Tuesday, January 31, 2012

KaIn BaJu RaYa !!

.

Stok aku dah menimbun..
ada 3 lagi aku tak snap..
aku snap siap2 sebab senang kalau aku pegi kedai tudung..aku tau warna apa yang aku kena beli.
Kalau tak..semedang beli tudung warna ntah apa2..
bila balik rumah semua tak match..nak kena pegi beli lagi.
Now dah bijak sikit, snap ler siap2 simpan dalam camera...jgn camera pun tak bawak tak payah ler aku beli tudung dulu.
ehhhhh..Pearl Haya online ada sale 20% kan..sampai malam ni jer

BiSuL KaT KePaLa !!



Kesian tau anak bujangku Umar Zidan..
kena bisul..kat kepala pulak tu..
aku rasa dah lama bisul tu nak timbul..tapi baru sekarang bisul tu nak meletus..
sebab sejak dulu lagi..tiap kali aku nak sikat rambut dia jer, dia akan cakap sakit..
aku sikat cara paling sopan pun dia cakap sakit..
sekarang baru aku tau kenapa??
Masa kat PD bisul tu dah mengembang naik..aku ingatkan benjol..
lama-lama baru nampak jelas..bisul rupanya..dan semalam..
bisul tu dah start meletus..


Sebelum ni aku letak kapur..orang kata biar keluar mata bisul tu..
memang..lepas 2 hari aku letak..keluar mata bisul tu...dia ada gak 2-3 malam demam kejap2..
mungkin sebab sakit..tak kasi lansung kita pegang kepala dia.Tapi selamat dia jenis budak tak berapa suka merengek-rengek..kalau tak jenuh aku nak tatang!


Atas nasihat Opah Peah..
dia cakap.."ko pegi kedai sensei..tanya dia nak beli ubat bisul, koyok cap katak"
yang ampun...koyok cap katak pun ada ker??Aku pun laki bini semalam pegi lah beli..memang ada..dan itulah gaya koyok cap katak tu.
Opah Peah nya kata..koyok tu bagus..kalau dah elok nanti tak akan kena lagi tempat yang sama.
Harap-harap cepatlah baik si Umar ni..semalam aku dah gunting sekeliling rambut dia yang nak tampal koyok tu..
lepas ni jenuh jugak la nak jaga luka bisul tu kan..mesti kena buat dressing..nak hantar klinik lah, mintak doktor ubat & buat dressing.

* since post ini sangat memberi informasi kepada pembaca biar aku jelaskan cara nak pakai koyok cap katak itu di entry terbaru - klik label Info *


PeStA KaRaNgKrAF

Ini cerita hari Sabtu lepas..
kan last weekend ada pesta Karangkraf..tempat tu dekat jer dengan tempat tinggal kami...
kali ni kali ke-4 kot mereka buat..so far last year jer kami tak pegi sebab hujan..
so tahun ni mesti pegi!
lagi best..dapat pulak parking yang dekat..maka lebih berbungalah hati aku ni.




Dalam 10 minit berjalan..sekali terserempak la pulak dengan pasukan apa yer??lupa la aku nama dia..khas ..gerak khas...ehh salah! ntah tetiba aku nak menaip aku lupa...depa ni pegang ular..ada satu tu pegang ular sawa besor..maka aku dah tau awal2...hat sorang ni pegang anak ular..maka...jeng jeng jeng....
bapak budak dah terkejut..si Feesa pulak melalak.
Haiiihhh...spoil jer! Aku pun terperanjat...selamat tak sawan ular kat situ.

Aku pegi time tu dah petang..
agaknya masa tengah hari..adalah kot sessi penulis novel bertemu peminat...
time aku datang tu tinggal boot2 dia orang jer lah..ini salah satu..cecantik boot dia orang tu..
Harga novel2 semua dapat 30%..
aku cam tak minat la nak baca novel..semua kisah lebih kurang sama jer..nama best2,anak orang kaya, dato datin, sedih, cinta..aiiiyyyooo! Tak masuk dah kepala aku nak baca novel cam tu..tapi itu hari..Ombak Rindu punya pasal..dalam sejarah seminggu aku habis baca satu novel.
Wakakakak! Kalau tak OR..aku tak baca lah.
Katanya malam aku datang tu Aaron Aziz pun nak dtg situ..tapi..hhmmmm..tak payah ler!




