Monday, August 22, 2016

Kabinet Dapur - Kitchen Cabinet


Assalamualaikum
Hari ni baru berkesempatan nak tulis pasal progres dapur rumah, setelah rumah siap bulan 4 hari tu...dapur pulak baru dapat disiapkan masa bulan puasa (bulan 6). Maka sempatlah berhari raya dengan dapur baru.Alhamdulillah....lama dah tunggu nak ada dapur ringkas yang cantik (cantik di mata dan poket aku) macam ni. Hehe


Okey...yang tunggang langgang ni semua gambar masa belum pasang kabinet, table top kami di buat oleh kontraktor buat rumah.

Ruang bawah singki agak terhad sebab piping system yang agak besar.

 Atas tu ruang untuk buat preparation masakan, kecik je tapi Alhamdulliah cukup muat untuk buat kerja.

Tadaaaa....ini gambar setelah di kemas dan selepas dah ada kitchen cabinet, inilah tempat masak hari2..comel je kan ruangnya.


Ini bahagian kiri sebelah dapur masak..kita panggil coffee corner


Coffee corner.


Tadaaaa....inilah rupa dapur kecik aku tu...dah siap dengan kemasan aluminium kabinet 3g warna biru. Tinggal satu je lagi nak tambah...langsir atau blind ke..maybe.

#kabinetdapur #aluminiumkitchen #kabinetdapurmurah
#dapurkecik #kabinetmurah #kabinet3g


NIRO GRANITE WAREHOUSE SALE



Ok akan datang di Niro Granite Seksyen 15 Shah Alam, 
Aku takde mende nak cari tapi nak jugak tgk harga yang mereka offer..kalau murah boleh la...
(tunggu next project)


Thursday, August 18, 2016

New Project - Bedroom!


Antara hobi aku selain dok membeli cookware & tableware...aku suka projek extend rumah, hias rumah dan paling aku tunggu2 ialah nakbuat bilik baru.

Ini project baru akan datang...sekarang tengah kumpul dana...sebelum dana cukup , berangan ni mesti sebab FREE.

Ini sketch aku...aku suka...tapi nanti end up mesti jadi lain..

takpe doa banyak2 biar murah rezeki...InsyaAllah.



Wednesday, August 17, 2016

Crofton Cast Iron Pan


Hi all
Hari ni nak review sikit pasal kuali terbaru aku, ohhh aku ini minatnya lebih kepada perkakasan dapur dan segala cookware yang ada dalam alam maya ni..kalau boleh semua aku nak ada.

So kali ni aku dapat beli freanch pan cast iron brand Crofton, harganya murah sangat berbanding idaman kalbu aku dari brand Le Creuset, ini pun sebab ada sale harga bagus maka dapat la sambar seketul.
InsyaAllah my Le Creuset akan datang tidak lama lagi.


 Jenis yang aku beli ni ialah french pan saiz 3.5L, berat lebih kurang 3.5kg atau lebih. Itu memang trademark cast iron pan ye...BERAT! berkilo-kilo beratnya

Saiz macam ni sesuai untuk keluarga kecik 5-6 orang barangkali..aku dah guna semalam untuk masak sup dengan kapasiti 1/2 ekor ayam saiz biasa...kuali jenis tak melekat dan cepat panas buat masa memasak lebih pendek.
Bila nak mereneh jugak tak ambik masa yang lama...dan jenis cast iron ni boleh digunakan di dalam oven ye. So kalau nak sambung masak dalam oven pulak ke...masukkan je terus.






Wednesday, August 10, 2016

Product Review - MIRACOL


Salam all,

Okey hari ni nak kongsi keberkesanan produk MIRACOL Collagen Drink ni, aku dah minum almost 12 sachet dan keberkesanannya boleh dilihat paling cepat selepas 3 hari pengambilan atau 3 sachet je.

Mula-mula mari aku cerita macam mana aku boleh minum produk ni, dulu masa aku keje kat farmasi...sales rep. untuk prosuk ni ada bagi aku sample 2 sachet suruh cuba, benda free aku pun minum je la. Ajaib sungguh walau cuma minum 2 sachet je kulit aku memang terasa perubahan, lembut dan lembap. Adat orang pompuan kalau dah beli produk mesti nak cepat2 tgk effectnya kan..sama la macam aku, tapi mmg tak sangka sangat secepat tu.

Lepas daripada percubaa sample tu aku tak dapat beli benda ni (dengan harga murah la off couse kan) sebab aku dah berhenti keje kat farmasi tu. Harga MIRACOL ni boleh tahan mahal okeh...lebih RM180 tak silap...aku tak ambik tau pun sbb mmg mahal dan aku mmg tak akan nak spend duit utk collagen drink semata..huhu.

Tapi kali ni..aku nampak kat GROUPON ada offer 3 box = 9 sachet cuma RM49.90 (incld.postage)..apa lagi...dah 2 kali aku beli sbb memang kesannya ketara sangat.
Kali ni aku makan selang sehari, budak opis aku pun mengakui keberkesanannya produk yang aku ambik dari segi apa yang mereka boleh lihat dengan mata sendiri.

