Monday, May 31, 2010

HaRi WeSaK Tu ApA ??

haaaaaa...
ini soalan cepuk lemas daripada Feesa masa cuti Hari Wesak yang lepas.
sila menghayati dialog kami anak beranak.

Feesa : Ma...Hari Wesak tu apa Ma??
Mama : Ala....Hari Wesak la....(ini style mak malas nak jawab soalan)
Feesa : Cikgu Feesa cakap, Hari wesak ni...harijadi budak budak CINA!
Mama : Haih la cikgu Picha ni pun...bukan harijadi budak2 Cina la...ini hari sembahyang orang Cina, agama dia nama Budhha!
Feesa : Ooooo..habis tu di orang ni pegi sembahyang kat surau la yer (pulak dah)
Mama : Haaaa,,,sembahyang kat surau laa...tapi surau Cina (ni lagi satu kes mak malas jawab soalan)
Kemudian papa mencelah..sebab mak budak ni merepek meraban.

Papa : Heh! Mana pulak surau Cina....kat kuil Cina

Lagilah..kuil pulak..ingat pandai benor! kakakakakak

Mama : Tokong la..Cina punya tempat sembahyang panggil Tokong! BUkan Kuil!

Akhirnya..terungkai segala kisah...Hari Wesak!

No comments:

Popular Posts