Friday, November 13, 2009

MacaM MaNa NaK MaSaK SaLmOn ??

haaaaaa...
sejak sejak ni, blog ni asik keluar cerita salmon jer kan..
sebab ku ni tgh nak membuat perkongsian pembelian salmon fillet ni dengan kawan2 yang lain..
harga sangat murah daripada pasaran iaitu cuma RM30/kg berbanding kat luar yang lebih daripada harga yang ai dapat tu.

Ada yang tanya ..macam mana nak masak...??
kalau ikut ai yang sekolah tak berapa nak tinggi ni...
ai pandai jer nak cari resepi & nak jer belajar benda yang baru..
ooo sebabnya...lupa lupa..sebab ai ni masuk dalam kategori rajin la jugak memasak untuk keluarga tersayang. Ada time memang malas, tapi still kena sempatkan jugak masa tu untuk keluarga!
Lagi satu....ai jugak memang sangat meminati apa juga masakan yang menggunakan ikan salmon ni.
semenjak dua menjak ni jer yang pandai...
sebab ikan ni pun bukan berasal dari laut kat Pantai Timur tu...jadik time kecik2 ai rasa semua orang tak pernah rasa. Sedara mara ai..ai confirmed la begitu..kalau orang lain mungkin ada kot yang dah rasa masa time kecik2.

Kalau dulu...kalau tak pegi makan kat kedai mahal..(time berduit je lah kan)...
ai carik jugak kat Cold Storage..tapi hat yang morah2 la..tak la morah mana pun..makan laki bini pun tak cukup dah 18 hengget!
So , dengan pembelian ini, ai tak payah dah meleleh air liur lagi sebab...satu keping fillet tu ai masak 3 kali untuk 3 kali makan ..3 malam lagik!! (paham ker??) sama jer kot!!

Okey..lepas ni jgn kata tak tau nak masak cemana yer..
kalau nak masak lemak cili api pun boleh...cadangan lakiku yang pure sangat Negeri's nya!!

No comments:

Popular Posts