Thursday, September 29, 2011

BaKaT ShOPPiNg Yg MeNjAdI-JaDi !!

semalam..aku keluar opis awal..
satu sebab, kerana Subang Jaya sesak teruk pasal Empire Shopping Gallery meletop la plaks.
Selamat ko meletup time pagi2 buta..kalau time tu aku tgh makan roti kat The Loaf, mesti masuk tajuk akhbar jawabnya.

Okeh...sebab seterusnya kenapa aku balik awal ialah kerana...
aku nak pegi sini..


Sale ni benornya start hari ni..tapi kalau orang cam aku ni siap dapat special invitation lagik, itupun sebab kenal ngan sales manager depa.Tapi bukan aku sorang la..ramai lagi yang lain..cuma make sure orang2 yang dapat pegi preview ni mereka yang invited sahaja...cam aku..hahahaha (giler riak)

Meh sini aku tulis apa yang benor2 murah kat jualan ni.
Avent Sterilizer : RM229
Avent botol saiz 4oz x 3pcs : RM30
Avent Manual Breast Pump : RM100
Avent UNO Breast Pump : RM689 kalau combo ngan sterilizer RM899
Kasut crocs budak : RM30 & RM40
aku belikan bebudak ni style cayman tu ajer..RM30 sepasang, & Feesa punyer Mary Jane style RM30 jugak.
Magic Cup Sippy Avent :RM10 botol kecik, style spotser tu RM27 (yang size besar)

Dan yang utama sekali aku nak carik ialah stroller untuk Hamzah..
dan aku beli lah yang ini..
sebab murah dan aku mampu milik..




Maclaren Quest Sport
display unit, harga RM450 sahaja. Retail biasa RM899 kalau ada diskaun pun tak tentu lagi sampai 50% macam ni.
Condition tip top..macam tak display jer...
aku tak kisah..yang penting dah beli ngan harga murah
Techno XT RM650
Techno XLR RM750
Triumph RM400
Volo RM300
Daytripper RM300
Quest Four Season RM700, retail dia RM2199.amoy tu ajak aku beli..aku tak mau ler..bila masa pulak aku bagi anak aku pakai footmuff tu..
takkan nak pegi Snow House kat ICT..huh tak kena lansung!
Kakakakaka..
yang pasti, semalam aje....
hhhmmmm....tak congak yang masuk IKEA beli meja tulis bebudak ni lagi..
terebang tinggi jugak ler duit mak!!
HUuuwaaaa!

2 comments:

Izza - Jiejah said...

alaaaa murahnya botol avent tu 3bijik 30hengget ???? meroyannn mak eeke

ammi said...

aaaa...morahlah..sib baik saiz besor takde..kalau ada sure dah rembat,ini saiz 4oz punyer.

Popular Posts