sekian.

Sunday, July 12, 2009

HaPPy BiRthDaY to iBet & iKa !!

hai..hai..hai..
nak wish happy belated birthday to my adik ibet (si debab tu) pada 11hb July 2009 & my cousin Ika pada 10hb July, both of them 23rd this year okkey!!

hahahaha....
ngades yer ahkak ko ni..siap buat entry nak wish birthday ..sebabnya..HP still kena barred..takkkan nak pi Public Phone pulak (eerr..haku macam tak pernah nampak dah kewujudan PPhone ni).kekekekek!!

Anyway..harap korang terus success dalam hidup..
jangan ngade ngade lebih...be matured & have fun in your life!

Saturday, July 11, 2009

NtAh!! SaYa Pun HeRan!!

hahahhaa..
tiba - tiba saya beli PC petang tadi!!

Friday, July 10, 2009

KeMpEn BerjIMat cErMaT !!

Hua...hua..hua...
kempen di atas ditujukan khas buat diri saya sendiri. Sebab apa???
Sebab dari berjimat cermat ni saya dapat beli barang idaman saya.
Menjadikah kempen ini kepada saya??
HHHmmm....setakat ni, banyak keinginan yang lebih kepada buang duit sajork setelah di pikirkan pikirkan dapat di atasi. Kalau selalu, tak payah dok pikir..., sauk jer..sekarang no more!
Kena tukar cara berbelanja! Kenalah smart shopping & save for the balance kaedahnya!
Kenapa jadi macam ni...?? Sebenarnya...pada zaman dahulu kala...saya adalah orang yang sangat sayangkan duit saya, malah duit suami saya! wakakakaa (ayat tak boleh blah!)
Tapi sekarang...dunia menjadikan saya rakus dan alpa, saya rasa..saya dah jauh terpesong! Saya tak macam dulu lagi, mulai sekarang..seharusnya saya mulai sedar, yang Allah sedang menduga saya dengan nikmatNya!
Maka...ingatlah banyak banyak pada orang yang lebih susah daripada saya..lebihkan lah bersedekah..(oh! saya jarang menghulur wang pada orang yang meminta..tapi jarang pulak nampak orang orang ini sekarang).
Muhasabah diri..untuk diri sendiri!!

Thursday, July 9, 2009

iN LoViNg MeMoRy - MJ

huhuhuhu...


even I'm not the fanatic fan of this singer, but i still feel the loss of this icon.


When I was young, I just love to hear MJ Song like Beat It & Billie Jeans, now it's remind me to my child world.





Al-Fatihah


May you rest in Peace!




Wednesday, July 8, 2009

MaRi TeNgoK !!

hahahahaha...


semua orang mari tengok..apa barang terbaru yang buat ku sangat happy kebelakangan ini..


Ia adalah pokok joget joget..waaa..sangat happy tengok pokok ni joget joget kat dashboard kereta.

Beli masa kat pasar Stadium Shah Alam hari Ahad lepas dengan harga RM10.



ENjoy!!! (haku lah yang enjoy)


Kalau you all nak enjoy jugak..beli lah satu!

Nampak tak?? Gambar ni snap dari dalam umah, celah celah griil kat tingkap tu...maleh punya pasal!!

Tuesday, July 7, 2009

FeeSa & ZiDaN iN Da HoUse !!

hua..hua..hua...
ini laa aksi bila anak dah berdua..
si Feesa ala ala pandai la konon nak memegang adik..
tengoklah..ntah apa gaya budak berdua ni!
Layan!!!




Monday, July 6, 2009

Hp KeNa BaR!!

huhuhuhu...
officially..my hand phone kena barred since last Wednesday, biasalah Maxis ni..kalau kita lambat bayar, lepas tu bayar pulak kat kedai kedai Maxis kat mall. Lambat lah updatenya!
Yang pasti, walau ku ni tak lah guna benor perkhidmatan hand phone ni untuk berbual, tapi sangatlah tension sebab tak dapat ber'text'ing dengan sesiapa.
Huh!!

Friday, July 3, 2009

SooN !! MAM product!

Saya akan ada beberapa stok barangan MAM ini, tapi stoknya hanya akan terima dalam akhir bulan 7. Kalau ada sesiapa yang berminat bolehlah email saya, amminafeesa@yahoo.com.
yang pastinya, harga lebih murah dari pasaran Malaysia. sekian!

Yang ini akan sampai dalam pack of 3's (160ml)

Pack of 3 (260ml)

Transition bottle (each)


Transition bottle (each)

MAM teat























































WisH LiSt NgAdE-NgaDe !!

hik!hik!!
haku ni kalau tak buat wish list...tak sah, tapi ini yang ku belajar daripada cara bagaimana kita menguruskan kewangan.

Mula mula ..kenalah ada target (apa yang kita idamkan), tapi sebelum tu, kenalah merasai bagaimana hidup kita tanpa barang itu (wish list tu lerr).
Kalau OK jer, tak menjejaskan apa apa...maka tak perlulah kita berdesup mendapatkan barang idaman..makanya kenalah menyimpan untuk mendapatkan barang idaman tu.


so, haku ni dah timbal kira semua tu..makanya ini wish listku..
Oleh kerana ku masih hidup waras lagi tanpa yang di bawah ni..makanya..hidupku ok sesaje, tak perlu semua ini dalam waktu terdekat, tapi kalau boleh ..harap harap dapatlah untuk hari raya nanti. Yang kasut tu...yang pasti satu akan jadi milik ku..sebab ada "best auntie" yang nak ke UK, dia siap tanya..kasut apa nak kirim! So..macam hurricane ku buat list!!
akekekekeke!!














DaPaT TaG!!

hahahahaha...



punyalah lama tak mendapat jemputan TAG!! Hari ni bila baca blog Eynda..dapat pulak tag..ini gara gara ku selalunya malas nak layan tag mentag ni...



padan muka sendiri! Thanks Eynda!!




Thursday, July 2, 2009

wHy???

huhuhuhu...
kenapa blog orang lain bayak cerita??
kenapa blog saya tak banyak cerita??
saya tak suka cerita ker?? atau saya tak pandai bercerita??
ker saya tak suka update blog?? ker blog saya tak suka update by saya??
apa daaa!!
hhhmmmm...tak upload pic tak best kan?? nanti lah..a few photo of my preciuos kid!

Popular Posts