Monday, May 17, 2010

SeLaMaT HaRi GuRu !!

ini gambar pagi tadi..sebelum pergi kerja..kami ronda2 naik motor bawak Umar Zidan melawat kawasan kaedahnya.
Sekali terdengar lagu ABBA - see that girls, (tak tau tajuknya) dari perkarangan sekolah rendah, haaaa..baru teringat, Feesa ada buat persembahan sempena sambutan Hari Guru.
Mak dia ni pun apa lagi..ambik camera..cepat2 snap gambor anak debab tu menari.
Sekali angkat camera jer..persembahan pun dah nak habis..
so ini je lah yang ku dapat snap!






Nampak ker??
hahahahah...lantaklah..asal boleh tunjuk kat Feesa bukti yang mama ni dok skodeng dia buat persembahan tadi.

Kepada guru2 saya semasa sekolah rendah dan sekolah menengah,
(sorry saya tak masuk tadika)
Selamat Hari Guru di ucapkan.
Saya amat menyanjungi budi baik dan keikhlasan cikgu mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada saya selama 11 tahun saya di alam persekolahan.
Walaupun saya tak pandai mana, itu semua bukan salah cikgu, memang saya di takdirkan sedikit lembap, namun saya masih mampu mendapat perkejaan dengan berkat usaha saya sendiri.
Kalau lah saya jumpa cikgu2 lagi, saya nak salam dan cium tangan cikgu dan tunjukkan.,,saya dah ada anak!! muahahahahah!
Dan ketahuilah cikgu2 ku sekelian, saya sentiasa mendoakan agar dosa2 semua guru2ku diampunkan Allah setiap kali selepas solat.

Amin !!



No comments:

Popular Posts