Showing posts with label Makan Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan Makan. Show all posts

Tuesday, September 9, 2014

Japanese Buffet Dinner


Sabtu malam Ahad lepas punya cerita....
Lepas Encik Am balik keje dia ajak jalan-jalan..mula katanya nak nengok henpon..maleh tul nak layan...selamat kejap, tau la kalau bawak budak2 mana maunnya tunggu bapak belek2 henpon.
So far kami tak pernah beli henpon sampai lebih dari satu jam. Paling cepat 30 minit bayar & terus balik.

Dah lepas tu...sebagai upah untuk aku...bapak budak ajak gi makan Japanese Buffet....kat KL lagi.
Hahaha....






 Korang tengok...tiap kali pegi jalan asik gambar budak 2 orang ni ajer...mana si kakak?? Si kakak asal hujung minggu nak tidor rumah nenek...bila aku nak pick up ambik dia dah berjalan ikut auntie...habis cemana?? Terlepas la peluang nak makan sushi unlimited. Umar dgn Hamzah dok ulang sushi, dah puas makan jumpa pulak longan ngan laici, sorang makan 2 mangkuk. Dah kenyang mula lari sana sini..selamat masa kita orang datang tu orang semua dah balik..maklum, pukul 9 baru sampai...apalagi lepak sampai restoren tutup.

Sebenarnya sebab apa kami sampai pegi makan kat sini...
sebab kawan Encik Am Restaurant Manager kat sini...maka....enjoy 50% off...hahahaha! 


Monday, April 28, 2014

Makan-makan @ Aroma Ikan Bakar Jeram

Lama dah tak pegi makan kat sini...last sekali kalau aku tak salah...bulan 5 tahun lepas, sebelum Encik Am pegi kursus 2 bulan masa tu.
Haaaaa....lama gitu, bila aku baca posting yang lepas2..lebih kurang setahun 2 kali la aku gi makan kat sini, dan 2 minggu lepas itu ialah yang pertama kali untuk tahun ni.
Last year aku pegi, makanan tak berapa sedap...serius aku cam maleh dah nak pegi tapi kali ni...dah tukar tukang masak agaknya..kali ini memang superb!



Aku order 3 jenis masakan jer, ikan siakap 3 rasa, sotong goreng tepung ngan pari bakar.
Ikan siakap tu kan, dia orang goreng dulu dgn tepung, rangup krup krap krup krap aku makan...kehkehkeh.Meleleh la pulak.


Nak makan pun tak senang..budak kecik2 asik nak duduk tepi pantai, air pulak tgh start nak naik.
Kat sini ada jenis tempat makan yang macam rumah2 buluh tu tau, tapi kene bayor yer, yang dekat pantai RM20 yang belah dalam sikit RM10. Tak kuasa aku nak duduk bersila sambil makan..tersepit perut aku..kehkehkeh!
Lain kali boleh la datang lagi...nak ajak mak ayah sekali, lama dah tak bawak dia orang jalan2.

Makan-makan @ Foodsbury, Seksyen 9 Shah Alam


Tempat makan baru yang bessstttt
aku suka dessert dia...terutama sekali Hazelnut crepe > aku tak pasti nama dia tapi confirmed sedapppp!!!
Cafe ni kat bangunan kedai belakang shell sekyen 9 Shah Alam, korang boleh add kat instagram mereka tgk apa lagi makanan yang mereka ada kat sana.



ini brownie apa ntah..aku makan ni masa 1st time visit, lama dah.sedaaaappp jugak.aku kan hantu kek, haruslah aku pilih yg sedap2 je.


 Haaaaa...inilah mille crepe almond salted caramel...sedapppp sepotong RM12 tak silap, sesekali boleh..3-4 kali rosak gigi nanti.heheh.




