Thursday, October 14, 2010

SeRoNoKNyA MiMpi ItU !!

Nak cerita mimpi mengarut ku 2 malam yang lepas...
memang sangat mengarut tapi adalah sangat sesuai dengan jiwaku
Hahahahaha!
Ape tau...??

Ku mimpi....naik kapal terbang dengan beberapa orang kawan dan ahli keluarga yang ntah ku tak pasti siapa? Kami dalam perjalanan ke mana????
Haaaaaa.....korang jangan gelak yer....aku mimpi naik kapal terbang nak pegi Amerika!
Adoi laaaa....
kalau dalam realitinya...sampai mati pun belum tentu dapat pegi , tapi kot lah jadik jutawan segera Power Root ke...InsyaAllah!

Okeh..berbalik pada mimpi....tiba2 kapal terbang ni turun kat satu airport di Amerika..bukan New York dan bukan LA.Tapi kat Waikiki (cam nama restoren kat sini jer) kot namanya..hadoi lagi..ada ker nama tu??
kami pun lepak2 kat airport tu sebab nak tunggu lagi satu penerbangan bawak kami ke New York (konon la kan).

Yang bestnya...atas airport tu ada mall.....walla....tempat kegemaran haku lah kan..makanya haku bershoping2 kat kedai tu.Nama kedai tu ialah Walmart (haaaa..yang ni nama kedai betul kat sana)
Tapi yang kelakarnya..1st floor aku shopping kat tempat barangan letrik..lepas tu kat dalam tu punyalah ramai orang2 Asia...siap jumpa retis Malaysia lagi..aku rasa kumpulan "Fabulous Cat"
wakakakaakka..lawak betul..si Cat Farish tu tengah sibuk nak beli CD! Lepas tu aku pun turun sebab takde benda yang aku nak beli kat bahagain tu...aku pegi seksyen jualan lain.

Aku masuk department jual baju budak2...haaaa tempat feveret ni...tapi bajunya punyalah banyak..semuanya di hang kat rak sampai padat sendat tak boleh nak tengok pun.Yang jual kasut pun banyak..sampai beratus2 kasut dipamer..rambang bijik mata...
agaknya kat sana macam tu ker? ada jugak yang ku beli kononnya..lepas dah sopping ala kadar tu.Turunlah...nak naik kapal terbang..nak pegi New York la kan...
tetiba mimpi aku terhenti begitu sahaja.
Huuuuuwaaaaaaa!! kenapa habis macam tu ajer...
tapi, sangatlah syok mimpi pegi Amerika tu...macam betul2 you!
Aku terjaga tau lepas mimpi tu..kemudian sambung tidor cepat2 dengan harapan mimpi tu bersambung semula!

No comments:

Popular Posts