Monday, August 22, 2016

Kabinet Dapur - Kitchen Cabinet


Assalamualaikum
Hari ni baru berkesempatan nak tulis pasal progres dapur rumah, setelah rumah siap bulan 4 hari tu...dapur pulak baru dapat disiapkan masa bulan puasa (bulan 6). Maka sempatlah berhari raya dengan dapur baru.Alhamdulillah....lama dah tunggu nak ada dapur ringkas yang cantik (cantik di mata dan poket aku) macam ni. Hehe


Okey...yang tunggang langgang ni semua gambar masa belum pasang kabinet, table top kami di buat oleh kontraktor buat rumah.

Ruang bawah singki agak terhad sebab piping system yang agak besar.

 Atas tu ruang untuk buat preparation masakan, kecik je tapi Alhamdulliah cukup muat untuk buat kerja.

Tadaaaa....ini gambar setelah di kemas dan selepas dah ada kitchen cabinet, inilah tempat masak hari2..comel je kan ruangnya.


Ini bahagian kiri sebelah dapur masak..kita panggil coffee corner


Coffee corner.


Tadaaaa....inilah rupa dapur kecik aku tu...dah siap dengan kemasan aluminium kabinet 3g warna biru. Tinggal satu je lagi nak tambah...langsir atau blind ke..maybe.

#kabinetdapur #aluminiumkitchen #kabinetdapurmurah
#dapurkecik #kabinetmurah #kabinet3g


NIRO GRANITE WAREHOUSE SALE



Ok akan datang di Niro Granite Seksyen 15 Shah Alam, 
Aku takde mende nak cari tapi nak jugak tgk harga yang mereka offer..kalau murah boleh la...
(tunggu next project)


Thursday, August 18, 2016

New Project - Bedroom!


Antara hobi aku selain dok membeli cookware & tableware...aku suka projek extend rumah, hias rumah dan paling aku tunggu2 ialah nakbuat bilik baru.

Ini project baru akan datang...sekarang tengah kumpul dana...sebelum dana cukup , berangan ni mesti sebab FREE.

Ini sketch aku...aku suka...tapi nanti end up mesti jadi lain..

takpe doa banyak2 biar murah rezeki...InsyaAllah.



Wednesday, August 17, 2016

Crofton Cast Iron Pan


Hi all
Hari ni nak review sikit pasal kuali terbaru aku, ohhh aku ini minatnya lebih kepada perkakasan dapur dan segala cookware yang ada dalam alam maya ni..kalau boleh semua aku nak ada.

So kali ni aku dapat beli freanch pan cast iron brand Crofton, harganya murah sangat berbanding idaman kalbu aku dari brand Le Creuset, ini pun sebab ada sale harga bagus maka dapat la sambar seketul.
InsyaAllah my Le Creuset akan datang tidak lama lagi.


 Jenis yang aku beli ni ialah french pan saiz 3.5L, berat lebih kurang 3.5kg atau lebih. Itu memang trademark cast iron pan ye...BERAT! berkilo-kilo beratnya

Saiz macam ni sesuai untuk keluarga kecik 5-6 orang barangkali..aku dah guna semalam untuk masak sup dengan kapasiti 1/2 ekor ayam saiz biasa...kuali jenis tak melekat dan cepat panas buat masa memasak lebih pendek.
Bila nak mereneh jugak tak ambik masa yang lama...dan jenis cast iron ni boleh digunakan di dalam oven ye. So kalau nak sambung masak dalam oven pulak ke...masukkan je terus.






Wednesday, August 10, 2016

Product Review - MIRACOL


Salam all,

Okey hari ni nak kongsi keberkesanan produk MIRACOL Collagen Drink ni, aku dah minum almost 12 sachet dan keberkesanannya boleh dilihat paling cepat selepas 3 hari pengambilan atau 3 sachet je.

Mula-mula mari aku cerita macam mana aku boleh minum produk ni, dulu masa aku keje kat farmasi...sales rep. untuk prosuk ni ada bagi aku sample 2 sachet suruh cuba, benda free aku pun minum je la. Ajaib sungguh walau cuma minum 2 sachet je kulit aku memang terasa perubahan, lembut dan lembap. Adat orang pompuan kalau dah beli produk mesti nak cepat2 tgk effectnya kan..sama la macam aku, tapi mmg tak sangka sangat secepat tu.

Lepas daripada percubaa sample tu aku tak dapat beli benda ni (dengan harga murah la off couse kan) sebab aku dah berhenti keje kat farmasi tu. Harga MIRACOL ni boleh tahan mahal okeh...lebih RM180 tak silap...aku tak ambik tau pun sbb mmg mahal dan aku mmg tak akan nak spend duit utk collagen drink semata..huhu.

Tapi kali ni..aku nampak kat GROUPON ada offer 3 box = 9 sachet cuma RM49.90 (incld.postage)..apa lagi...dah 2 kali aku beli sbb memang kesannya ketara sangat.
Kali ni aku makan selang sehari, budak opis aku pun mengakui keberkesanannya produk yang aku ambik dari segi apa yang mereka boleh lihat dengan mata sendiri.

Lain2 benefit yang aku perasan selain dari kulit jadi cerah, lembut dan lembap ialah...aku mudah lawas dan perut rasa kenyang.Takde la buat aku rasa nak makan macam2...kalau dah breakfast mmg aku tak teringin nak lunch sebab perut tak rasa lapar. 

Kalau masih ada rezeki cuba la korang tgk kat GROUPON, ada lagi tak yang harga murah tu.

selamat mencuba.




Tuesday, August 2, 2016

End Syawal 2016

Dah habis raya baru masuk gambar...malas
tapi aku percaya masih ada kawan2 jauh yang skodeng blog ni..walau dah bersawang.

Selamat Hari Raya To all of you, maaf dipinta kalau ada salah dan silap.

Ada rezeki kita berjumpa lagi.






Popular Posts