Tuesday, December 23, 2014

Azam 2015 - Deko Bilik Tidur

Assalamualaikum...
kita dah sampai ke penghujung 2014
seingat aku macam takde azam awal tahun itu hari...
maka sempena nak tahun baru ni..aku tetiba ada sebuah azam yang terpendam.
Rasanya dah 2 tahun cerita nak deko bilik tidor ni tergendala...
aku baru sampai part beli tilam baru dan cat dinding bilik jer.
Kemudian cerita deko2 tu tergantung macam tu ajer. Lenyap lansung. aku pun tak tidor lansung kat bilik tu..timbun balik semua barang dan jadilah stor semula.
Laki aku simpan basikal la...simpan TV rosak la..simpan Hifi rosak la..eehhh semua ada la..tikus pun ada.hahaha..

Ok, sejak 2 bulan lepas aku dah pindah tidor bilik stor balik..
aku dah kemas la sesikit..dah clear, nak tidor atas katil pun dah boleh..kalau tak aku letak periuk atas tilam aku tu..huhu.

Dan sekarang idea mendeko dan nak nak shopping barang bilik menjadi-jadi.
Tetiba rasa dah lama sangat tak pernah tukar katil baru...katil yang ada tu aku beli masa sebelum nak kawin.
Katil murah je kot.. tapi tahan lama ooiiii...tak goyang tak bunyik2. Jadi takdelah pernah aku teringin nak beli katil baru...tapi la ni asik termimpi mimpi tidur atas katil kayu warna putih je.. hahaha alahai!
Meh tunjuk katil aku sekarang...

Ini bukan katil aku la..cuma lebih kurang...jenis kaki dan kepala katil tu tinggi, katil aku pulak besi hitamnya tu bersilang-silang bukan lurus macam ni.

So sekarang antara design2 katil yang aku suka..meh tepek kat bawah ni...(berangan je ni tau)

Aku tetiba teringin sangat nak katil kayu warna putih..pilihan aku still jenis yang lubang kat bawah supaya senang aku boleh simpan barang. So set katil divan tak pernah masuk dalam list katil kegemaran aku dan satu lagi ciri2 katil yang aku suka ialah kaki dan kepala katil mestilah tinggi jugak ketinggian katil dari lantai mesti tinggi.
Tapi la ni aku perasan banyak katil2 yang di jual rendah2 belaka..nak sumbat barang pun cam terhad jer..tak suka tak suka.


Tiba-tiba jugak..masa survey2 katil recently..aku rupanya still suka katil besi...aku suka design yang agak classic..tak suka yang moden sangat. Yang macam atas ni aku rasa sweet sangat. Katil/perabot warna putih sesuai dipadankan dengan apa jua warna dinding. Lagi terserlah kalau dinding tu warna pestel pekat, kebaboom sangat. Buat masa ni aku belum decide lagi nak beli katil apa, asik pusing sana sini makin pening so stop pencarian dulu.

Jom kita servey warna dinding pulak...dinding bilik sekarang warna pink kat bahagian kepala katil dan dinding kanan kiri warna putih, kiranya putih & pink la. 
Aku rasa nak cat dinding warna "tiffany blue".... cantik ker? Tunggu je laaa...
Next update, jadi ke tak tukar kaler dinding jadi tiffany blue.


Thursday, December 18, 2014

Dolce Gusto Melody III

Okeh..lama tak tulis tetiba nak meroyan gadget dapur.

Lama dah aku ngidam mesin kopi Dolce Gusto - Melody 3 ni...

harga kat Malaysia RM699...huuiii mahal bebenor memang sampai tua la baru cukup duit aku kalau gitu.Tapi kat UK nun di sanun ada sale..tgh discount...harganya almost 50% lebih murah dari harga kat Malaysia ni. Aku apalagi...siap2 duit deposit nanti hujung bulan 3 baru dapat stok..jadiklah..

Sementara tu eloklah aku stock up coffee pods dia dulu..ada lebih daripada 30 perisa untuk dicuba.
aku dah senarai pendekkan perisa yang aku nak dan bajet sebulan aku nak beli 2 jenis.
So dalam bulan 3 aku dah ada 6 jenis perisa coffee ni..hahah!



yeaayyy new gadget untuk dapur aku. Boleh la mengkopi bila2 masa.




Tuesday, November 25, 2014

Manukan Island / Pulau Manukan Sabah

Apa yang menarik sangat kat pulau Manukan tu?
ntah aku pun tak pasti..
pegi dan tengok sendiri
Naik bot kat Jasselton Point Jetty
Aku memang tak banyak masa nak rikki...ambik jer nath kat kaunter mana
1 pulau (Manukan) 5 beranak RM115 dengan 4 jaket mandi dan 2 snorkel mask.
Orang kata mahal...sebab masa kat Manukan aku jumpa satu family ni dia dapat 2 trip pulau cuma RM25 seorang,
okey dah terbeli nak cakap apa...balun jer!






Dia punye view, superb aku cakap! Maklum aku rasa selain kat Pulau Beras Basah kat Langkawi yang pernah aku pegi ini adalah lebih cantik!
Lagi best dapat bawak anak2 sekali, melepak 4 jam kat situ..aku ni kan suka lepak pantai tapi tak suka mandi sebab nanti badan melekit..tapi bila kat sini..
dah la tak bawak baju spare..aku mandi jer ngko! 
dah basah lencun sampai tudung aku naik la ke darat semula..keringkan baju sambil layar internet.
lepas tu aku mandi balik...2,3 kali macam tu..wakakak..laki aku cakap "senang hidup mak ngko"
senang lah bang..kang dapat bini cerewet abang yang tak senang hidup!

Sebuah cerita kenangan yang paling menyedihkan masa perjalanan nak balik ke jetty..Topi Umar Zidan telah diterbangkan angin kuat masa naik bot laju...melalak-lalak anak jantan aku tu...
maklum topi tu aku beli sejak umur dia 8 bulan..
aku pun sedih jugak...apetah lagi anak aku..
habih nak buat cemana??aku baru nak toleh  kat dia cakap.."Umar bukak topi"...topi tu dah terebang!
Tak pe lah Umar...

Until next entry!



