Showing posts with label Savings. Show all posts
Showing posts with label Savings. Show all posts

Thursday, October 10, 2013

Macam Mana Nak Menjana 26k dalam masa 5 Tahun??

okey..
dalam otak aku sentiasa pikir duit dan macam mana nak kembangkan simpanan jugak bagaimana aku nak melampiaskan nafsu shopping aku yang kadang2 tak masuk akal.

Banyak cara kita boleh jana duit kita jadi simpanan ...
cuma selama ni kita culas jer nak menyimpan,,
tapi kalau berhutang?? semua orang pun akan cepat2 pegi bayarkan..lagi2 kalau hutang kat Along, tak bayor nanti kena kerat di mana2...mintak2 di jauhkan.

Okey..
ini yang aku fikirkan....
buat loan ASB...aku rasa ramai yang dah tahu dan ramai pun yang dah buat.
Tapi berapa ramai yang tak usik2 duit dividen setiap akhir tahun tu??
end up habis loan dapat duit pokok loan jer...hasilnya semua dah habis di telan...akulah jugak tu! >aptb<

Solutionnya...
buat 2 akaun loan ASB
Akaun 1 - 60k - pastikan korang mampu bayar ansurannya
Akaun 2 - 60k - tak payah pikir

Akaun 1 dah apply sejak awal tahun so end of this year dapat full dividen, bulan disember apply akaun 2 so hopefully approve by early Jan next year.

Macam mana nak bayar???
Dapat dividen akaun 1, sila buat bayaran penuh untuk 1 tahun ansuran akaun 1 atau akaun 2 pilih la mana2 pun sebab amaunnya lebih kurang sama.
Jadi kita cuma bayar ansuran (dgn duit gaji) untuk 1 akaun sahaja dengan amaun yang sama.
So kita tak terbeban untuk membayar ansuran 2 kali ganda pada tahun pertama akaun 2 dilancarkan.

Bila akhir tahun hadapan - kita dapat 2 dividen daripada 2 akuan 60k+60k
bajetlah 8% setahun maka kita boleh dapat RM9600
Buat macam langkah di atas, bayar ansuran penuh untuk salah satu akaun dan ansuran biasa untuk 1 akaun lagi, dan baki dividen bolehlah disimpan rapi, katakan bakinya RM5000, jangan usik dividen ini sehingga 5 thn.
Anda akan dapat lihat akaun kita ada 25 ke 26 ribu ringgit in cash.
Boleh ke kita menyimpan 25k dalam masa 5 thn???
Kalau boleh Alhamdulillah...kalau tak boleh

memang tak boleh la sampai bila bila pun...

Sebab apa buat 2 akaun ASB bukan 1 akaun jer terus 120k..., jawapannya senang...
jikalau terjadi sesuatu yang tidak dijangka seperti hilang punca pendapatan (takde kerja) mana tau nak duduk umah tak mau keje pulak ker dah tentu tak mampu nak bayar ansuran..jadi kita cuma perlu let go salah satu akaun sahaja, instead of terpaksa me let go satu2nya loan yang kita ada.
Sebab itu aku target 5 thn tak akan usik dividen ASB hanya untuk 1 akaun sahaja selepas tu aku tak perlu dah nak pikir bayaran ansuran untuk ke 2-2 akaun sekali.

Bunyiknya mudah..cuba aku buat dulu..jadik tak?? hahah

Tuesday, September 13, 2011

DuiT RaYa AnAk2 - KoRaNG BuaT aPa ???

Hai all...
masih bercerita kisah Syawal..rasanya ramai mak ayah yang dah mula kira duit raya anak2..
Alhamdulillah...rezeki anak2 aku tahun ni...3 orang tu nak jugak 800 gamaknya...
selalunya....kami memang confirmed simpan duit raya anak2 masuk buku simpanan mereka.
Jarang sekali aku buat belanja duit raya mereka tu..
kalau ada pun mungkin pernah jugak kot sekali sekala..buat beli mainan dia orang la jugak..tapi end up bila nak masukkan dalam account, haku tokok ler balik...so sama jer!

Tapi kali ni....Encik Am dah cakap..tak nak simpan duit anak2 masuk acct didik mereka..Encik Am nak invest dalam saham FELDA, khas untuk anak2 FELDA (guna nama Encik Am lerr)
sebab????? dividen yang mereka kasi adalah lebih daripada yang boleh dapat dari simpan kat DIDIk tu..kat DIDIK so far average dalam 7%+ jer lah setahun..
kalau kat FELDA ni..last year 14% beb! dan tak pernah kurang 13%
dan pernah sampai 18%...hahahahaha! aku tak caya..tapi FIL aku berlonggok gak saham dia dalam tu..
aku cuba lah dulu....masuk 5k dulu duit bebudak ni..
kalau betul....
makcik bersyukur ler...FELDA tak bengkrap..muahahahah!

Wednesday, October 14, 2009

DaH SiMpaN DuIt RaYa aNaK ????

haaalllooo...
just nak remind uolls..dah simpan ker duit raya anak anak uoll dalam saving account mereka? Iolls dah buat semalam..tapi untuk Feesa jer..untuk Umar Zidan , tengah terhegeh hegeh isi form nak bukak ASD. Untuk ASD..pulangan dividen so so aje..last 2 years dapat 7%..this year cuma 6.3%.
As iolls...masuk dalam ASD ni sebab susah nak withdraw ajer.....sebab kalau hat lain macam senang jer nak access...tapi kalau dah terdesak tu...pegi jugak..lagi pun kat mana mana bank ada jer kaunter PNB ni..

Oohhh...duit raya Feesa this year cuma 200 lebih..tak ingat berapa, semalam pun top up la sikit. Umar Zidan punya almost 700++ sebab campur duit pemberian masa kelahiran dia dulu. Agak agak la...harap ioll ni ingat jugak nak menyimpan sikit2 untuk anak anak. Masukkanlah jugak insuran untuk depa ni walau pun sedikit...
biar ada dari tak ada!

Yang iolls pastikan ialah...semua simpanan yang dari iolls untuk depa ni sama..takde kurang & takde yang lebih!

Popular Posts