Tuesday, December 23, 2014

Azam 2015 - Deko Bilik Tidur

Assalamualaikum...
kita dah sampai ke penghujung 2014
seingat aku macam takde azam awal tahun itu hari...
maka sempena nak tahun baru ni..aku tetiba ada sebuah azam yang terpendam.
Rasanya dah 2 tahun cerita nak deko bilik tidor ni tergendala...
aku baru sampai part beli tilam baru dan cat dinding bilik jer.
Kemudian cerita deko2 tu tergantung macam tu ajer. Lenyap lansung. aku pun tak tidor lansung kat bilik tu..timbun balik semua barang dan jadilah stor semula.
Laki aku simpan basikal la...simpan TV rosak la..simpan Hifi rosak la..eehhh semua ada la..tikus pun ada.hahaha..

Ok, sejak 2 bulan lepas aku dah pindah tidor bilik stor balik..
aku dah kemas la sesikit..dah clear, nak tidor atas katil pun dah boleh..kalau tak aku letak periuk atas tilam aku tu..huhu.

Dan sekarang idea mendeko dan nak nak shopping barang bilik menjadi-jadi.
Tetiba rasa dah lama sangat tak pernah tukar katil baru...katil yang ada tu aku beli masa sebelum nak kawin.
Katil murah je kot.. tapi tahan lama ooiiii...tak goyang tak bunyik2. Jadi takdelah pernah aku teringin nak beli katil baru...tapi la ni asik termimpi mimpi tidur atas katil kayu warna putih je.. hahaha alahai!
Meh tunjuk katil aku sekarang...

Ini bukan katil aku la..cuma lebih kurang...jenis kaki dan kepala katil tu tinggi, katil aku pulak besi hitamnya tu bersilang-silang bukan lurus macam ni.

So sekarang antara design2 katil yang aku suka..meh tepek kat bawah ni...(berangan je ni tau)

Aku tetiba teringin sangat nak katil kayu warna putih..pilihan aku still jenis yang lubang kat bawah supaya senang aku boleh simpan barang. So set katil divan tak pernah masuk dalam list katil kegemaran aku dan satu lagi ciri2 katil yang aku suka ialah kaki dan kepala katil mestilah tinggi jugak ketinggian katil dari lantai mesti tinggi.
Tapi la ni aku perasan banyak katil2 yang di jual rendah2 belaka..nak sumbat barang pun cam terhad jer..tak suka tak suka.


Tiba-tiba jugak..masa survey2 katil recently..aku rupanya still suka katil besi...aku suka design yang agak classic..tak suka yang moden sangat. Yang macam atas ni aku rasa sweet sangat. Katil/perabot warna putih sesuai dipadankan dengan apa jua warna dinding. Lagi terserlah kalau dinding tu warna pestel pekat, kebaboom sangat. Buat masa ni aku belum decide lagi nak beli katil apa, asik pusing sana sini makin pening so stop pencarian dulu.

Jom kita servey warna dinding pulak...dinding bilik sekarang warna pink kat bahagian kepala katil dan dinding kanan kiri warna putih, kiranya putih & pink la. 
Aku rasa nak cat dinding warna "tiffany blue".... cantik ker? Tunggu je laaa...
Next update, jadi ke tak tukar kaler dinding jadi tiffany blue.


5 comments:

Nur Zayyani Liman said...

Salam kenal..
Bestnya dpt deco bilik tidor..
Tapi klu katil mmg cantik klu putih..hehe

ammi said...

terima kasih....ini pun jangan hangat taik ayam..harap2 terus jadi

Hani said...

hehehe
hani pun baru jugak deko bilik. tukar cat sket dulu gelap skang offwhite jer, tukar langsir sebab silap beli yg biasa tpi bilik ngadap matahari naik.

pastu tukar tema - blue.

nampak romantik ler jugakk hehe

katil kayu masa kawen dulu tak tukar sebab elok sangat pastu berat gilerrrr hehe

ammi said...

haaaa...akak pun rasa nak tukar blue..tapi asik nak beli cadar bunga2 pink..ntah2 apa2 ntah

Hani said...

skang ni mata asik ke pastel color. sgt jatuh cinta!

takmo garang2 or asik coklat coklat coklat ajerrr hehe. so akhirnya pilih biru yang memang sejak azali sgt disukai.

cuma eksen nak nampak mewah kenalah amik earth color konon hahahah.

so skang sangat suka hati, bilik nampak luas, nampak bersih sebab semua offwhite takde feature wall dah. kat dinding cuma nak gantung lukisan ajer. bedding set pun off white.

suka juga katil besi yang kepalanya tinggi, waaa macam kat hotel gakk hehe

Popular Posts