Baru-baru  ni, pegi lagikkkk....makan dgn BFF aku..dia tu nak kena makan nasik jer ntah pesen tekak mintak nasik selamat ada gak serve nasik kat sini walau cuma 1-2 menu jer. Aku pulak nak order spaghetti sekali takde pulak...so makan ini je la Chillies cheese fries.

Hujung minggu ni nak santap crepe lagi..lepas tu excercise jalan kaki 5 kilometer...phhuuuiiihhh!!



Thursday, February 20, 2014

Makan-makan @ The Sumbs Cafe


Holla...
malam tadi kami pegi makan kat The Sumbs Cafe Seksyen 13 Shah Alam, tengok dalam instagram cafe ni dpat banyak feedback yang menarik so tak salah la kita cuba rasa makanan kat sini iye tak.
Oh yer, salah satu sebab cafe ni menjadi tumpuan ialah sebab dessert Dr Fazli tu ada jual sekali kat sini, tapi malam tadi aku tgk dessert dia cam kuih talam jer, maleh nak cuba...mungkin lain kali la kot.

Harga makanan sangat okey berbanding cafe2 lain yang menghidangkan makanan ala western ni, menu tak begitu pelbagai tapi sebagai sebuah cafe menu yang di tawarkan dah agak menarik.
Lagi satu aku sebenarnya suka pegi ke cafe yang ada pelbagai pilihan dessert, aku kan hantu kek dan segalanya ...molek benor la tu...excercise nak kempis perut konon!




Umar dengan menu kegemarannya, spaghetti carbonara, Feesa dengan spaghetti ala The Sumbs = pada aku biasa jer dan yang penting anak aku boleh terima so okey la tu.

Si kenit ni tak nak makan pulak, semalam aku order dessert ni, Panna Cotta ngko namanya. Rasa cam dadih bersama manisan berperisa strawberry, tak berapa manis, sedap2 di tekak. I like! Harganya RM4 sebekas.


Ini aku punya...chicken parmigiana.... nampak sedap tapi aku tak makan lansung sebab aku dah bedal spaghetti Feesa ngan Umar, Am pulak order set nasi kambing Samah..apa benda la tu?? kambing si Samah mana la pulak yang jadi lauk ni kan...ia adalah set nasi dengan lauk kambing cam nasik beriyani pun ada aku rasa. Ok-ok la. So yang set aku tu aku bawak balik bagi ayah aku...suka dia.


Yang ni pulak..churros namanya..rasa cam roti goreng gitu, ada sikit rangup then celup ngan coklat tu, adalah rasa. Hamzah gak yang makan,kongsi2 la anak beranak.

Overall aku kasik 3 star la, food presentation dalam kotak okeh, mereka takde pinggan kot, bagi aku tak begitu praktikal sebab semalam aku duduk 5 beranak kat meja yang 4 segi tu, order ada 5 jenis makanan habis bersempit2 atas meja tu, ko tau la kotak kan siap ada penutup bagai,dngan airnya lagi,dessertnya lagi.
Tapi kalau nak makan tak habis boleh terus angkut ler kotak tu balik rumah kan, pelayan kedai pun tak payah susah2basuh pinggan. But I think, cost untuk kotak tu ajer dah mahal malah tak mesra alam gitu.
Service sangat bagus okey, makanan sampai di meja tak sampai 15 minit, ini sesuatu yang pelanggan suka kalau masuk kedai makan.Orang dtg kedai makan sebab lapar kan, bukan suka nak tunggu lama2.Boleh bikin hati panas kalau lama benor menunggu.


Apa-apa pun..untuk tekak aku, the best western food you can get in town ialah di Dave's Deli.
Still my choice untuk kali ke entah berapa kali pun tak tau.