Tujuan utama aku dtg situ sebab nak ambik gambar bebudak ni buat cover pasang kat umah sendiri...
sekali ...sebab Hamzah kecik lagi cergas..si Feesa tak boleh nak pegang..terpaksalah aku ngan bapak budak masuk interframe cover sekali.
Yang pasti..aku tak get ready gituk..maka aku peram jer gambar tu dalam laci.Nak tunjuk kat sini pun aku malas..
hahahah!

Tata!

Friday, January 27, 2012

SmAll BuT HeAvEn !!


Salam..
inilah hasilnya..walau masih tak 100% aku puas hati..
aku lupa nak beli cermin baru, tunggulah ada fulus lagi..aku tampal la dinding tu dengan cermin baru..aku ingat kat tangga tu nak letak cermin satu..
buat picit jerawat (wakakaka)..tapi itu hari..
3-4 kali aku ngulang IKEA, part cermin jer aku asik terlupa...biol dah kaedahnya.
Kat dinding atas meja makan pun aku nak tepek cermin gak..biar senang nak tengok muka aku cemana gayanya time mengunyah..comel ke tidak?? wakakaka!



Mula-mula cadangnya nak beli TV cabinet satu, memandangkan aku sakit mata dengan laci baju rack plastic anak-anak aku..so aku terus beli drawer ni..besar la jugak..satu laci muat untuk baju Umar Zidan, satu lagi untuk Hamzah, 2 pulak untuk Feesa..2 yang atas tu tempat mak ayah simpan harta tak berapa nak berharga..nanti dia orang ni suka letak barang atas cabinet..maka aku telah buat new rule.."jangan letak barang atas lemari ni..sebab nanti tak nampak TV"
TV tu pulak patutnya tinggi sikit lagi..nanti la..kena adjust bracket dinding tu semula..sebab dah ter'rendah' pulak aku tepek.


Tadaaaa..
dinding oren aku!
Yang korang nampak cam kaler putih tu benornya aku ambik cam coffee brown la sikit, tapi haram..tak nampak bayang pun..sama cam putih jer!!
Lepas ni aku nak pasang satu frame gambar bunga cat air kat dinding oren tu..kalau tak cam kosong sangat kan...tunggu!!
Time aku snap ni pepagi tadi..dalam pukul 715, korang nengok..askar2 aku semua dah bangun, si Umar Zidan tengah gaduh tarik tudung kakak...geram jer aku..dah besar asik pandai sakat orang,sian kakak!



Sofa tu ialah 3 seater sofa bed yang aku boleh transform kan jadik bed kot2 lah ada orang nak mai..selalu kalau ada adik-adik nak dtg, rimas aku tak tau nak bagi dia orang tido mana??Bilik lagi satu cam stor kapal hanyut, segan la pulak nak kasik orang tumpang tido..la ni boleh la aku consider kan..lagi pulak..bila dah pasang lantai macam ni..sejuk jer beb..nak tidor atas lantai ni pun okkey jer...anak2 aku masa mula2 baru dapat lantai ni..semua pakat tidor atas lantai.Heaven katanya!!Wakakaka, aku pun sama..penat sangat la!


Masih ada sikit2 lagi kerja deko yang aku nak buat, letak frame & pasang cermin & cat pintu rumah tu..semak aku tengok dengan contengan Feesa.
Sakit jantung aku benornya..rumah aku kan baru 1 minggu cat..sekali aku dah nampak ada contengan kat dinding..selamat suspek takde ketika itu..maka aku jerit2 sorang-sorang & bapak suspek jadik mangsa.Sebelum suspek jadik mangsa, bapak suspek dah cuba lap2 dinding tu (kata boleh padam..cat satu tong 90 hengget) tapi haram..
nak pecah jantung aku tahan marah..kalau ada suspek depan mata..lumat dah aku penyek!
sebab bukan suspek umur 3 tahun yang buat..tapi suspek umur 8 tahun!!
Bila dah petang baru jumpa suspek..maka aku redhoo jer lah..tapi suspek tak mengaku..dia kata itu contengan sebelum di cat dinding tu.Hah!! Pandai ko nak auta aku yer..dia cakap..tulisan tu timbul semula (cam nak tembak jer) tapi semalam bapak suspek dah cat dinding tu semula (selamat cat masih berbaki)..dan ternyata..kalau dah cat, tulisan tu dah hilang..ia tidak akan timbul semula.

