Friday, November 28, 2008

AgEnDa LisT FoR WeeKenD !!

hhhmmmm....where to start???
so tomorrow...first thing to be done at home :
1) Make laundry
2) Make breakfast for myself & Feesa (Am is working by 5am)

Aftrer that :
3) Preparing for lunch (if rajin je lah )
4) Maybe want to go for window shopping @ Subang Parade, & having a dinner @ TGI's ker???

For the Saturday Night Fever...take a rest at home.

Early Morning on Sunday :
1) Nak pegi Pureen Warehouse Sale @ PJ
2) Lunch hour to rumah kenduri (so no need to cook for lunch)
3) Afternoon or evening, go to Giant to buy groceries.

That's all.

sHe's StILL mY BaBy !!


uuwaaaaa....semalam terharunya bila Feesa dah boleh menyanyi lagu ABC dengan turutan & sebutan yang betul setiap huruf tu + dia jugak dah hafal turutan nombor dari 1 sampai 10.

So, lepas balik kerja semalam dia asiklah buat show lagu ABC sampailah nak azan Magrib..& Mama & Papa tepuk tangan tanda bangga dengan persembahan dia.

Sampai ku dah nak masuk bilik air nak mandi pun dia still nak buat show jugak..well, ku kena tunjukkan minat & kena tunjukkan yang ku bangga sangat sebab dia dah berjaya.

hhmmmm.....To Feesa, walaupun Feesa still baby to me..but you are not baby to your own future. GooD LucK Babe !!


Thursday, November 27, 2008

YeeaYY!! 1 MisSIon CoMpLeTeD!!

hahahahahaha...sukanya dalam hati...bila wish list ku sudah termakbul....

so, pencarian ku untuk 2 barang AVENT dah selesai..walaupun ku dapat yang ini..

dah kira ok sesangat!! Thank's to my Auntie Anah....yang terbang ke London untuk bercuti sambil shopping untuk ku sekali..alah.., dah alang alang iye tak??? akekekeke..next January katanya nak ke London lagi...

hahahahha....tapi ku pulak yang dok berkira kira apalagi yang nak dikirim...


Tuesday, November 25, 2008

KeNapA TeNsIon Nie??

hhhhmmmm..tak tau mana nak mula..
tapi sejak akhir akhir ni rasa tension sangat dengan Feesa..
next year dia dah nak sekolah..tapi baca ABC masih tonggang langgang...123 pun sama ..ada ker lepas 5 ..dia cakap 2 pulak!! hehehehehe....
malam tadi masa dalam kereta...ku suruh dia ulang ulang baca 1 sampai 10...biar dia hafal...
aduh sakitnya perut ku bila asyik menjerit ingatkan dia lepas 5 tu 6...sampai nangis nangis dia.
Lepas tu ku jadi kesian sangat kat dia..barulah teringat yang anak ini baru aje 4 tahun.

Ku bukan harap dia jadi yang terbaik & terpandai di kalangan rakan sebaya...tapi , itu lah...impian kita bila dah jadi emak..nak pastikan anak anak ni tak ketinggalan. Sebab rasanya budak lain dah tau sebut dengan susunan yang betul. Ker tidak yer..tak pasti, tapi ku nak
anak ku Feesa tau lah seadanya.

Hmmmmm...time & effort from Mi jugak perlu sebenarnya..sebab itu, waktu dalam kereta & sebelum tidur ku akan bacakan buku bacaan Paul & Mary & terpaksalah nyanyi2 lagi ABC dengan dia. Am jugak begitu..selalunya lepas kena marah dengan mamanya, dia akan lari mintak tolong papa ajarkan.

Ada satu malam tu, lepas dia asiklah terlupa perkataan setelah diulang2 nak 20 kali (hangin betul)...& kenalah makan jerkah mama tengah malam pukul 11.30..dia nak sangat belajar malam tu sampai tak kasi papa tutup lampu. dia kata..., "Pa, bukak lah lampu, Feesa nak belajar biar pandai" sambil nangis2..kesian kan!!

To Feesa...Mama buat semua ni untuk kebaikan Feesa, just tak nak Feesa ketinggalan dalam mengejar ilmu, semoga suatu hari nanti Feesa faham kehendak & tujuan mama buat semua ini!
I LOVE YOU SAYANG!!

Monday, November 24, 2008

ReCeNtLy MooD !

hahahahaa....mood sejak kebelakangan ini...?????


heboh nak search itu & ini (barang & baju baby)...


wahhh!! kegilaan sudah kembali...ish..ish..ish..


bilalah nak baik penyakit search & shop ku ini.....???


Sekarang tengah gila nak dapatkan Medela Swing + Medela Citystyle cooler bag (breast pump okkey)...hhmmm.....wait & see!!

KaMi & MaKan MakaN LasT WeeK !

waaaa....sebenarnya banyak yang nak di kongsi sepanjang minggu lepas, tapi line internet slow kat rumah, kejap ada ..kejap takde so tak dapat nak upload gambar.
Last week kiranya ku rajinlah jugak, masak memasak + makan kat Aroma Ikan Bakar di Pantai Jeram.

