Friday, September 21, 2012

SiLa LIKE! PaGE CoReLLe & FrIeNds SaYa!!

Salam Jumaat yang barakah..
di hari yang mulia ini..saya merasmikan pembukaan page jualan saya iaitu Corelle & Friends di laman Facebook supaya senang kawan-kawan membuat pembelian & pertanyaan dengan hal yang berkaitan.

Takdelah bercampur dengan status2 sengal saya di malam2 hari seperti selalu..sungguh tidak professional gitu..heheheh,
Maafkan segala kekurangan dan di harap saya dapat memberi service yang terbaik kepada anda semua.
Yang pasti...saya jamin kawan-kawan berpeluang untuk memiliki set pinggan mangkuk idaman dengan cara paling selesa (tak perlu bayar cash)..

Kepada yang nak join kutu club..order masih diterima sebelum end Okt.Di harap kawan-kawan semua terus menyokong aktiviti kegemaran saya ini..iaitu SHOPPING!!

Terima kasih..

Tuesday, September 18, 2012

JoM MaSaK & MaKaN !!

 Hah! Lama dah tak update blog..bukan apa..itu hari nak masuk gambar tak boleh transfer masuk PC, takde mende sangat pun  nak cerita..ini gambar masak2 ntah minggu lepas ker haper..sejak - dua menjak ni..aku cam rajin-rajin kuasa 3 main masak-masak kat rumah..balik kerja pun sempat siap masak rendang & nasi himpit di suatu hari yang ceria tu..tak sempat nak snap2 photo..tak kuasa..sibuk nak makan kaedahnya kot.



Ketam Lemak Cili Api
  
Beef Grilled wt potato



Ok lah...nak mikir pulak petang ni nak masak apa?

Wednesday, September 12, 2012

PrE-OrDeR CoReLLe eTa EnD NoV!!

Hi all,
Promosi untuk pre-order corelle ETA end Nov masih dibuka sehingga 15hb..dah suntuk ni..
so sesiapa yang masih berfikir-fikir tu..eloklah cepat buat keputusan.lagi pun set-set ni bukan sampai terus..semua kena ambik masa...selepas shipment Nov, shipemnt akan datang hanya pada end Januari 2013.Haaa..lama lagi tu. Ok jom cuci mata.



 
Bandhani

Bamboo Leaf

Garden Skecth

Willow Breeze

Shadow Iris 16pcs (without small bowl)






Untuk set Shadow Iris ni (16pcs) saya ada ex-stock yang nak di clearkan..harga murah daripada yang biasa saya jual.Kepada yang betul2 berminat..jangan segan2 email saya sebab harganya memang takde kat tempat lain.


Terima kasih.

Wednesday, September 5, 2012

PRe OrDeR SaLMoN !!

Salam...
lama dah saya tak open pre-order untuk salmon..
atas permintaan ramai..
pre order salmon kini di buka sehingga hujung bulan ini
Harga 1 kg ialah RM37
Sila rujuk label Salmon untuk keterangan lanjut
terima kasih.

Monday, September 3, 2012

SePaNg CiRCuIt !!

 Semalam mesti semua orang sibuk pegi makan2 kat open house..eehhhh.aku pun pegi jugak..tapi sebelum tu..aku pegi sepang Circuit untuk tengok KL Ferrari 458 Challenge 2012.
1st time dapat pegi tengok..belum masuk lagi dah dengar bunyi deruan enjin cam kapal terbang nak jatuh...cuak mak...kuat giler..menderum-deram....lama-lama dah lali...& excited giler cam nak beli Ferrari (mainan) sebijik!!
Giler ngkau..yang betul maun sejuta hengget regenya.





 Kami pergi pun atas jemputan Cik Baiti (adik aku) kita ni..kalau tak..aku pegi open house jerk semalam.Sekurang-kurangnya..aku anak-anak aku dapat experience macam ni..bior dia ingat sampai bila2.

Ini antara yang aku sempat snap..punyalah laju..sampai aku tak sempat2 nak snap..kepala pun tak sempat ko nak teleng2..gerakkan mata jer yang sempat..punyalah berdesup..kalau laju cenggittu..dari Shah Alam pegi opis aku mau 5 minit jer..tapi kena langgar tol Batu 3 dulu laa...hahahaha!


Time tengah hari tu kan...game pun off sekejap...ini budak alahai..tak tau apa aku nak tulis kat sini..selamat semalam cuaca sangat baik..tak panas, redup & berangin..best sangat..Umar melasak tak keruan..selamat tempat lapang so mak biarkan jer..
Hamzah merengek sikit sebab nak tido...lepas dia lelap sesambil nak tunggu next game, kereta Porsche pulak..aku duduk2 kat tengah ada cam padang sikit....time ni lah si budak Umar ni panjat pokok kelapa sawit ni..hadoi la...
Kami balik pukul 3 petang..semua penat & lapar & terus serbu rumah orang open house!
Ok..until next entry..byebye!

Popular Posts