Aku kasi warn itu suspek...sebelum merana baik ko insafkan diri.
Hahahaha!
Aku memang ada problem bad anger management....sabor nipis bebenor kalau ngan bebudak ni!


Alhamdulillah..our small crib dah settle di deco....!
harapnya makin harmoni kehidupan kami sekeluarga dalam rumah ini.
~Thank You Allah~

JoM DeKo RuMaH KeCiK !!

Assalammualaikum...
haaaa, cerita mendeko aku belum habis lagi kan??baru starting..isi pun tak timbul...mesti ada yang cakap aku auta jer lebih..wakakaka! Takde lah...penat lah aku buat kerja deko-deko umah ni..walaupun umah setakat besar bilik air umah orang kaya jer, tapi syukur la sangat...setelah di deko, semakin selesa untuk kami melepak-lepak anak beranak.
Last week..kerja-kerja mengecat dan touch up dinding rumah aku yang dah sumpik sana sini tu selesai setelah 3 hari, masuk hari ke-4 (Jumaat) orang buat laminate floor ni pulak datang pasang.Yang penting dah siap dalam masa 2jam lebih sikit, sebab barang pun dah banyak yang kurang, so senang mereka nak buat kerja.

aku pilih lantai dari brand Robina yang kalis air dan ada warranty 15thn...(iye ker??)




Mula-mula depa mai..depa pi bukak pintu rumah aku dulu..sebab nanti bila dah pasang lantai, pintu tu kena potong sikit,sebab lantai ni kan cam tebal sikit.



Lapisan pertama...letak plastik.





Lapisan ke-2 letak cam foam tu..ntah iye kot namanya.


Lepas tu start la mereka susun semua kayu-kayu tu...buat ni kejap jer....nak masuk 2 jam dah siap.Alah..umah aku kecik jer kan..kalau buat kat rumah kosong lagi cepat kot, ni nak alih TV la, almari yang nak roboh la...so cam ada la kerja lain sikit selain nak pasang lantai ni jer.



Pada hari tersebut, aku ditemani mandor kecik ni...adalah jugak teman..sebab time tu aku pulak terpaksa cuti,Abang Am ngko dah cuti 3 hari teman orang mengecat rumah.



Dah hampir 90% siap.



Tapi yang leceh sikit bila buat part tangga aku yang berlekuk liku tu..lama sikit kat bahagian tu,dan mahal sikit pasal tangga tu jugak..aku rasa dia ambik upah RM300 untuk pasang 3 lamina kat 3 anak tangga tu..itu pun cuma bahagian atas jer, bahagian sisi dia tak buat sebab susah & akan melibatkan kos lagi untuk aku..so nehi!! nanti aku cat jer batu tangga tu.

Siap sepenuhnya...abaikanlah kain baju tinggi gunung tu,sebab time tu memang aku busy giler.busy nak menyopping sebelum raya cina.Gambar terkini kejap lagi yer...yang pasti semua yang korang tgk ni dah tak ada.

oohh lupa nak bagitau..
aku buat lantai ni dengan contractor Melayu..
AZR Floor Sdn Bhd.
Boleh contact Encik Hafiz untuk survey2 harga kot korang berkenan
0133541062

Kerja mereka kemas & cekap juga pekerja mereka ramah tamah gitu.
wakakaka!




Thursday, January 26, 2012

PD - GeT aWaY !!

Ini cerita semalam..
benornya ada gak rancangan nak pegi PD, tapi last minit aku naik hangen bila budak2 buat perangai kat rumah..
so aku ingat memang cancel la trip pegi PD ni, tapi setelah mak aku doa banyak2 kot (hahahaha) supaya lembut sikit hati aku ni..aku bawak ler jugak budak2 ni...kesian! Bak kata laki aku.
Sampai PD pukul 830 malam..hahahaha, padan muka!
Sekali syok la pulak tempat yang adik aku ni carik, Ilham Resort namanya, kat Blue Lagoon.
Kalau dulu, selalunya memang setiap kali cuti CNY kami akan buat short trip pegi PD satu malam, dulu makcik aku dapat sewa banglow Maybank kat Blue Lagoon, sebab dia staff Maybank.Tapi sejak masing2 dah berkeluarga besar, so masing2 dah ada agenda sendiri..maka kami yang berkeluarga kecik ni pun buatlah agenda CNY kami sendiri.
seingat aku..last sekali aku buat trip PD ni masa Feesa umur 1thn 4 bulan, kat Glory Beach Resort..time CNY jugak ler.