Monday, November 24, 2014

Sabah Trip 2014 Jalan-jalan Sabah!

Akhirnya...
penangan tiket murah since last year tertunai jugak..
percutian 14/11 - 18/11 (5h4m)
kami naik AirAsia penerbangan pukul 1105 pagi..okey sebab dah lama sangat kami tak fly..plus aku busy giler last minute sebelum nak bercuti, boarding pass pun aku tak print out..sampai KLIA2 je pun dah 5 minit lagi nak pukul 10, memang tak sempat la aku nak self check in dan print out boarding pass tu, maka bayor je la sorang Rm10 untuk boarding pass tu, total RM50!



Perjalanan agak panjang, 2 jam 30 minit terasa biasa sahaja, lepas 1 jam penerbangan aku anak beranak tidor semuanya, yang tak best bila bangun mcm kena selesema pulak memasing, tapi kejap je la, lepas take off semua pun dah ok dan penerbangan hari itu sangat lancar, cuaca baik dan tiba tepat pada masanya.
Sesampai sana, ambik bagasi dan pemilik kereta sewa dah tunggu, kami sewa kereta dengan KeretasewaBorneo(nama kat FB) Myvi 1.0 dengan rate RM90/sehari, murah jika nak banding dgn tempat lain yang aku dah survey, murah2 pun RM110 untuk Myvi.
Dapat je kereta mula la menggagau jalan nak carik hotel...laki aku bawak terus jer...tak sempat aku nak bukak Navitotal bagai..tetiba aku ternampak Jalan Pinang tapi dah terlepas...
hek eleh...tak sampai 500meter rupanya hotel aku inap tu dgn KKIA2 itu sebab tak sempat nak search bagai.
2 malam aku inap kat The Crown Borneo Hotel...okey hotel kecik yang biasa2 ajer, tapi bersih!
Cuma tak best sebab takde lift, dah la aku bawak beg besor bapak beg..kena la laki aku angkut naik atas bilik, tingkat 2 lagik tu.
Untuk Bilik 1 katil Queen + 1 katil single charge adalah RM145/night.

Ini gambar google

Lepas check-in macam biasa anak2 aku cam kejutan budaya buat bising cam pasar la kan..lepas tu semua pakat melapar..mak baru nak lurus badan.
selamat aku bawak bekal makanan, meggi, biskut,roti, nescafe 3in1 semua ada. Petang tu ajer meggi aku dah kena bedal 3 bungkus..muahaha..biskut pun dah habis sebungkus.
Makan je la..sebab petang tu kami nak pegi dinner kat KK..makan seafood.


Udang segar yang besor gini RM65/kg

kerang dia besar penumbuk Hamzah..giler bapak besor takut aku nak ambik.


Sotong gitu RM18/kg, aku ambik sekor RM14 buat goreng tepung, bila dia bawak ke meja satu piring lonjong tu penuhnya.


aku makan kat kedai ni...jangan tak tau kedai ni actually recommended by seorang kawan aku yang baru lepas ke sana 2 minggu lepas, aku makan kat sini 2 kali hokeh,sedap tak tipu.
Gerai Sinar Delima - lokasi berdepan Hyatt Hotel, kawasan niaga waktu malam sebelah pasar besar KK.



Malam tu aku order 2 jenis udang, 1 masak butter, satu masak telur masin. Giler sedap!! teringat la pulak!

Ini namanya rumpai laut..sedap jugak, makan gitu jer macam ulam, mereka serve dengan sambal belacan.terangkat bha...aku siap beli dan bawak balik sini masa last day, mak aku cakap sedap.

Tom yam dia..aku mintak mangkuk kecik..bila sampai mangkuk dia besor ni, aku rasa 6 orang boleh makan...
1 gambar jer takde sotong goreng tepung aku tu...
sebab aku dah lapor..dia sampai lambat maka bila dah masuk bab melantak memang tak pandang camera ke henpon ker, huuuiiii sedap! Siap bungkus udang butter dan sotong goreng tepung sebab cam terlebih lauk je aku rasa malam tu...selamat aku tapau..bila balik bilik anak2 aku kelaparan.
Total makan 1st dinner RM100. bagi aku murah sebab buat perut aku sendat!

Till next entry!







Tuesday, October 28, 2014

Nafeesa Turn 10 (2004~2014)

Betapa cepatnya masa berlalu...
anak kecil saya yang paling mudah dijaga... paling petah berbicara
Sempena hari ulangtahun kelahirannya yang ke-10
sengaja panggil kawan-kawannya untuk berkongsi kegembiraan dan rezeki bersama
saya memang suka buat maka-makan untuk sambut hari kelahiran..
hari berkongsi rezeki dan kegembiraan bagi saya





Monday, October 27, 2014

Bila Rasa Malas ...

Pernah tak rasa down atau malas sangat2???

Okey,
aku sedang mengalami masalah malas ...
lagi teruk aku malas pegi kerja...
last week aku pegi keje 2 hari jer...
selebihnya selain Deepavali, aku dok rumah ngan pegi jalan-jalan jer.
Office call semua aku tak angkat...
kecuali semalam ada la 2-3 office call yang aku angkat.

Okey,
aku stress bila buat kerja tak boleh nak buat finishing...
tak success hidup aku. aku rasa
bosan nak menunggu keputusan dan segala pekerjaan nampak tiada kesudahan
aku memang jenis tak sabar..
bila bab kerja aku selalu akan beri full commitment dan selalunya lebih lagi..
tapi bila ada baaaannnyaaak faktor lain buat kerja aku tertunggak dan tertangguh
memang aku jadi fed up!

Cukup,
luahan hati jer nih...
tak tau nak cerita kat siapa?? sebab aku tak selalu merundum malas macam ni..
tapi memang terus terang aku cakap kat boss, once I fed up..do ask me anymore!

Tuesday, October 21, 2014

Peluang untuk dapatkan rawatan laser percuma!!

Dear bloggers....
atau kawan2 yang kenal dengan bloggers2 yang ramai pembaca..sebuah klinik aesthetic di Shah Alam ingin menjemput anda yang terpilih untuk mendapatkan rawatan aesthetic secara percuma, 
boleh email atau sms saya untuk keterangan lanjut.