Nanti petang ku upload gambar.

Chow!!

Wednesday, November 19, 2008

I'm wiTh 20wkS PreGnAnCy PeRiOd!!

fffuuuhhh!!!

rupanya dah 20 minggu hari ni tempoh kehamilanku...
my belly is much more bigger than before, but I'm just put on weight about 1kg this month. What a slim pregnant lady I am?? hehehehehe...poyo tak??
Tapi.....kain baju kurung yang ku pakai hari hari pergi office semakin mengetatkan perutku walaupun tak di zip sepenuhnya & of course tak di kancing, so bila bila pun boleh terlucut kaedahnya. I hope that I will getting stronger & healthier day by day with my loving family.

Chow!!

Tuesday, November 18, 2008

FeeSa & FooD!





hahahaha..rupa - rupanya, ku suka sangat snap picture Feesa masa dia tengah makan.Sememangnya Feesa suka makan & sungguh selera menikmati apa pun hidangan yang di sukai + tak cerewet makan.Sebab tu jugak beratnya sekarang almost 19kg...tapi Alhamdulillah dia taklah tergolong dalam golongan kanak-kanak obesiti...yang penting sihat!!


CoMbI ThRuLLeR !!


hahahaha...wish list lagi...,

kali ni stroller pulak, dah dua kali melawat ke kedai Toy City cuci mata tengok stroller baru & kali ni jugak dah tunjuk kat Che Am...

Wah!! tak sangka dapat good respond dari dia. Am kata ringan & stylo..hehehhe...tak tau lah nak ke tidak bila dah keluar baby nanti, sebab kadang kadang ku ni minat time ini aje..selebihnya, poyo je!! hik!!hik!!hik!!

YeeaYY...It'S a BoY!!

yeeeehaaa.... pagi ni buat checkup di maternity klinik yang biasa tu, dan hari ni jugak doktor scan my tummy....nampaklah dengan jelas jantina baby kami.....an it's a boy!!! Confirmed!!
Sebab ini pengesahan doktor yang ke dua setelah doktor pertama scan masa kandungan 16wks kata yang baby most probably boy. So.., siap sedialah dengan kelengkapan baby boy...
tapi manalah tahu kan..Tuhan tak izinkan dapat boy..alih alih keluar girl pulak....
hhhmmmmmm, tetap terima dengan rela hati, yang penting baby sihat.
Cheers!!

Monday, November 17, 2008

MuSiC tRiaL LeSSoN!



hehehehehe...last week semasa kami berjalan jalan di Plaza Masalam, kami terserempak dengan pameran piano & alatan muzik di entrance masuk plaza tu.
Maka anak kami si Feesa ni terloncat loncat lah dengan girangnya nak tekan tekan piano yang harganya RM42K (eeerrrr...tak mampu nak oooii nak beli). So, melihatkan minat anak kami itu terhadap muzik, kami bercadang nak hantar dia ke Trial Class yang di anjurkan academy muzik ini bertempat di Plaza Masalam jugak..trial for free for 1 month, kalau sungguh anak kami ni minat , maka akan di teruskanlah kelas itu nanti , InsyaAllah.

Kalau tak.......hhmmmm kirim salam je lah!! Kat umah nanti mama belikan piano kayu zaman mama kecik kecik dulu okkey!! Kita main 3 beranak..akekekekek!!

Thursday, November 13, 2008

iN ThE LiSt !

ngeh!ngeh!...ada lagi yang harus ku masukkan dalam wish list ...

malam tadi dah bercerita dengan Am kegunaan barang-barang ni..tapi dia macam 'blur' & maybe tak lah excited benor. Tapi nak jugak!! tak dapat yang baru, yang 2nd hand pun ku terima saja...





Avent Baby Food Warmer & Avent IQ Sterilizer. Kat Malaysia raya ni ada jual cuma mahal sikit harganya, tapi masih ada option kalau nak carik yang murah sikit, yang 2nd hand.


Tuesday, November 11, 2008

My WiSh List FoR OuR NeW BabY!!


hahahaha..kembali lagi, dengan wish list yang tak mampu di penuhi.

Sebab sekarang adalah masa untuk mengumpul budget tertentu, al maklum wish list panjang berjela, tak dapat nanti al meroyan kaedahnya!! ooopppsss!! touch word!!

A Rainforest Cradle Swing by Fisher Price. Kat Malaysia raya ni tak de lah rasanya, tapi macam ada solution lain untuk dapatkannya. Just wait & see.







NaK Pegi CaMpiNg TrIp!!

hahahahaha....
berangannya mak buyung sorang ni, rasanya cuti yang banyak bulan Disember ni nak bawak Feesa jalan jalan sebelum dia melangkah kan kaki ke alam persekolahan next year.

Huhuhuh...my baby is not baby anymore..

