Wednesday, May 26, 2010

BiLa FeeSa BuKak MuLuT ....

korang mesti gelak...
kalau tak gelak..aku akan gelak sorang2!
Bila ...

KES 1 :
~ hari Jumaat lepas mak ayah tolong jemput aku kat stesen komuter Padang Jawa, masuk jer kereta mak cakap "anak ngko ni...dia eja P.A.D.A.N.G J.A.WA (Feesa sebut huruf), tapi bunyiknya giraffe!!
Hadoi la, nenek pun gelak tak sudah2..aku pulak..ohhh! la anakku Nafeesa, sukati ngko jer yer nak bunyik apa!

KES 2 :
~ semalam aku belikan buku mengeja untuk Feesa, dengan harapan biarlah Feesa pandai membaca cepat sikit. Lokasi : Pak Li Kopitiam, Ole Ole Seksyen 18.
Dengan semangat wajanya.. dia bukak buku dan mengeja perkataan pertama dalam buku tu.
Baca dengan kuat hokkey..macam bebudak sekolah tadika selalu buat...!
B.A = ba, P.A = pa .....LAPAR !!!
HUwaaaaaa!! lagi satu kes bikin haku malu tak tau nak sorok muka celah mana, dah la kedai tu ada la jugak pengunjungnya..sampai tukang mop yang tengah mop tu pun tergelak.
Haku pulak..terus sergah dia..Haiiih!! takkan la LAPAR...eja balik.
Boleh dan betul pulak bunyiknya BAPA!

KES 3 :
~ semalam petang semasa aku sedang sibuk memasak..dia dah ambik periuk kecik aku dan sudip untuk main masak2 kat tengah umah.
Tiba2 dia berlakon jawab call on HP pulak..dia cakap "haaa, tengah masak ni...masak PENGUIN! Iye lah PENGUIN, (orang dalam phone tu pun terkejut agaknye..kekekeke!) okey lah nak masak dulu, bye!"

OOhhh anak..tak pernah mak ko masak penguin seumur hidup, nak carik celah kutub mana pun haku tak tau..boleh pulak ko ada idea nak mask penguin!

Hadoi la...Feesa ni kadang2 boleh buat mak dia ni pelik sepelik peliknya. Kadang bercakap macam pandai..tapi hentam kromok ajer!

3 comments:

Jiejah @ Iza said...

ahahahahha cute jekkk dia..
sedap x penguin tu ? leh la untie jijah cuba lain kali ekekeke

makcikrehan said...

wahkahkahakahkahkha... memang bikin gelak!

penguin tu aku tak tahan tu!

shabiela said...

hahahahha.. lwk la anak mu tu.. penguin dimasaknya..

Popular Posts