Syarat-syaratnya :

Mereka yang aktif berblogging dan mempunyai ramai pembaca
Mempunyai masalah kulit wajah (warna tidak sekata, berparut dll)
Anda hendaklah menulis pengalaman anda menerima rawatan di klinik yang memberi tajaan.

Itu saja..
senang kan..sesiapa berminat atau kenal mereka yang memenuhi kriteria di atas..boleh email atau sms saya jugak.

Mintak share kepada kawan2 yang lain yer.

Terima kasih.

sms-0185704633
email : amminafeesa@gmail.com

Tuesday, October 7, 2014

Raya Haji - 2 hari 1 malam

Salam Aidil Adha kepada semua kawan2 yang sudi baca blog lapuk ni..
lama dah tak mentype di sini..banyak keje dan takde modal nak mengarang...takkan la nak bercerita kisah aku bangun pagi gosok gigi mandi gi kerja pulak kan?? tak syok maaaa...
Nak masuk resepi pun tak boleh pasal aku dah lama tak masak...masak air ada la..

Okey, sempena kesibukan aku bekerja sepanjang tahun (echeh)...
kali ni cuti raya haji lama sikit...3 hari Sabtu Ahad Isnin...so aku decide bawak anak2 shot vacation yang tak dirancang, hari Khamis baru aku booking bilik..mujur lah ada....
sesekali bawak anak ke pantai..sukanya dia orang..cam monyet pun ada, tak nak dok diam.Hahaha..


View dari balcony bilik..aku benornya mintak yang sea facing..makanya di bagi bilik yang ini..memang sea facing tapi nampak pokok...nampak la lautnya celah2 batang pokok tu..yang penting waktu malam & pagi bila bangun aku dengar desiran ombak..sesuatu yang beratus hari aku tak dapat di Shah Alam..okey, lama giler aku tak pegi jalan..more than 400 days aku tak pernah pegi bercuti ke pantai kecuali la dinner kat Jeram tu..huhu.





Kat mana ni?? Dari tadi tak tulis hotel mana...okey kali ni aku bawak anak2 ke Swiss Garden Spa & Resort Damai Laut...
Cerita kelakarnya....aku macam tau tempat ni kat mana..bila sampai sana aku dah tersalah tuju...boleh aku pegi Teluk Batik..sekali salah jalan..lagi 22km nak ke Damai Laut dari Teluk Batik ngko...
Pukul 3.15 baru nak check in..sengal la...dah la bertolak dari pukul 1030 pagi..kebas bontot.

Okey la...apa lagi nak cakap..belanja lebih sikit la asal anak2 happy...happy ker?? asik bergaduh jer..tensi mak nok...
tapi dah dapat dengar bunyik ombak dah kira cukup bagus..tengok anak2 meloncat bergurau senda dah cukup bingit tapi bukan rungutan...sebab perkara ini biasa..kalau mereka dok terbaring lagi aku susah hati.
But believe me...anak2 aku memang buas...yang jantan dah tentu..yang pompuan aku tak boleh jamin keayuannya...hahah.

Cerita balik semalam lagi best..singgah sana sini..dari 1215 sampai rumah 7.05 malam.

Till then..

Thursday, September 25, 2014

Anak Jantan Memang Macam ni ...

Khamis lepas sebelum balik kampung.....
anak jantan kecik buat hal kat rumah..pegi tolak pintu pagar sekuat hati sampai pintu tu bounce semula kena tepi mata...lalu cedera anak jantan kecik mak.

adddoooiiii...aku ngeri sikit bab-bab berdarah terluka ni...
selamat laki ada dia tolong bersihkan luka Hamzah dan tampal dulu dengan cotton wool dan letak minyak gamat.

Itu la...mama dah cakap jangan ganas-ganas selalu...kan dah cedera.




Kalau tak berani tak payah tengok la ye...
masa ni kat DEMC, mak punyalah takut kot-kot la Hamzah nak kena jahit kan...cuak!
Sekali selamat doktor tu cakap kita gam saje...dia orang guna macam cecair warna pepel dan cantumkan semula luka koyakkan tu...selamat tak nangis. Aku cakap dah budak2 ni memang lasak sungguh...ingat dulu masa Umar kena air panas, mana ada nangis2....rengek2 ada la masa kena cuci tu.

Jangan la lasak2/ganas2 ye anak jantan mak...seriau mak!

Tuesday, September 9, 2014

Japanese Buffet Dinner


Sabtu malam Ahad lepas punya cerita....
Lepas Encik Am balik keje dia ajak jalan-jalan..mula katanya nak nengok henpon..maleh tul nak layan...selamat kejap, tau la kalau bawak budak2 mana maunnya tunggu bapak belek2 henpon.
So far kami tak pernah beli henpon sampai lebih dari satu jam. Paling cepat 30 minit bayar & terus balik.

Dah lepas tu...sebagai upah untuk aku...bapak budak ajak gi makan Japanese Buffet....kat KL lagi.
Hahaha....






 Korang tengok...tiap kali pegi jalan asik gambar budak 2 orang ni ajer...mana si kakak?? Si kakak asal hujung minggu nak tidor rumah nenek...bila aku nak pick up ambik dia dah berjalan ikut auntie...habis cemana?? Terlepas la peluang nak makan sushi unlimited. Umar dgn Hamzah dok ulang sushi, dah puas makan jumpa pulak longan ngan laici, sorang makan 2 mangkuk. Dah kenyang mula lari sana sini..selamat masa kita orang datang tu orang semua dah balik..maklum, pukul 9 baru sampai...apalagi lepak sampai restoren tutup.

Sebenarnya sebab apa kami sampai pegi makan kat sini...
sebab kawan Encik Am Restaurant Manager kat sini...maka....enjoy 50% off...hahahaha! 


Cerita Hari Ahad...


Assalamualaikum...
lama tak mengupdate blog...
bebanan kerja tak pernah surut...semoga rezekiku berkat untuk anak-anak.

Oh ye....ini cerita Ahad lepas, kat Giant 13..maklum sejak 5-6 bulan aku memang jadi pelanggan tetap Giant walau ramai yang cakap mahal, tapi aku suka beli daging, lamb ngan ayam ikan kat sini berbanding Tesco atau kedai lain..maaf lah Tesco dah hampir 6 bulan aku tak membeli sebab barang basah dia selalunya tak best!

