Wednesday, April 29, 2009

UmAr SeKaRaNg !!











FeeSa & DeMaM !!

Hari Sabtu pagi, lepas bangun tidur...badan Feesa agak panas. Demam sikit rupanya. Bawak pi jumpa doktor & ambik ubat demam...malam tu pulak asik gatal gatal kat tapak kaki & tangan...suruhlah mama dia garu sampai melecet pun tak puas hati lagi.
Hari Selasa bawak lagi ke klinik, doktor cakap Feesa kena demam campak. Tapi bukan yang macam biasa kita kena tu..dia tompok tompok merah kat sikit sikit bahagian badan & gatal. Itu yang kesian sangat tu, asik nak menggaru sampai tak boleh tidur malam.
So, Feesa kena kuarantin tidur rumah nenek, takut berjangkit. Tapi malam ni dia balik tidur kat rumah kot, sebab nampak dah semakin ok & tak mintak garu lagi.
Yang kelakarnya....bila tanya Feesa demam apa (masa mula mula balik klinik) ?? dia jawab "Icha kena demam buang".
Suka hati ko lah nak oiii!!

I'm BaCk !!

haaiiii....
hari ni dah masuk hari ke-35 (hari hari dok kira ni) berpantang.
Badan pun dah sihat sokmo tapi tak nak lah buat kerja lebih lebih, nanti sakit badan kemudian hari. Ini pun dah start sakit belakang sebab Umar asik nak bergayut menetek aje.
Umar genap 30 hari kami bawak pi cucuk kat Pusrawi. Timbang berat Umar dah bertambah..malah sangat banyak...dah jadi 4.4kg. Waaaaa, menternak badan sungguh anak bujangku ini! Muka pun dah tembam.
Peel Umar lain dari Feesa masa zaman pantang dulu..dulu Feesa kuat nangis malam, asal malam jer tak nak tidur sampai pagi. Tapi si Umar ni lain pulak, dia kurang nangis tapi peel tak nak tidur tu kadang kadang ada, dalam 2-3 hari sekali dia akan buat peel berjaga 3-4 jam & kadang kadang nangis. Time mamanya cukup stamina, boleh la layan selama dia berjaga..tapi yang letih tu kalau kena time mama ngantuk atau tengah tengah mata mama nak lelap. Huh!! tension gila!
Harap peel ni berakhir bila habis pantang, macam Feesa dulu..elok cukuo 44 hari dia dah jadi ok. Boleh tidur lena waktu malam!
gambar nak upload...tapi , nanti yer...mana lah pulak wire cable nih?

Saturday, April 11, 2009

PhoTo 22nD MaRch!!









Semua photo ni di snap pada 22/3/2009 (masa birthday ku yang lalu)!
Enjoy the pic!!














NaK BaLiK daH !!

hhhmmmm....
setelah 6 hari 5 malam berpantang di rumah emak, hari ni kami akan pulang semula ke rumah menjalani kehidupan seperti biasa. I really miss my bed so much!
walaupun bilik tidurku tak secantik bilik tidur di hotel, tapi...rasa selesa & aman sekali kalau beradu di bilik tidur sendiri.
Tapi lepas ni..boleh ker ku menghandle baby Umar & kakaknya masa ketiadaan Am??? Harap harap Feesa memberikan kerjasama yang baik, sebab sejak kebelakangan ni dia macam susah sangat nak di minta tolong. Ada aje alasan & a bit ngade ngade!! Rasa nak "toing" jer kapala dia!!
Oh ya! By next week tempoh berpantang kami (me & Umar) dah nak masuk minggu yang ke-3. So, got another 3 more weeks to go!
Akan datang akan masukkan gambar Umar yang terkini. So, orang lain boleh perasan sama ada muka Umar ada perbezaan atau tidak?
Adios!!

Thursday, April 9, 2009

AfTer 15 dAyS!!

haaalloooo....
hari ni dah 15 hari ku berpantang...so masih ada lagi 29 hari lagi to go!!
arrrghhh!! tension nya...rasa nak pegi berjalan jalan tu dah mula terbit..sebab badan dah rasa sihat. Ini lah yang susahnya nak tahan sabar...hhmmmm...sabar 1000 kali!

Malam tadi Umar tidor & baik sekali..tak nangis & boleh terlelap sendiri lepas menyusu..
Malam sebelumnya..dia berjaga dari 2.30 pagi sampai ke azan subuh, bila dia dah jemu terjaga..mulalah buat suara nyaring mintak di alih. Adakah sebab saya makan ayam bakar secubit buat dia tak tidor malam?? heeiiii..anak anakku kalau dalam tempoh berpantang ni..tak bolehlah mamanya makan lain sikit..mula aje tak boleh lelap mata.
Oleh kerana itu..sampai ke hari ini saya tak makan lagi jamu NRPhytonatal tu..hhuhuuh..nampaknya hari ke-20 lah baru saya berani cuba.

OOhhhh..jangan di lupa..hasrat nak fully breast feed anak saya dalam proses untuk berjaya..saya dah simpan EBM frozen dalam 50 oz jumlahnya.
Setiap hari saya cuma dapat simpan dalam 4 ke 5 oz..saya harap cukup stock untuk minum anak saya nanti di rumah penjaga & tak putus stock.InsyaAllah!

Jumpa di post akan datang!!

Monday, April 6, 2009

My TiNy LittLe BoY !!



Ini 2nd photo fresh from the womb!

Ini gambar masa kat wad...after an hour!

After 5 days!

Heheheh..muka ni macam budak dah besar...rambut macam nak siap pegi sekolah jer.

Nama : Umar Zidan bin Hamdan

Tarikh Lahir : 25/3/2009

Waktu : 7.01 malam

Berat : 2.5kg

Panjang : 46cm

* Anakku Umar Zidan, semoga menjadi anak yang soleh & bijaksana*
~Amin!! ~

Halloooooo!!

Hai...
lama tak update...saya telah selamat melahirkan bayi lelaki (2nd child) pada 25/3/2009 pada jam 7.01 malam di PUSRAWI Kota Damansara. Alhamdulillah...segalanya berjalan lancar dan kami semakin beransur sihat & semakin boleh melakukan kerja kerja ringan untuk diri sendiri.

Ada banyak yang nak diceritakan...gambar pun banyak yang nak ditunjukkan..tapi mana ntah peginya wyre cabel memory card nih?? Nanti kalau jumpa saya uploadkan gambar UMAR ZIDAN.

Minggu ni saya berpantang di rumah emak...selama ni di rumah sendiri di bantu emak & Am..hari ni Am dah mula bekerja...shift petang balik malam pukul 11 lebih gitu...so, saya tak nak nanti kalau AM balik lambat buat Umar menangis malam..sangat tension!!

Sampai jumpa di post akan datang!!

Popular Posts