Wednesday, November 20, 2013

Burger Bakar Itu Tidak Sedap

ooohhhh mai..
malam tadi pertama kali aku pegi melayan tekak aku bawak anak makan burger bakar yang femes la sangat tu...
lokasi Seksyen 7 Shah Alam, so orang2 sini sure dah tau burger bakar yang mana aku tuju.
Aku order sejenis burger daging bersama cheese di atasnya 1
burger kambing 1, set meatball 1 dan air gas 3 total RM37.10
Bila sampai jer burger yang di pesan mata aku tertancap pada satu objek seakan-akan udang goreng tempura dalam burger tu...
mak aaaiiii hebat nooooo..dalam burger ada "udang tempura".
nak ngap sekali semua memang tak luas nak nganga mulut aku ni...
maka aku keluarkanlah "udang tempura" tu dulu...
maka terbukalah rahsia "udang tempura" aku itu sebenarnya ialah cendawan goreng tepung!
Aaaiiiiyyoooo...dalam burger ada cendawan goreng tepung..berminyak pulak tu...
hhhmmmmmm.......no turning back!

Friday, August 3, 2012

Annniversary Dinner!!

 Assalammualaikum..
semalam kan hari ulangtahun ke-9 perkahwinan kami, maka kami saje2 lah ber iftar di luar kawasan ..tak jauh mana pun..makan kat Kenny Roger Subang Parade..mula2 aku dah siap call restoren dulu buat resevation..tak lah terkocoh-kocoh nak pegi time petang nanti.


 Selalu kalau makan kat luar..perkara haru biru yang aku kena extra energy ialah nak menjaga 2 budak lelaki anak aku tu...si Umar jenis suka jalan merata sampai keluar kedai dan berlari-lari macam kat padang. Si kecik pulak kalau dah ada geng..meronta minta turun..kalau boleh dia sekalik nak berlari-larian cam anak kambeng keluar kandang. So strategy aku..check in restoren lambat sikit dan pastikan makanan dah siap..sebab bebudak ni kalau ada makanan dia dok diam sikit.paling2 aku sumbat jer mulut depa ngan makanan.Tapi planned semalam semua tak menjadi..dengan order aku depa served paling lambat sekali...



Ni baru aksi ala-ala starting jer nih..belum dia jatuh gelentung kepala dia kat lantai..sampai orang sebelah dok "ooopppsss...iiissshhh"nangeh la kejap...aku buat derk jer..sebab bukan aku yg buat (hahahaha)..satu jer nasib aku sangat baik...Umar Zidan tidur sepanjang waktu dari aku sampai sampai aku habis melantak..aku cuma kena jaga Hamzah jer kongsi sesikit ngan laki aku..muahahahaha.Terima kasih Umar sebab tidor time tu..so mak takkan serik lagi nak pegi makan kat kedai time berbuka.


Kan dah cakap..licin berkilat pinggan aku..yg tinggal tulang ayam jer..takkan aku nak kunyah sampai habis plak kan??Cam kuceng pulak irasnya nanti.

Budak ni jer terhengeh-hegeh makan..masih tak dapat nak praktik bagaimana nak menjadi keluarga aku..makan laju-laju sambil jeling anak.Sebelum pukul 8.10 aku dah keluar kedai..aku rasa akulah family yg paling awal keluar kedai tu..yg lain masih membungkang kenyang!

Thursday, August 2, 2012

SuKa KeK TaK??

 Hello all
korang suka kek tak?? aku ?? ntah terpaksalah mengaku aku suka kek..
Sebab dalam minggu ni dah 3 kali aku beli & dapat makan kek..
mula-mula beli 2 slice kat Secret Receipe...
Lagi sekali 2 hari lepas kan kawan ku bagi RV cake, yang sebelah ni la.Tapi semalam jugak aku dah tempah brownies kegemaran.
Aku tempah kat sorang kakak ni..kadang2 dia ada buat penghantaran..kebetulan semalam dia ada buat delivery ke Shah Alam..tu yg aku join sekali.
Nama kek tu chocolate cheese brownies..kalau nak

cuba tengok Chumel Cupcake kat bloglist aku tu.
Aku dah order ngan org ni sejak thn 2007 lagi..sedap brownies dia.