Kat tapak parking luar tu kebetulan ada pesta apa ntah...pesta jualan la apa lagi...
anak bujang 2 orang ni tak takut maskot...kalau si Feesa nampak gini harus terpekik terlolong cam tarzan masuk pekan.Tapi yang hero berdua ni..siap nak bergambor-gambor lagi..
hari tu..kami kenyang makan product sampling..hahah.


 Pandai korang berposing eeekkkk...walaupun cuma nak bergambor dengan Mamee Monster & 
Mr Potato.



Till next entry....

Japanese Buffet Dinner

Friday, August 22, 2014

Promosi Emas Habib Merdeka

Semalam aku dapat surat daripada Habib Jewel..
depa buat promosi emas start 29 - 1hb nanti rasanya, kat Habib Ampang Point...
nak pegi ke tak??

Masa hari raya hari tu.... sempena anniversary kami yang ke-11...
laki hadiahkan cincin emas pilihan sendiri..
haruslah yang besor gajah aku ambik...
gasak...


terima kasih abang...raya pertama jer aku pakai...sekarang dah simpan semula...ada majlis yang sesuai aku pakai la, takkan nak pakai gi opis....mana mau! hehe

Thursday, August 21, 2014

Panduan Hari Berkabung - 22 Ogos 2014

Esok..
Semoga ahli keluarga penumpang dan krew MH17 tabah menghadapi dugaan...tiada kata-kata yang dapat mengubati kedukaan di hati mereka...semoga Allah menggantikan mereka dengan sesuatu yang lebih baik di sisiNya..Insya Allah!


Garis Peraturan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014 MH17 MAS 
•Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang di seluruh negara pada hari perkabungan 
•Semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan pada hari tersebut 
•Pakaian hendaklah warna-warna yang suram dan tidak warna terang/garang 
•Bagi mereka yang beragama Islam dan terlibat secara langsung (dalam majlis sambutan ketibaan jenazah), mereka (termasuk petugas media) digalakkan memakai songkok (tanpa lilitan warna putih), manakala pegawai dan petugas wanita perlu memakai selendang berwarna hitam 
•Pada hari berkenaan juga, rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen hendaklah ditangguhkan dan diganti dengan bacaan Al-Quran dan program berunsur keagamaan mysumber.com : Garis Peraturan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014 MH17

Basikal Pertama - Umar Zidan

Masih ingatkah pada basikal pertama kita??
Aku ada basikal pertama masa umur 5 tahun, BMX warna biru..masa tu semua budak tak kira laki pompuan semua nak BMX...it was 29 years ago.hehe...

Banyak pengalaman naik basikal pertama masa kecik2 dulu...it was my first bike until my second bike when I was nearly 18!! wwooohhoooo...
masa aku kecik aku ialah spesis budak perempuan yang lasak seperti lelaki AKA Tomboy...waktu dulu mana ada istilah lain untuk budak perempuan lasak selain Tomboy..nyampah aku dengar perkataan tu.
Aku suka pakai seluar pendek dan berambut pendek jugak..haha..
dulu aku takde kawan selain abang aku yang tak la aku sayang sangat tapi the only friend yang aku ada..sebab jarak aku ngan adik aku jauh..almost 6 years...so tempias gen-gen jantan tu terpercik lah kat aku.
Dengan BMX aku tu..aku pernah masuk longkang...2 kali okeh..masa jatuh tu aku rasa makkk haiii matilah aku...masuk longkang dengan basikal2 sekali...sakitnya macam nak mati..longkang besor cemana nak keluar ni..dengan basikal sekali iye tak?? Sekali adalah sorang uncle india ni dia nampak insiden aku tertonggeng dalam longkang dengan basikal tu...lalu dia pun tolong la aku angkat basikal aku..aku dia tak angkat pasal aku boleh panjat sendiri....masa tu aku 5 tahun...aku rasa longkang tu mak haiiii besornya...
sekarang ni bila aku tengok longkang tempat aku tertonggeng tu...idok le besor mana pun....tinggi lutut ni aje...alahai...sadis betul....kenangan habis!! haha...

Itu kisah aku....29 tahun yang lalu
Minggu lepas...
aku belikan Umar Zidan his 1st bike. Ya Allah gembira bukan kepalang anak bujang aku tu....terpercik gembira dia menusuk kalbu aku....bersyukur sangat aku ada rezeki lebih nak belikan dia basikal dan buat dia gembira..semoga dia ingat setiap detik kegembiraan ini dalam memori kehidupannya..insya Allah.

Cuma aku nak pastikan yang anak aku tak masuk longkang la naik basikal mascam aku
di umur 5 tahun dia dah pandai naik basikal 2 roda, cepat betul kemajuan dia..dulu masa aku masuk longkang tu aku naik basikal roda 4 lagi tau... haha.


Semoga Umar jadi anak yang soleh dunia dan akhirat.




Wednesday, August 6, 2014

11 tahun dan selamanya ....

2 Ogos 2014 = Sabtu....
sama hari dengan hari pernikahan kami 11 tahun yang lalu...hari Sabtu jugak.
So Sabtu lepas kami sambut ulangtahun perkahwinan di kampung halaman jer...sebab kami balik kampung untuk hari raya...betapa lambatnya raya kami tahun ni...dah raya ke-5 baru balik kampung....asal selamat jumpa mak ayah dah happy sangat...adik beradik suami pun ada sekali...lama dah kami tak berumpul bersama.

semoga ikatan ini kekal barokah dengan nikmat yang Allah berikan, di kurniakan anak-anak yang hebat, penuh kasih sayang, diberikan kesihatan yang baik...Insya Allah teringin benar nak menunaikan umrah dengan suami....semoga doa diperkenan...Aaamin.


