hahahahaha....
sebenarnya on the way nak balik dari Sungai Congkak tu....kami mengalami kemalangan kecil..
pada waktu tu hujan turun sedikit renyai..kereta pulak berderet deret menyebabkan jammed yang panjang.
Dalam cuaca yang ala ala romantik di petang hari tu...
Kereta buruks kami telah dilanggar dari belakang...oleh siapa???
uuuwwwaaaa..tak sampai hati nak cerita sebab yang langgar pun "orang sendiri". Makanya cerita perlanggaran ni tak lah memakan masa di tepi jalan, esok esok ajelah cerita yer!!
Tapi, malang sungguh, kerana kereta kami jer yang pecah bumper & body bonet tu agak terkemek sikit..tetapi kereta "orang kami" tu sihat walafiat jer ku tengok. Kebal sungguh!!
Makanya jugak, kami tak lah hebat berjalan ke sana ke mari sebab bonet belakang tu dah tak boleh nak tutup pulak!!
Gambar ada..nanti lah ku upload, buat masa ni..biarlah dulu!!
Moralnya..baca Bismillah sebelum memulakan perjalanan..& jangan banyak berangan semasa memandu!!
Berhati hati di jalan raya!! Chow!!
No comments:
Post a Comment