Thursday, January 5, 2012

NeBuLiZeR MaChInE !!


Hello all..
sejak seminggu lepas sebenarnya Hamzah Qayyum tak sihat, demam, batuk & selesema..
bawak pi check up di hospital swasta depa sure nak suruh admit budak kecik tu dalam wab.Masa tu 31/12...so nanti tau-tau je lah berapa pulak kos aku nak kena bayar hanya sebab double pay for their service during public holiday kan??
cuba kira..
dulu aku pegi Sabtu Ahad ajer dah 2800..ini lagi lah kan..
doktor kata Hamzah ada broncithis pneumonia...kronik kan bunyiknya.
Aku berdebar-debar jugak bila dengar..
sebab anak yang lain tak pernah lalui...tapi sepupu2 aku dulu selalu kena tahan wad pasal sakit2 yang macam ni.
Aku tak nak Hamzah admit, dan just tanya doktor apa rawatan yang mereka akan buat pun kalau Hamzah di admit...doktor cakap..
mereka akan buat nebulizer 4 jam sekali dan masukkan antibiotic melalui IV.....part nebulizer tu aku dah macam..oohh just a normal process, aku boleh buat kat rumah.Cuma antibiotic ni..
aku kena bagi secara oral la..masalah la pulak...si kecik ni pandai benor muntahkan ubat.
Sungguh si Hamzah ni spesis luar biasa dari abang & kakaknya.
Tetiba aku cakap...kalau macam tu..saya buat neb di rumah sahaja..doktor bagi ubat semua, kalau teruk sangat saya refer ke hospital lain...so dia pun bagi lah kami refering letter & x-ray dada Hamzah.
Benornya time aku cakap nak buat nebulizer kat umah tu..aku tercakap kat doktor yang aku ada machine tu kat umah..padahal..lepas balik hospital tu,aku terus pegi beli kat Farmasi.







Ini haaa mesinnya...harga RM399.90 tapi dapat less so jadi RM349.
nama jer Happy Neb..korang igat anak aku happy ker masa kena neb?? dia melalak-lalak sakan masa kena neb..ada kala baik pekerti pulak..lansung tertidur.
Memang la budak Hamzah ni...kalau dulu Umar kena neb masa umur 6 bulan untuk masalah yang sama..dia cool ajer...takde lah melonjak-lonjak bagai, yang ini...sungguh la satu dalam 3 orang!hahahaha!

Yang penting..selepas 4 hari..Hamzah dah semakin ok..now hanya tinggal selesema dan batuk cuma satu atau dua kali sehari....Alhamdulillah...semakin baik atau hampir pulih sebenarnya.
Moralnya kat sini....
entah..jangan cakap aku kedekut pulak yer, takut anak kena admit & kena bayar ribu riban..
duit ada untuk hal2 yang terdesak macam ni, company Am pun cover medical untuk anak2 jugak..cumanya dah almost up to the limit la kan..
yang pasti aku tak nak anak aku kena cucuk kat tangan untuk drip IV or else..
huhuhuhu...sedih!!
hhhmmm..macam tak kukuh sangat alasan aku tu kan..yang pasti aku memang tak nak anak kena admit, aku rasa hospital swasta suka buat duit dengan kes2 kecil macam ni, asal sikit admit! Kali ni, aku terlepas dari admit Hamzah, mana tau lain kali..aku pasrah!




2 comments:

Unknown said...

salam.. nk tye.. beli kt mne barang tu??? happyneb tu????

Winnie said...

Salam..saya beli farmasi berdekatan rumah

Popular Posts