Friday, July 25, 2014

Salam Aidilfitri 2014

Semoga perjalanan kawan-kawan semua selamat
kami tak balik kampung lah kot (Negeri Sembilan)
Sebab my suami Am kerja...cuti dia start Jumaat depan sahaja by then saya pulak dah start kerja.
Kemudian la pikir balik atau tak
Takde perasaan...
biasa-biasa saja..saya dah biasa dengan kehidupan macam ni...
InsyaAllah raya tahun depan baru Am boleh cuti raya pertama mungkin.
Tapi disebabkan dia kerja malam raya..so pagi raya baru dia balik rumah.
Tahun ni macam nak ajak Am pegi bawak kami solat raya di Masjid Sultan Salahuddin
saya tak solat raya, jaga Hamzah mungkin

Untuk semua yang pulang ke kampung halaman...
berhati-hati di jalan raya..
semoga selamat sampai!
Ampun maaf di pinta andai ada terkasar bahasa
saya orangnya agak tidak bersopan santun sangat...suka langgar itu dan ini.
Mohon maaf yer semua kawan-kawan yang membaca.

Salam Aidilfitri

Thursday, July 24, 2014

Ekspedisi Shopping Raya ....

Semalam....
kami suami isteri gagah perkasa bercuti konon nak penuhkan wishlist shopping raya anak2 dan sekeluarga...
anak2 tak beli kekasut lagi....
bapak anak satu mende pun takde beli lagi kecuali sepasang baju melayu...
mak anak konon2 nak carik lah selipar yang agak2 berseri sikit ....
namun....
dari pukul 12 tgh hari aku keluar sampai malam balik cuma dapat kasut anak2 sorang sepasang...
ko bayangkan....apalah yang kami buat beli kasut 3 pasang ajer ambik masa 8 jam....???
Taubat aku dah....lepas ni tak nak dah bawak bebudak ni gi shooping bulan puasa.

Mula2 bawak ayah aku belikan ayah baju kurta kat Anggerik Mall...
kat Shah Alam ni kalau nak masuk sana sini dah sesak benor tapi kat sini aman damai dan tenang jeeerrr...
yang buat tak tenang..si Hamzah asik mintak nak beli mainan...selagi tak dapat dia dok bergayut kat kaki aku sambil menangis.Lepas ayah aku beli terus balik rumah semula hantar ayah balik sebab kami nak buat ekspedisi membeli keperluan raya yang aku sebut kat atas tu, kami pegi OU jer.
Pekak dengar Hamzah nangis nak mainan..aku belikan transformer murahan kat kedai india depan rumah..senyap la seketika sehingga tayar kereta tu tercabut pulak...dasar!!

Dah la malas nak cerita...aku penat teramat sangat ...terutama dengan perangai Hamzah..dah dapat mainan memasing melapar pulak...dasar tak puasa

My boys nak kasut transformers dan berlampu..aduhai kerasukan apekah??

Umar dapat yang ini

Lampu depan tu menyala kalau berjalan.

Si Hamzah punyer kasut aku tak ingat dah rupa cemana..beli kat Jusco jer...asal berlampu sudah...lepas bayor terus nak pakai..takde peraturan betul la budak ni..tensi sangat aku ngan dia..gasak ler.
Umat masih boleh di bawak berbincang...labih sweet lepas aku bayar dia terus cakap "time kasih mama".
Si kakak nak kasut bertumit bagai..itu lagi sorang..aku layan jer malas dengar merengek-rengek ni..dia beli kasut jenis wedges..maklum dah nak anak dara haruslah melaram...jangan tak habis pakai sudah.

Lastly...si bapa tak dapat apa2 pun selain penat...aku pun...haruslah dapat penat sahaja.
Semalam aku dah tertengok satu cincin kat Habib Jewel...fullaaammmakkkkk....tak tido malam beb!!
Mesti grab satu...takde selipar raya pun aku tak kisah..al kisah masa aku nak tengok si Hamzah start buat perangai balik...ko tau dia tarik2 kaki aku ...terkangkang-kangkang aku kat kedai tu dah macam haper jer....Ya Allah....malu aku terus blah dari kedai tu sambil cakap nanti hari Sabtu akak datang balik..kehkehkeh!

Till then....enjoy your saki baki Ramadhan guys.





Monday, July 21, 2014

Peti Ais Baru - Brand Yang Bagus Anda Rasa ....?

Salam semua,
masuk tahun ke-10 barang letrik rumah aku semua buat hal
mula-mula mesin basuh....setelah di rehatkan 2-3 bulan sihat balik rupanya so padam niat nak membeli baru.
Kemudian peti ais pulak buat hal...kejap sejuk kejap lansung tak rasa dingin terus...banyak bahan makanan aku rosak...dan sejak peti ais tu meragam dah 2 kali kami betulkan...kos nak rm200 jugak lah...apalagi bergumbira aku laki bini tak payah keluar modal beli yang baru.

Tapi akhirnya...mungkin dah sampai ke penghujung waktu perkhidmatannya...
kami decide untuk beli yang baru gantikan yang ada ni ...yang kami beli sejak baru mula kahwin dulu...waaaa sentimetal value sangat. 
Tak beli nanti tak boleh nak simpan makanan...sejak dua menjak ni aku simpan mana2 makanan semua kat bahgaian atas, sebab bahagian bawah lansung tak sejuk...bila bukak je berbau ..huhuh..anak2 semua takut nak bukak peti ais, sebab busuk..hehe!

Peti ais yang 10 tahun berkhidmat cemerlang dengan aku tu brand Samsung...so secara tak lansungnya aku yakin dengan brand ni...10 tahun kira dah bagus dah khidmat untuk barang letrik ni kepada kita, kalau lebih lagi..., lagiiii bagus.
So aku setia kepada brand ini untuk satu tempoh yang akan datang...
kami pilih fridge ini 


Samsung 2 door fridge 300L

Specifications
  • 255 Total Net Capacity
  • 53 Net Freezer
  • 202 Net Refrigerator
  • Shelves x 2ea ( 1ea Slide out)
  • Glass of Shelves
  • Number of Vegetable&Fruit Drawer: 1
  • Spill-Proof Shelves x 1
  • Door Pocket x 5
  • Type of Door Pocket: Transparent
  • Egg Container available
  • Deodoriser available
  • LED Interior Light
  • 1 Chill Compartment
  • 1 MoistFresh Zone with Vegetable Box
  • Net Dimensions(W x H x D): 555 x 1,635 x 637mm
  • Net Weight : 50.7kg

Dan yang ini dapat 5 bintang dari segi penjimatan elektrik yang di gunakan....kalau beli barang letrik kena tengok berapa bintang mereka rate untuk barang letrik kita, lgi banyak bintang lagi jimat.
Aku beli kat HLK Seksyen 23 Shah Alam, so far kedai tu bagi harga paling murah dari kedai2 lain...aku dah malas nak survey sana sini..aku pegi jer beli terus, harga dia letak RM1299 tapi lepas mintak tawar2 sikit dia bagi RM1150..murah banyak tu..suka la kan.