Budak ni kan..ada pesen baru kalau kita nak snap gambar dia..dia akan pandang tempat lain..ala-ala Bangla berposing..sengal!



Gemok2 kesayangan aku...hahahaha..aku sorang jer yang kurus, dapat anak pun gemok jugak.Nasib!



Breakfast time...Umar Zidan tido lambat & bangun pun paling lambat...kena panggil baru terkulat2 bangun, tapi sebab rumah "lain" kan..dia happy sangat, so bangun dengan ceria tak sabar2 nak tengok pool.









Mandi time...aku tak mandi lah..kang hilang seri muka aku bangun tido tu.Budak2 di kawal selia oleh Mak Long & Pak Long...
sementara aku kawal selia Hamzah yang terkinja-kinja nak masuk pool jugak...sebab laki aku sibuk kawal selia angry bird dia dalam PSP...ooiii la abang!

Kejap jer trip ni..semalam kami dah balik Shah Alam, tapi sebelum tu..hahahaha kita singgah Nilai 3 dulu.Excited nengok karpet sana sini...aku tak snap pun gambar, dapatlah langsir satu..langsir lagi..padahal baru tempah kat Jakel 4 hari sebelum tu.
huh!

Tuesday, January 17, 2012

SeLaNgKaH Ke EvErEsT!!!

haaaaa....
anakku selangkah lagi menuju ke arah matlamat menjadi insan cemerlang, gemilang & terbilang!
Kecik-kecik lagi belum tumbuh gigi, bukan dah pandai baca kitab...tapi dah pandai naik atap!
Wallah mak ni , mulut tak tapis-tapis...
ini samalah..
pesen Umar Zidan..
kalau dah nama anak jantan..takde nama lain dah mak nak kasik...
Superman, Spiderman, Ultraman pun tak leh celen..
anak mak nak jadi pendaki termuda Everest gamaknya..
sebab tu dah praktis mendaki.









Ngeeeri ker???
Gunung Everest rumah mak ni pesen tak bersalji, cuma berdinding & tak berpalang...
pesen rumah moden la konon!! (haktuuiihh)
mak aku dah bising2 suruh aku letak guard tepi tangga tu takut cucu2 jantannya terjun gunung nanti. Hhmmm, tengok lah dulu mak..cemana gaya aku nak menampal tebing tu pun aku tak tau.Yang pasti lepas ni background gunung tak kaler kunin dah..
tungguuuu!!

Thursday, January 12, 2012

LeT's PaInT ThE HOuSe !!

Cerita 2 hari yang lepas...
aku kan sawan nak mendeco rumah..
kasi rumah nampak ler cam rumah sikit...selama ni cam taska jer rupanya!
Budak ini ikut time beli cat...so kenalah beli cepat2 sikit, tapi sebelum hari yang kami datang tu, kami dah pegi pun kedai ni, ambik katalog warna tu.Dah habis satu malam aku berangan nak kaler apa..esoknya aku tinggal order jer..so depa tengah bancuh la cat tu masa ni.






Lupa pulak aku nak snap tong cat aku..kakakaka!
Aku beli cat 4 tong semuanya..
nanti lah aku share bila dah selesai semua kerja.
Yang bestnya kat kedai ni tengah ada diskaun untuk cat-cat ni..
Aku beli Nippon Spot-Less harga after 15% discount jadi RM102/5L
Nippon Vinilex Easy Wash after 15% disc jadi RM78/5L
Semua cat yang bukan ready made ada discount 15%, lepas tu dapat voucher RM10 lagi, apalagi..aku beli penyapu jer kat kedai tu....memandangkan penyapu kat rumah jadi jadi bentuk misai mister potato....(ko bayangkan)


SeMuA OrANg PeRnAh LaLuI ....

aku copy paste dari apa yang aku baca kat status seorang teman di facebook..
hampir 90% aku lalui, dan kenangan ini sangat mengusik jiwa.
Aku pasti gak, you all pun laluinya.

