Friday, August 12, 2011

Me & BiRtHDaY PaRtY !!

kalau nak tau...
aku ni memang suka benor menganjurkan birthday party..
sejak aku sekolah2 lagi...sampai anak dara...aku mesti buat birthday party aku..at least 2 tahun sekali...kadang tetiap tahun pun ada jugak.
Tapi bukanlah setahun 2-3 kali pulak..itu samdol namanya!!
Mungkin sebab dulu mak ayah aku pun buatkan aku birthday party, makanya aku terikut2 benor la trend menyambut hari lahir dengan panggil kawan2, jiran2 & sedara mara datang umah, nyanyi2 (adoi laaa) & potong kek.

Sebab tu jugak...
aku suka buat party masa birthday anak-anak aku..
sampai birthday aku yang ke-30 pun aku masih buat party..
hahahahaha! dasat!
Harapan aku jugak..dengan mengingati & menyambut hari kelahiran anak-anak ni...mereka akan lebih menghargai dan mengingati memori ini dalam hayat dia orang kelak bersama kami mak bapak dia orang ni.
Macam aku lah..aku sentiasa mengingati hari lahir setiap ahli keluarga aku termasuk mak ayah..kalau ada lebih mesti beli lebih daripada kek untuk buat sambutan kecil-kecilan.
Pagi2 mesti bagi ucapan dulu...penting sangat rasanya mengingati hari kelahiran ahli keluarga kita.
Aku tak nak anak2 aku jadi cam bapak dia orang..
bapak dia orang tidak di besarkan dengan cara begini...satu hari tu kan..hari jadi mak mertua aku tau..
masa tu Am call mak dia kat kampung nak tanya khabar ker haper ntah..sekali mak dia cakap..ingat nak ucap selamat harijadi kat mak..sekali laki aku boleh cakap..
ooo, hari ni hari jadi mak ker??..lepas tu dia cakap itu jer..
orang teruslah ucap "selamat harijadi mak"
hampeehh laki aku tu..lepas tu aku tanya kenapa tak wish kat mak..dia kata dia tak biasa>>
huhuhuhu.. Apa daaaa..

So..aku harap...kesawanan aku untuk buat majlis harijadi anak ini adalah jugak pedomannya untuk anak2 aku..
lagipun bersedekah dengan menjemput tetamu di hari bahagia keluarga kita..apa salahnya!

2 comments:

Ya ALya said...

betul tu......en suami ya pun tak biasa dengan ucapan wish bufday ni,sebab dia cakap tak biasa...tapi kalau family ya dah jadi rutin setiap tahun ada wish,walaupun tak wat party....

ammi said...

so.kita kena jadikan budaya dalam keluarga kita..saling ingat-mengingati kan??

Popular Posts