Tuesday, July 17, 2012

HaNtU SuShI !!


 Hi all...
semalam dinner kami disajikan dengan hidangan ala-ala Jepun  la sangat...
ooohhh lupa nak bagitau..Sushi King Bonanza RM2 sudah kembali dari 16-19hb ini..
bonanza ni maknanya..kalau kita members Sushi King, waktu2 bonanza ni boleh lah makan apa jenis sushi yg atas conveyer belt tu dengan harga flat rate RM2, untuk pinggan kaler purple,beach, pink & blue.Ada gak yg normal price, cam malam tadi kami ambik 2 piring yg harga normal price sebab hidangan salmon..wajib lah kan bebudak ni kalau dah nampak salmon....laju jer terkam.





Budak Umar ni yang sebenarnya Raja Sushi,kegemaran dia ialah yang ada telur salmon tu..dia sorang ajer makan 6 ketul = 3 piring.Siap cicah kicap lagi!




 Muka puas dapat makan sushi, dari last week dia merengek-rengek nak makan sushi, mak cakap minggu ni bolehlah..sebab ada bonanza 2 hengget tu..itupun jenuh mak nak bagi paham.Sebab dia nak makan jugak minggu lepas.Haaaa..hambek malam tadi makan sushi ajer dah 21 piring!

Tak puas lagi kita repeat ini malam!hakhakahak!

Thursday, July 5, 2012

JoM AiS KrIm GoReNg !!

 Hello all...
malam tadi kami makan dessert ais krim goreng..
sikit lagi aku nak jadi pengusaha frozen ais krim goreng..
sesiapa nak beli boleh PM saya yer.
Sedap...ada pelbagai perisa..nak masak pun senang sangat.
Selamat menjamu mata.





Wednesday, March 21, 2012

PoPCoRN GaRReT @@!!

Hello all...
Haha..ini adalah post saya yang ke-1000!!
last Friday sebenarnya I pegi Matta Fair kat PWTC tu..tapi takde yang menarik benor..takde lah nak kaborkan sangat kat sini.
Lepas balik dari PWTC tu...I naik LRT terus pegi KLCC (pegi ngan kawan pompuan okkey)
nak makan lunch walau dah pukul 230 petang...& satu lagi misinya, nak merasa keenakkan popcorn Garret ni ..betul ker enak>>??

Ramai yang cakap manis bebenor...memang iye manis sungguh, rasa nak tercabut gigi-gigi rapuh I ni...tapi sedddaapp you.
Alang-alang dah sampai KLCC, I beli sekali 2 bungkus, satu perisa Caramel Crisp pek size Small, satu lagi Caramel Crisp with almond pun saiz small sebab 2 bungkus ni ajer dah tigaplohlima hengget!!Fenggsann kalau beli tetiap minggu!







Yang atas ni yang biasa..yang bawah with almond..gila banyak & besar2 almond dia.
Tapi sayang..rege mahal nak fitam...
memandangkan I pegi KLCC setahun sekali..tu yang layankan 2 pack sekali..
kawan I pun beli jugak hat atas ni..dia cakap dia makan 2 hari baru habesss...
kami makan anak beranak...


Tak sampai sehari dah habis..
huwaaaaa!

Friday, February 3, 2012

JuMaaT YaNg BoSaN !!




jom lah layan gambar aku makan-makan dan makan..
tapi kek ni tak sedap la wei..
Tiramisu @ Serai Empire Shopping Gallery

Wednesday, January 4, 2012

HaPPy BiRtHdAY PaPa !!


2hb selepas ambang tahun baru setiap tahun..
kami akan raikan harijadi Am or papa bebudak ni ler kan.
Tahun ni...mak budak tak berapa nak kaya...selalu pun tak kaya jugak..
tapi kali ni jatuh kasta lagi..
maka dapat bagi hadiah ini jer buat buah hati..
benornye..lain tahun lagi aku tak bagi hadiah pun.
Tahun ni adalah jugak..
sebab "i love book"....so I bagi book jugaklah hadiah untuk Am.


