Monday, May 26, 2014

Survey Peti Ais Pulak !!

Satu-satu hal perkakas rumah aku ni tau
maklum...
masuk tahun ke-10 semua pun dah mogok tak mau service lagi...
itu hari mesin basuh...
aku tak beli pun yang baru..abang aku bagi dia punye mesin basuh..so aku rehatkan mesin aku tu 2-3 bulan..
tup-tup bila on semula okey lagi ngko..
jimat maaakkkkk!!

Kali ni....
peti ais pulak....sama umur dengan mesin basuh..masa beli pun lebih kurang sama masanya, masa tu baru kawin nak pindah rumah so kami beli la semua ni sekali harung.

Peti ais ni dah repair 2 kali, kejap sejuk kejap tak nak sejuk..
kadang sampai sayur mayur aku pun dibekukannya sekali
suka hati ngko je kan peti ais.

Korang rasa brand apa yang tahan at least 5 tahun la kan?
Aku cam nak carik peti ais yang 1 pintu sudah...sebab nak yang murah dan space saver..rumah belum renovate ..kalau dah renovate esok (insha Allah) macam nak bawak barang2 baruuuu jer...
Semoga ada rezeki!

Friday, May 23, 2014

16/10/1990 - Hampir 24 tahun yang lalu ...

Sejak kebelakangan ini, aku asyik teringat kawan2 lama
antara mereka ramai yang masih bertaut cerita di laman Facebook
kami sama-sama bersekolah di sekolah rendah yang sama
masa tu kami bangsa Melayu, Cina dan India takde isu nak bertelagah..
isu budak2 macam tu adalah...
bila dikenang kembali saat macam tu takkan muncul kembali...
mungkin aku nak anjurkan perjumpaan dengan kawan2 lama aku ini...
ada antara mereka yang sudah pergi menghadap Illahi...Al fatihah.

Semoga yang masih ada ni...kita kembalikan silaturrahim dan tali persahabatan walau kita berlainan bangsa.


Yang paling comel tu tentulah aku..duduk cam pengantin ngko...
hahahahah...
masa ni dengan ustaz sabri... ustaz ni mengajar sementara jer kot, gambar ni pun dia yang ambik dari kamera dia..ntah mana la agaknya ustaz ni sekarang?
hari tu aku upload gambar ni kat FB.. beratus komen aku dapat sesambil berborak dengan semua kawan2 dalam gambar tu...
Indahnya hidup masa tu walau sebenarnya menyampah tengok kerja sekolah.hihihih.

#myschooltime


Thursday, May 15, 2014

Busiest Wednesday

Pernah tak?? Bila kita busy sesangat...kita tak tahu mana benda nak buat dulu??
Akhirnya aku ambik jalan mudah...tulis blog.

Dalam satu masa aku nak buat order, nak balas email sambil bercakap dengan orang dalam talipon..sesambil tu membalas sms boss lagik.

Semua dah tenang buat seketika sekarang..
perut aku lapar sesangat tak makan dari pagi..

teringat Hamzah yang aku tinggalkan nangis kat rumah mak pagi tadi..
telepon laki pun tak lagik...



tetiba tak tau dah nak buat apa??
rasa elok makan dulu..pukul 2.30 ada meeting
pukul 3.30 nak interview new staff
sebelum aku kena gastrik kan....

till then..

Monday, May 12, 2014

Hari Ibu Yang Dot Dot Dot

Semalam Har Ibu...
tahun ni aku macam tak nyenyempat nak buat apa2 untuk mak ayah aku - ayah aku pun selalunya diraikan masa hari ibu.

Mana taknya...
patut hari ibu aku kena la rehat2 iye tak??
tapi semalam...bukan cam hari ibu..cam hari anak pulak.
Aku dok umah masak2 seharian dari pagi sampai malam ...anak2 aku kebuluran tahap mega..ntah kenapa.
Pepagi aku dah melayan masak pancake, tak sempat tengah hari aku dah siap2 masak beef lasagna, lepas luch hour mintak meggi rebus pulak... dah petang harus ada minum petang..mencengkodok pulak.
Dah malam aku dah letih lesu jadi tukang masak..
tapi masak le jugak, aku masak nasi dgn gorengkan ayam sudah.Cicah kicap cili...licin jugak

Dah malam baru aku sempat pegi rumah mak...
cium tangan mak, pipi kanan dan pipi kiri sambil ucap selamat hari ibu...
rutin biasa aku...kemas rumah mak sebelum balik .

Aku selalu ingatkan mak sebab aku tau bila2 masa saja mak mungkin dulu akan tinggalkan aku dan semuanya...

Sejak aku remaja...
tak tau nak kata aku di uji atau mak di uji dengan macam2 dugaan...
mak aku boleh dikatakan menghabiskan masa di hospital saban tahun...
Seingat aku..masa umur aku 14 tahun mak aku masuk hospital hampir 3 minggu...
kucar kacir hidup kami, adik aku masa tu baru darjah 2, aku pun tak ingat siapa yang uruskan dia..pandai2 sendiri la kot sebab masa tu aku pun bongok2 lagi.
Hari-hari rindu sebab mak takde...sunyi waktu petang kala nak senja tu sebab takde orang dewasa kat rumah. Macam pandai2 la buat hal sendiri, kalau gaduh ngan adik beradik..
terasa sentapnya menusuk qolbu sangat.

Masa aku tingkatan 4 mak masuk hospital lagi..
sebelum aku nak nikah mak masuk hospital jugak..lepas aku nikah mak masuk hospital jugak..
masa aku pregnantkan Hamzah mak masuk hospital lagi..2 bulan lepas bersalin Hamzah pun mak masuk hospital..waktu tu teruk sangat..hampir nak sebulan..mak tak sedarkan diri hampir 2 minggu dalam ICU...
bila dah masuk wad biasa mak macam tak berapa stabil jugak.
Masa kami tak sampai di hospital lagi ..dia panggil2 anak orang katil sebelah..dia ingat abang aku datang...orang tu yang cerita kat kami.
Mak kene duduk dalam katil yang ada guard kanan kirinya tu..dah macam kandang...sob sob sob...sebab nurse cakap mak aku cam merapu-rapu sikit..mereka takut mak jatuh katil.
Aku kan dengan anak kecik..so dah petang2 baru la aku boleh datang...sebelum tu aku jaga mak siang hari..
malam hari abang dan adik aku yang jaga.
Alhamdulillah....aku risau sangat kalau la takde orang jaga mak waktu tu.

Walau aku rasa aku tak la rapat sangat dengan mak..
tapi bila mak sakit aku bersedia buat apa sahaja...
dari aku remaja aku dah pernah cuci kencing berak mak bila dia sakit...
janganlah berasa jijik dengan kotoran najis ibu bapa kita...semoga Allah membalas atau paling tidak pun aku cuma harap mak ampunkan segala dosa-dosa aku.

Till then..



Tuesday, May 6, 2014

Jom Treatment Laser Lagi!

Hamboi...banyak benor duit nak buat treatment lagi kan..
sejak kerja tak tentu masa ni...
dari pagi sampai malam...
muka aku pun dah tak terurus, cuci muka time ambik wudhu dengan tak pakai cleanser nyer buat muka aku naik jerawat kecik2.
Nak mula la tu....
HHhmmmmm...macam nak start buat treatment lagi, tapi nanti lah..masih ada kerja2 yang menuntut masa yang panjang buat aku pikir 2-3 kali jugak.
Insya Allah kalau aku dah bersedia...bulan 6 sebelum puasa nak buat Co2 lagi.

Till then.

Popular Posts