Friday, October 8, 2010

CeRiTa HaRi JuMaaT !!

Hari ni macam paling sibuk...patutnya jadi hari paling santai lah kan..iye lah esok dah nak cuti.
Pagi2 Feesa dah pegi sekolah, hari ni ada sambutan Hari Kanak-Kanak kat sekolah, so dia pergi sekolah pakai baju hari raya dengan sandal raya.

Siap ada buat persembahan kat pentas lagi, apa yang sedihnya, dia beriya2 suruh mama pi tengok..apakan daya sayangku...auntie ibet pulak masuk wad...so mama kena rushing to the hospital sebab nenek & atuk ada kat sana.

Hari ni jugak...papa bebudak ni tak balik korje lagi dari semalam....syabas my dear husband! Kerjalah 3 hari 2 malam pun...malas dah aii nak pikir.teribble!!
Kalau tak bawak balik duit ribu riban lagi aii tak tau la nak komen apa dah...aii marah pun tak, you nak lari umah pasai apa??? kikikikikiki!!
Takde lah..bukan laki aii lari rumah or kena halau dari rumah dengan aii okkey!
tetiba dia kena pi Butterworth la pulak....ada hal urgent ambik barang kat sana! Sungguh berdedikasi tau laki aii (sangatlah tu).....nampak gaya merasalah aii mandi kat Sunway Lagoon hujung bulan ni!hik hik hik.....makan dalam dulang pewter ker??? Perasan la sudah!Geram ni weh benornya....!!

Cerita pasal auntie Ibet masuk sepital.....oh yer! she's my sister...yang kadang2 suka buat perangai2 sengal dia tu kepada anakku Feesa.Tapi benornya..mereka berdua itulah kawan paling rapat sekali.
Dia admitted petang semalam kat SJMC sebab sakit perut sangat2 (kot lah..tak tau pun cerita sebenarnya), mak ayah pun datanglah menjenguk malam tadi ditemani abangku.Lepas dah pukul 11 kot..mak ayah pun balik..tapi doktor rupanya nak buat operation jugak malam tadi (pukul 12 lebih)..tetapi......dalam pukul 2 pagi..ibet ni kena serangan seperti sawan sebanyak 2 kali..pihak hospital pun call mak ayah mintak datang tengokkan.Itulah al kisahnya sampai masuk ke wad ICU pagi ni.
Saya ada jugak tanya doktor yang merawat ibet tadi..katanya dah buat CTG scan ker haper lah..saya pun tak paham benor untuk tengok otak ibet.Syukur....masih waras lagi dia rupanya! kakakakakakaka! Doktor cakap takde apa2 yang peliklah kat otak dia tu..sawan kecil2lan ajer kot!
Itulah..lain kali jangan suka cakap.."sawan aku"..kan dah kena sawan betul2! peringatan ajer nih!

Petang ni tunggu mak ayah ambik...kami nak pegi hospital semula.Selamat hospital dekat dengan opis dan rumah kami.

Semoga adikku cepat sembuh!

No comments:

Popular Posts