Hajat di hati nak ber'camping' di Sungai Klah, sebab dah ada gang yang bakal nak join sekali. Itu pun kalau kesihatan mengizinkan, maklumlah nak tidur dalam tent.













Friday, November 7, 2008

I'm noT YeT a sUpeRWoman!!

wwaalllaaaa....
baca blog gang yang lain pasal superwoman...bila terpandang diri sendiri..rasanya jauh lagi nak capai tahap superwoman tu.
Setakat membuat kerja / membersih rumah kami yang kecil ni, tak de masalah. Feesa pun dah besar, jadi tak banyak sangat yang dia sepahkan, & hidup dalam rumah tangga ini.."apa yang penting'?? " kerjasama"..waaa..pengaruh siri "WONDERPETS" la pulak.



Rutin harian...
Pagi : Sapu rumah..(sambil sapu tu akan angkut & susun apa yang bersepah)
Lepas balik kerja : Kadangkala sapu jugak, tak pun angkat kain baju & sapu luar rumah. Sebab kat luar ni banyak daun kering.
Malam : Kalau masak, lepas masak terus bersihkan dapur + cuci pinggan sekali. Pinggan kotor lepas makan pulak selalunya Che Am yang uruskan.
Kalau tak masak pulak..lipat kain baju & basuh baju guna washing machine.

Rutin Mingguan ...
Cuci bilik air, lap dapur & bersihkan sink dapur.
Sapu bilik tidur + mop sekali
Mop kawasan living hall kami yang kecil tu..
selalunya kerja mengemop ni Che Am jugak yang buat, time gini tak larat la mop lantai.

Ironing baju....
ooohhhh...baju yang nak guna jer baru iron...pagi ni nak pegi kerja, pagi tu jugak baru meng'iron'.
Bab ini paling sukar nak switch mood jadi rajin...

Secara overall...Mi ni taklah rajin & terdaya sangat nak buat semua kerja bak "superwoman".
Masih memerlukan bantuan Che Am sekiranya tak mampu + ngade ngade..

AnTaRa KayA, PaNdaI & MiSkiN !

Last night, Mi & Feesa had a conversation before sleep. My Feesa asked me about what is "orang kaya" mama?
So I replied..."hhhmmmm..mama tak suka Feesa cerita pasal kaya-kaya, you must be orang pandai instead of to be orang kaya". Then I asked her the same question...what is "orang kaya" means to you"?
Then she replied... " orang kaya ni, dia banyak duit, kereta dia banyak, rumah dia besar, boleh beli macam-macam, duit dia banyak (again), rumah dia banyak"..bla..bla..bla..& everything banyak!!
Then I asked her another question..."kalau orang pandai tu apa pulak"???
She replied.." orang pandai ni dia pandai, (of coz la dear!) kerja dia gaji banyak...& bla, bla, bla.."
The best part, when I asked her.." kalau orang miskin tu apa pulak"???
She said..."orang miskin ni bapak dia sakit, mak dia sakit, anak dia kena cuci baju sendiri, kena lipat kain lepas tu mandi kat luar rumah"..wakakakaka..ini mesti sebab selalu tengok program "Bersamamu".

But this is the opinion from a 4 years old girl. Jangan ambik hati yer!!

Thursday, November 6, 2008

PeNiNg Wehh!!!

Ala blog ni.....makin di edit makin pening kepala ku....
malam ni kena edit balik...penatnya + perut kembung semacam baby!! haruskah ku sapu minyak Yuu Yee Cap Limau????
lepas tu kena masuk buai la jawabnya..nak titun...
siapa nak dodoi????? Buai pun tak daya nak tampung mak orang nih!!

ngeh!! negh!! adeh laaa..

Tuesday, November 4, 2008

Off Day!




hahahahaha!!! hari ni tak pergi office..sebab ada kerja lain yang nak di uruskan. selebihnya duduk di rumah sahaja.

Petang tadi kami makan di Kiwi X'press @ BAndar Setia Alam....hhhmmmm, not bad tapi still tak puas hati jugak.

Nak makan lobster sebenarnya!!

Monday, November 3, 2008

A HaiR CuT DaY!

Semalam Mi & Feesa pegi salon dekat dengan rumah untuk cut my hair. Dah lama sangat rasanya tak potong rambut..adalah nak 2 tahun agaknya...lama kan??
Mi buat ni pun sebabnya konon konon nak buat suprise untuk Am..sebab petang semalam dia balik rumah sekejap untuk ambik baju. Tapi sebelum tu dah informed dia awal awal minta izin.
Bila Am balik, wah!!! terkezut dia kat pintu & malu malu pulak nak pandang bini dia nih..kot dia rasa macam orang lain agaknya...kih!kih!kih!

tapi lepas mandi semalam..., pling!!! rambutku taklah secantik selepas keluar dari salon...jadi melentik pulak yang kat hujung hujung tu..
nampak gaya kenalah blow kalau nak melawa kat rumah!!

Popular Posts