Lain2 benefit yang aku perasan selain dari kulit jadi cerah, lembut dan lembap ialah...aku mudah lawas dan perut rasa kenyang.Takde la buat aku rasa nak makan macam2...kalau dah breakfast mmg aku tak teringin nak lunch sebab perut tak rasa lapar. 

Kalau masih ada rezeki cuba la korang tgk kat GROUPON, ada lagi tak yang harga murah tu.

selamat mencuba.




Tuesday, August 2, 2016

End Syawal 2016

Dah habis raya baru masuk gambar...malas
tapi aku percaya masih ada kawan2 jauh yang skodeng blog ni..walau dah bersawang.

Selamat Hari Raya To all of you, maaf dipinta kalau ada salah dan silap.

Ada rezeki kita berjumpa lagi.






Wednesday, June 8, 2016

Diary Ramadhan Umar Zidan

Tahun ni genap umur Umar Zidan 7 tahun..
kejap sangat masa berlalu..anak kesayangan saya dah 7 tahun pun usianya.

Tahun ni mula la dia belajar puasa, walau hari pertama cuma mampu tahan makan..dia dah minum air pukul 3 petang.

Masuk hari ke-2..dia tahan makan macam biasa..tapi dah curi2 minum air pukul 530 petang. Bukan sebab haus..tapi tak tahan godaan,

Hehehe..takpe la..lama-lama mesti okey la tu..sebab hari biasa pun dia jenis tak makan pun.Bila berbuka tu..dia punya makan..MasyaAllah seronok tengok...sementara cuti sekolah ni senang sikit nak train.



Jalan-Jalan - SSF Klang Parade


Okey, kali ni nak kongsi gambar masa aku jalan2 cuci mata kat SSF Klang Parade. Misi nak cari wing chair kononnya..tapi belek2 40-50 kali akhirnya tak beli pun...teringin nak cermin macam yang bawah ni tapi takde stok dah..tinggal display. Malas la...masa tu takde mood nak beli benornya.


Yang ini cantik RM899/unit


Yang ini discount baik punye RM699/unit je. Mula rasa nak beli sangat sekali...nampak macam besor sangat la pulak.


Cermin cantik..harga pun cantik. Tunggu member birthday discount la..dapat 50%..bilanya birthday aku lagi?? Thn depan ler jawabnya



Ini best tapi mahal gak RM599 tak silap




Ituje la nak kongsi...enjoy!

Furniture Mall - Maju Home Concept


Assalamualaikum,

Last Sunday, aku jalan-jalan ke Maju Home Concept cawangan yang baru di buka kat Citta Mall. Aku bukan reti sangat nak ke sini tapi adik aku biasa ke sini..so senang lah aku nak pegi..tau jalan lagipun dengan budak-budak je. Aku insist nak pegi sini jugak sebab ada Opening Sale, masa aku pegi tu last day sale..so jalan2 la sambil dapat la jugak 2-3 barang.







Aku teringin nak beli cermin hiasan macam ni tapi...mmg mahal sungguh harganya.Sampai hampir ribuan ringgit jugak. Errrmmm tak la kot...kalau bawah 400 boleh consider lagi.

Comel arm chair biru ni..berkenan tapi kat rumah bakal ada sofa biru jugak...dan plain jugak.So tengok je la. 



Jeng-jeng....




Meja ni cantik ..harga after less 532 kot..sebab utk barang yang takde Opening Sale promotion dapat 10%+10% discount.



Yang ini...aku ambik 2 bijik...stool apa ntah namanya.. 320/unit




Comel kan stool ni...huhuh..teringin..Tapi banyak sangat teringinnya bengkrap kang.

Okey..nanti barang dah sampai rumah aku update lagi.

Salam Ramadhan Kareem

Assalamualaikum..

Lama sungguh tak tulis kat sini..rata-rata ramai dah yang dah tak menulis di ruang blog kecuali kepada perkara-perkara yangb oleh di buat rujukan.

Salam Ramadhan untuk semua yang masih sudi kelebek blog orang...
kalau baca ucapan ini khas untuk anda semua.

Kejap lagi nak update cerita kedai perabot.

Jumpa lagi.


Thursday, March 3, 2016

Fella Design Warehouse Sale !




Salam all...
nak cerita pasal Fella warehouse sale yang tengah berlansung dan nak habis dah pun hujung minggu ni.Aku dah pegi masa 1st day tapi macam biasa tengok2 dulu. Aku berkenan sebuah sofa tu je, tapi buat masa ni macam terketar tangan nak membeli maka pendam dulu hasrat hati tu.




Gambar bawah ni aku snap 10 hari sebelum warehouse sale, harga adalah slightly 10% lebih murah daripada harga sale tertera.




 Aku minat yang bawah ni..masa aku pegi sebelum warehouse sale tu harga dia 1699, masa warehouse sale 1499..murah la jugak.This one is very sturdy, sesuai la dengan 






Sofa ni aku hajat nak beli...dah siap kira-kira..tapi macam biasa..tak jadi.

Popular Posts