Tengok tajuk...seram benor bukunya..
tapi memang buku-buku gini yang kami selalu suka baca...
so aku beli sebagai hadiah untuk Am untuk aku tumpang baca sekali.



Selain hadiah..kad ucapan tu dah semestinya..dah ada anak..aku ajar jugak anak aku bagi kad ucapan untuk papa dia..






Paling best...tentulah ayat-ayat yang di tulis sang anak untuk papanya...
Am cam bergenang gak air mata baca kad dari anak dia..
kad dari aku..
mungkin dia tak ler nak bergenang air mata bagai (huwaaaa)
hhmmm....hampeh la, tak macam abang Hariz!

Sambutannya pulak
Kami pi makan-makan lunch jer kat Ole-Ole Bali, Empire Subang Jaya.




Si Picha memang nak sangat makan kat sini..bukan sebab makanam! Tapi sebab seat bersila tu..
aku ni benornya malas nak duduk2 bersila bagai time makan kat kedai..
dengan anak kecik lagi..
memang nak tercekik bagai aku makan kat situ..
dah la kat entrance, Umar Zidan turun naik keluar masuk kedai..
Hamzah Qayyum lak merayap- sana sini...haiiihh laa!


Cemana lah boleh gelap pulak gambar adik & abang angkat ni..
wakakakakak!


Abang angkat la sangat...kan dah terangkat!
Angry bird ker tu??


Haaaa....tepi tu ada gong..si kecik tu pun kalau boleh nak ketuk gong la jugak..
sampai waitress kat situ cakap..
"anak lelaki kak...kalau lasak memang biasa..lain lah kalau anak perempuan, baru pelik"
haaaaa...........tapi anak jantan aku ada dua..kenalah aku kuasa duakan tenaga nak menahan perangai bebudak ni lagi setahun..si Hamzah dah ada pun ciri-ciri lasaknya! Gasak ler..


MaCaRoN LaDuRee DaRi LoNDoN !!



Nak pegi London....haku??
mimpi jer lah dulu kot..
yang penting..
aku dah rasa yang ini!
TQ Acik yang sudi penuhi permintaan saya ini..selera antarabangsa katanya.
Harga??
Sebelas pahon!!
Once in a life time aku layan la jugak..
tapi laki aku kata..moh kirim lagi!

Uuiiittt ..abang!!

Tuesday, November 8, 2011

GirLs DaY OuT !!

Ini cerita Jumaat lepas..
I pegi berhoohaa-hooha bersama kawan2 lama.
shopping2 (la sangat) & makan-makan tak sudah2..
itulah kerja kami kalau bersama..
makan tak cukup setempat..paling sikit 2 tempat..
selalunya 3 tempat...
mau tak ??kalau dah bertenggek kat mall sampai 6 jam.


Ini my best friend Ida...
hari tu kami makan kat TGI sempena meraikan belated birthday Malia (gambar bawah)


Inilah makcik Malia tu..dah 31 pun umur ngko yer.hahahahaha



Ini makanan Ida...pasta ntahapakebendantah ...hahahaha!


Yang ni I yang punya..pilih2 punya pilih..macam la pandai benor kan baca menu..sekali kawan I kata.."ngko makan roti jer?"
hahahaha..I pun benornya tak expect lansung yang di order tu datangnya roti..hampeh tau!!
Roti pun roti la..I bedal jer sampai licin.

Haaaa....nampak sedap kan..
sedap la jugak.
Kecik-2kecik jer cawannya ni..
dessert la katakan..perut pun dah penuh..kalau beli hat portion yang besar mau tak habis agaknya.Jangan membazir..kerana membazir itu amalan syaitan.

Jap lagi sambung..cerita shopping pulak.

Popular Posts