Okeylah..semoga dia berkhidmat dengan baik untuk keluarga aku...harapnya dengan jaminan compressor selama 10 tahun...10 tahun lagilah baru aku beli baru yer.Aku ni bukan jenis suka2 nak tukar barang kat rumah kalau tak betul2 rosak...see my washing machine, walau hampir 6 bulan boleh kata kejap onn kejap off aku tetap tak beli.

Mak aku selalu pikir aku ni kedekut...hahah..memang poonnn!



Thursday, July 10, 2014

Resepi - Oxtail Stewed

Bahan - bahan :

600gm ekor lembu
4 batang celery dipotong kecik
2 batang carrot dipotong-potong
1 labu bawang kuning dicincang
3 ulas bawang putih dicincang
2 sudu Cajun spice
3 helai daun bay
sedikit rempah rosemary
sedikit mixed spice
garam secukup rasa
Stewed tomato
1 liter air
Olive oil untuk menumis

Cara-cara :

Tumis bawang sampai wangi kemudian tumis sekali celery dan carrot.
Biarkan sekejap kemudian boleh masukkan ekor lembu, masukkan rempah2 yang dah ditulis kat atas tu.
Masukkan pulak stewed tomato dalam tumisan kemudian tambah air 1 liter.
perlahankan api, tutup periuk dan reneh selama 3 jam.

Senang kan...

Cajun spice ni boeh beli kat Giant, Tesco atau mana-mana pun..cuma jangan la carik kat kedai runcit Aceh pulak..aku rasa confirm takde.


Inilah cajun spice tu, benornya ialah gabungan 7 jenis rempah/bahan yang di satukan dalam satu botol


Dan yang ini pulak ialah tomato stewed dalam tin, aku beli yang brand ini kat Giant, aku buat hari tu beli 1 tin jer, kalau nak pekat lagi boleh guna 2 tin.

Selamat mencuba.




Menu Berbuka - Oxtail Stewed

Salam all....
hari Selasa lepas aku cuti...malas nak pegi kerja sebab kereta aku tak berapa nak sihat. Di kesempatan itu aku merajinkan diri nak masak untuk berbuka.
Seharian aku tak kerja asik menonton TV rancangan masak2 jer...lapor gamaknya.
So terlebih dahulu kenalah carik bahan2 iye tak......oh yeeee laki aku pun tak keje hari tersebut....sepadan sangat..merpati dua sejoli gitu.haha

Aku masak apa tau....nama omputihnya Oxtail stewed...bahasa kita ekor lembu masak stew!

This is not my photo

Tapi gambar yang atas tu bukan gambar apa yang aku masak...aku cilok ntah siapa punya gambar tapi memang begitu lah rupanya,cuma yang aku buat tu kurang pekat sikit.
Nak makan...boleh makan dengan roti,roti Peranchis atau mana2 negara punya roti pun sesuai tapi memang sedap dengan roti yang sikit keras.
Sebab apa aku masak oxtail stewed ni, sebab setiap kali pegi makan kat Dave's Deli, laki aku mesti order hidangan ni...aku pun mesti la tanak kalah kan...maklum tukang masak amatur..hehe.
Sekali...jengjeng....jadik sebijik macam yang selalu laki aku order tu.
walla...ternganga la laki aku kan..pasal di bulan puasa ni...bila mana aku tak boleh nak rasa apa yang aku masak masa tu...tetiba plingggg sedap pulak!hahaha......nak tak nak 3 jam jugak tau aku reneh...senang sangat masak nya...
tumis2 bahan kemudian reneh 3 jam...siap!!

Wednesday, July 9, 2014

NH Vege Fibre - Saya ambik ini di bulan Ramadhan

Salam all
kali ni nak bagi review pasal produk NH Vege Fibre....pernah dengar tak??


Haaa..yang atas ni lah bendanya...aku tak beli...aku dapat free sample yang sangat banyak ..cukup 2 bulan makan. Saje nak cuba dengan harapan perut aku kempis la sikit sempena bulan Ramadhan ni...berat pun nak kena turun gak pasal perut aku tebal benor..hahah!

Dah 2 kali aku cuba..
ambik satu sachet tu bancuh dengan air suam kemudian goncang dalam botol terus minum....
aku minum sebelum nak tidur...
kesannya - bila bangun sahur perut takde rasa pedih-pedih atau rasa macam perut kosong, rasa full jer...tapi pagi2 perut akan memulas sikit nak masuk tandas.Paling sikit 2 kali okeh...
yang bestnya rasa perut kita bersih dari sisa kumbahan kat usus tu tapi tetap rasa full...rasa kenyang dan selesa..takdelah dengar bunyi peut berkeroncong bagai.
Waaa.....ini sudah best..
so pada sesiapa yang selalu rasa pedih2 perut masa bulan puasa ni elok ambik produk ni.
Sebenarnya produk ni menyekat carbs dan kalori dari menjadi lemak,meningkatkan metabolisme,membersihkan usus, seimbangkan PH level, relieve constipation dan apa ntah lagi...

tapi yang aku suka cuma pasal perut jadik kenyang...kot iye yang aku tulis tu semua berhasil...harapnya kempis lah sikit perut aku raya nanti.

Tata.


Selesai 1/3 Ramadhan...

Perjalanan Ramadhan sudah melepasi 1 per 3...
harapnya momentum ibadat tu semakin tebal bukan semakin nipis ingat raya jer..
ingat2 yer...raya tu lepas takbir raya jer terus tak rasa mende dah...nak makan siang hari pun rasa tak biasa pulak sebab dah hampir sebulan tak makan siang hari.

Aku....
tak jejak lagi berterawikh jemaah di surau...
bukan apa..Hamzah ni bangsa tak cukup akal lagi...dia punya jenis kalau nak sesuatu atau tak nak sesuatu tu tak boleh toleransi..so maleh la kalut2 kat surau...buat kat rumah je sudah.
Ada la beberapa kali done terawikh..hahahaha! Tak baik bagitau orang tau...tak ikhlas gitu.eheh!


till then...enjoy your Ramadhan kawan-kawan..
see you

Wednesday, July 2, 2014

Ramadhan ke-4

Salam Ramadhan semua,

Dah masuk hari ke-4 Ramadhan...aku biasa2 jer
1st Ramadhan dapat sahur dan iftar dengan Abang Am...bahagia la jugak..hehe!
Teringat tahun lepas, dia pergi kursus 2 bulan, betul2 11 hari lagi nak raya baru dia balik...
sedih aku anak beranak kecoh2 sendiri urus anak2 masa bulan puasa.
Dugaan dan pengalaman begitu buat aku lebih tabah dan aku bangga ada extra experience dari orang lain.eheh!

Ramadhan pertama aku masak lauk kari ayam dan sayur campur untuk iftar...banyak gak aku masak sampai cukup lauk tu bawak ke sahur puasa ke 2...settle tak payah nak masak pagi.
Iftar yang ke-2 pulak aku goreng salmon 2 keping makan ngan sambal hitam untuk berbuka, simple but yet sangat la menyelerakan...same kes lauk tu cukup bawak ke sahur ke-3 yang aku hampir terkantoi terlajak sahur gitu..hikhik.

Tiba-tiba iftar semalam....
sedey kot...laki tak balik iftar semalam, aku pulak asyik la jem sini sana ..jalan nak balik kerja mesti tempuh 1 jam lebih..dah sampai rumah ambik anak2 dan tak larat dah nak masak.
Lagi pulak dengan peti ais aku yang tak membeku tu..aku memang tak simpan stok makanan dah..takut rosak...
maka semalam aku cuma goreng sosej 3 batang (itu je yg ada)..aku karate 2 setiap satu maka jadi 6 ketul dan makan 4 mulut. Si budak jejantan kecik yang tak puasa ni pun berebut nak makan jugak macam kan puasa...tak makan lagi agaknya tadi.Huhuhuh...
apa lagi aku pulun la minum sampai kembung,dah takde benda nak makan aku solat la terus.
Lepas tu baru la nak tuntang kat dapor sesikit..nasik goreng je pun.
Si Pica masih gigih carik makanan..apa lagi sambung makan biskut sambil kesedihan lapor.
Okey lah...petang ni aku kena jalan2 bazar belakang opis ni dulu sebelum balik..kalau ada roti john pun boleh la sementara nak tunggu aku refill energy dan masak sesuatu.



Sekian, cerita duka Ramadhan 2014.

Friday, June 27, 2014

Syaitan Dalam Tandas ....


Hidup dalam cerita-cerita mistik kadang kala mengasyikkan untuk di dengar..tapi bukan untuk di alami.

Just nak bagi tahu.....
kadang kala kita terlupa...
Jangan benarkan anak-anak atau sesiapa pun dari keluarga kita masuk ke tandas time azan..
sesungguhnya Syaitan itu berpusu-pusu masuk ke tandas masa azan berkumandang..
kalau kita tengah mandi masa tu....setan2 ni berebut-rebut minum air dari yang jatuh dari badan kita.
Rupa setan duduk dalam tandas ni hodoh2..berlumut,hijau dan buruk sangat...sangat2 buruk tak boleh nak di lukis hdohnya macam mana.

Aku memang avoid masuk tandas time azan dan sentiasa tutup toilet bowl atau pintu tandas setiap masa.

sesungguhnya kalau kita boleh nampak mereka....
tak senang hidup....jadi walau kita tak nampak...sedarlah masih ada yang memerhati..bila mandi tu tutuplah sebahagian aurat,baca doa masuk / keluar tandas, masuk dgn kaki kiri,dan tutup lah kepala kalau nak berhajat besor dlm tandas tu.

Mereka ada di penjuru2 bilik air..di penjuru syiling selalunya

this is real.

Hari Ambik Report Card - Umar Yang .....

Salam Jumaat semua,

Pagi yang sikit stress...aku baru balik dari sekolah Umar ambik report card dia......hhhmmm jadik mak-mak ni memang gini...sentap la pulak pagi ni! Okey aku letih sangat maybe...kerja,kerja dan kerja...
so bila hari ni cikgi Umar cakap Umar banyak main...malah overdose main katanya. mau haku tak sentap..progress nya dalam peljaran a bit slow kata cikgi.

But it's not my worry....
macam aku cakap...aku maybe sangat letih...malam pukul 9 aku dah tidur, biasa setakat teguran macam ni aku tak kisah pun...tapi hari ni tak..macam nak nanges2 pulak.
Dah la malas nak type...I knows my kids well than other people.
Tetiba cakap omputih....

Anak2 aku memang ada perangai "tunjuk tak pandai" tapi sebenarnya dia tahu.
Ker depan aku jer dia boleh belakang aku dia tak boleh??
Aku tak nak aku ada anak jenis "depan mak bapak baik, belakang mak bapak...dot..dot..dot"
Aku tahu anak aku lasak tapi lasak2 mereka aku nampak biasa jer..ker sebab aku dah terbiasa..
ok lagi satu aku jenis orang yang bukan suka rebel membebel tak kira isu, aku orangnya biasa, cool temperature dan lambat warm up. aku selalu pandang sesuatu perkara dang anggap dia dah di tentukan begitu..tak suka begitu cerewet dalam semua perkara...

Hahahahah....dengan pengakuan terbuka ini aku tau lah mana perangai anak2 aku ikut...sebab cikgi dia cakap dia jenis buat deeerrrrkkkk jer...buat tak tahu atau buat muka "ko apehal"
aku perasan anak2 aku ni jenis selective sikit...
orang yang agak2 dia tak nak tegur dia akan buat tak tahu / tak akan respon..
macam Pica...kalau ada soalan yang dia tak nak jawap dari orang2 yang dia kenal sekalipun..dia akan buat pekak je ngko, walau orang tu depan mata sekalipun,dia akan diam atau pendang tempat lain. Tak paham aku bebudak ni.

Ok lah....dah borak2 dengan kawan2 opis, mereka cakap memang ada perangai bebudak yang macam ni.aku pun dah semakin lega ...

Tadi Am call dari sekolah Pi ca, dia cakap "ceredik anak pompuan mama"
Hagak dah.....


Monday, June 23, 2014

Harga Emas Murah Lagi - June 2014

Salam semua,
Dah nak puasa ni...time ni kalau nak beli barang kemas sesuai sangat Mak Jemah dan mak mak lain jugak..
harga emas masih mendatar..
percaya atau tak?
Last year bulan 7 aku beli emas kat KL RM127/g....
hari ni tahun ni harga lebih kurang...mahal sikit tak mahal banyak!
Kat KL hari ni korang boleh dapat RM131 - RM134 per gram dan kat Kuala Pilah dalam RM127++ per gram.

Murah beb,
kat kedai mahal...hari Jumaat aku tengok kat Poh Kong RM147/g dan kat Wah Chan RM145/g
Sebelum ni harga naik sampai RM160 ke RM165/g...mahal wwwoooo.

Untuk orang2 area Shah Alam, kat Ole-Ole Seksyen 18, kat tingkat 1 ada satu kedai emas orang Melayu,
harga di tawarkan ialah RM145/g tapi yang bestnya takde upah.
Upah ni main peranan jugak tau..kalau design barang kemas yang agak susah/fancy sikit upahnya mahal...
kat kedai2 macam Poh Kong upah memang mahal sekali even untuk rantai tangan buatan mesin yang biasa2 tu...mau RM150 sedangkan kalau kat kedai2 emas India kat KL upah selalunya tak sampai RM70.

Note : Kedai emas KL = kedai emas India di Jalan Masjid India dan sekitarnya , Deen, Farah dll.
Kedai emas biasa = Habib, Poh Kong, Wah Chan dll
Kedai emas Kuala Pilah = Cheah Poh Hing, Lee Wah dll


Bijak membeli mak - mak Jemah yer....
aku nak berangan nak gelang baru je tahun ni...hikhik

Catatan Co2 - Hari Ke 5

Mula-mula mintak sorry sebab takde upload gambar kat sini,
susah lah..dropbox dah full tak tau cemana nak transfer gambar lagi. Nak masuk dlm Fb nanti semua tengok..maleh, aku kan pemalu!

Dah masuk hari ke-5....
kulit muka yang mati kena bakar dah start mengkeropeng..dan mula gugur sikit demi sikit..terutama di bahagian pipi.
Aku harap muka aku hampir bersih menjelang esok sebab aku adalah super duper busy lepas ni..
ada banyak public meeting dan takkan la aku nak bawak muka keropeng aku sana sini kan?
Result aku tak berapa nak nampak perfect 100% lagi sebab keropeng pun masih ada, selalunya masuk hari ke-10 muka akan glowing dan berada dalam keadaan 100% terbaik hasil dari apa yang kita buat = Co2 laser.

Tapi kali ni ...aku pun tak pasti sebab sepatutnya lepas laser tak boleh kena panas, tapi,tapi, tapi....
aku pegi sana sini situ....tapi aku tepek sunblock la...tepek tebal sket.
so not sure adakah hasilnya sebaik kali pertama bila aku buat dulu.

wait and see ....

Friday, June 20, 2014

Co2 Fractional Laser lagi - Muka nak puasa

Assalamualaikum....salam Jumaat
lama dah tak menulis ....busy la jugak....busy la sangat huhu..tak tipu..
sampai muka naik jerawat semua...mana tak..pegi keje dari pukul 630 pagi sampai 12 malam pun ada...mau tak stress...
Cuci muka sikit2 tak bersih agaknya..maka jerawat naik balik..aku pulak kalau dah ada jerawat mesti tinggal parut punya, walaupun tak picit.

Sttreesss punya pasal...semalam aku buat Co2 lagi..untuk kali ke-2 ..last time buat pada 27/12 tahun lepas.
Tapi bila dah buat kali ke-2 ni....sakitnya tak macam yang kali pertama dulu...yang dulu tu...addduuuhhh pedih giler. Kali ni pun pedih jugak tapi kurang la...kurang 25% dari sakit masa pertama kali kena laser tu...

Malam tadi bengkak jugak..masa nak cuci muka agak perit dan pedih ..tapi pagi ni dah ok dah..
aku selamba jer datang keje dengan muka yang kotak2 dan belang2 ni..habih..keje melambak..call tak berenti...tapi muka nak kena ready..maklum nak raya.hehe
Bulan puasa aku malas nak buat...nanti dehydrated pulak aku dibuatnya...maklum sekarang dah la musim panas...adooiii la.

Okey la, nanti aku masuk satu gambar muka kat sini eekkk...

till then.

Thursday, June 5, 2014

Pre Order - Quinny Zapp Xtra (1) & Quinny Modd

Sama jugak macam kempen Peg Prego
Kali ini Quinny Zapp Xtra (1)

Harga Jualan : RM1999
Harga Promosi : RM1199
Harga Super Saving : RM10XX

Ada 4 variant warna yang menarik..kalau me, me nak warna pepel..so sweeet!





Kalau nak buat pre order, deposit RM500, baki bila ambik barang awal July nanti di Shah Alam.
Kuantiti terhad yer.


Ini Quinny Moodd - really adorable & stylish.
Harga dia memang a bit expensive, kalau me maybe tak beli lah kot.
Tapi kalau memang ada yang nak mencari Quinny Moodd ini dengan harga murah daripada retail biasa..
nah ...I offer you

Harga Jualan : RM3999
Harga Promosi : RM2999
Harga Super Saving : RM2X99

Jangan risau harga kami jaaaauuuhhh murah dari yang di jual di mana-mana (mungkin ;)

Deposit RM1500 dan baki ketika ambik barang pada early July.

email me at amminafeesa@gmail.com
atau sms/wasap 0185704633 



Popular Posts