Perkara yang semua orang lalui masa zaman kanak2


1) buka kipas..bercakap depan kipas.suara bertukar. bangga siut. siap nyanyi lagi.
Sekarang aku tengok...Feesa pun buat gini..nyanyi kuat2 depan kipas terpasang!hahahahah

2) buka peti ais. pastu buat eksperimen. tutup pelan pelan. nak tgk lampu dlm tu terpadam
Yang ini Umar Zidan yang buat..tapi dia tak pedulik..dia tekan jer tempat lampu menyala, so sekarang tempat tekan tu cam dah stuck, bila aku bukak pintu, lampu tak nyala.Kenalah tala butang lampu tu..satu keje extra ko bagi kat mama yer.

3) naik kereta waktu malam. tengok bulan. pastu ingat bulan ikut korang.
Aku pun rasa gitu..apasala bulan ni ada kat semua tempat??

4) nampak helikopter @ kapal terbang. siap lambai. beranggapan org tu nampak korang.
Mesti lah..lagi2 kat Shah Alam memang tempat laluan kapalterbang.Aku pun apalagi, babai-babai ler org kat atas tu.."mesti dia babai aku balik"

5) naik basikal. dapat lepas 2 2 tangan. rasa mcm dah pro.
Eeehhhh mestilah.Sampai jatuh longkang aku dibuatnya.
6)bila melukis permandangan, mesti ada bukit dengan matahari tersepit dicelah2, sawah padi dah comfirm,burung bentuk M mmg dah wajib.
Kahkahkah! memang lerrr..dah la aku tak pandai lukis, ini jer yg aku tau lukis.

7) kalau lori@van milo datang kat sekolah. happy sangat. dapat minum free.
Iye aaarrr..milo lori giler sedap..tak macam milo ais buat kat umah!

8) waktu rehat, suka lepak kat longkang.
Time sekolah menengah aku adalah buat gini

9) main zero point masa timerehat.
Biasalah kan...balik sekolah pun aku main zero point jugak.


Lagi aku nak tambah...
kalau kita tengok gambar orang...nanti kita tengok mata orang tu macam pandang kat kita.Walau dari sudut mana pun kita tegok..kita tetap cakap.."gambar tu pandang kita"
hahahahaha!..aku rasa korang pun sama tak macam aku..kalau tak sama mungkin kah kita datang dari planet yang berbeza?

Bye!!

Wednesday, January 11, 2012

HaMZaH DaH 10 BuLaN !!



Assalamualaikum..
nak tokok tambah, anak cerdik saya dah 10 bulan.Injection tak habis cucuk lagi..sampai mak dah lupa dah...ada kot 1-2 jab yang tak buat lagi.
Gigi takde nampak sebatang pun ..malu agaknya!
Tapi panjat tangga dah lepas, dasar anak jantan, expert betul dia panjat tangga.Panjat plastic storage yang buat isi mainan tu pun dah expert, sampai terbalik bagai.
Badan da slim shaddy, sebab itu hari kan demam seminggu, maka tak akan menggebu lagik lah anak mak..cam biasa, semua style cekeding dingdong!

Ok lah..until next month punye entry untuk Hamzah!
Babai!

CaPPuCiNo ChEeSe CaKe!!

ini projek Sabtu lepas..
lama rasanya tak makan cheese cake..
nanti semua resepi aku luput dek memory gig kepala aku yg tak berapa nak besar ni..so aku buat la lagi, supaya sentiasa ingat.Nanti tak yah dah toleh2 resepi 7-8 kali..every step aku baca resepi cam itu hari.
tapi kali ni aku letak cappucino kat layer atas tu,
tu yg aku panggil cappucino cheese cake.





Hat lapisan bawah tu kurang butter sikit..tu yang pecah..time ni benornya baru 20 minit keluar oven, patut kena chill 5 jam dulu baru potong, dasar tak menyempat2.

Meh tepek kat sini resepinya supaya tak lah jenuh aku nak carik kalau resepi yang aku ingat ni hilang dari ingatan.


Baked Cheesecake

Ingredients:

Crust:

2 1/4 cup graham cracker crumbs
1/2 cup butter or margarine, melted

Filling:

1 (8 oz.) pkg. cream cheese, softened
1 Tbsp. lemon juice
1/2 cup sugar
1/4 cup milk
Dash of salt
1/2 tsp. vanilla
2 eggs

Topping:

2 Tbsp. sugar
1 cup sour cream
1/2 tsp. vanilla

Directions:

1. Combine graham cracker crumbs and butter, press into buttered 8 inch pie plate to form crust on bottom and sides.

2. In a mixing bowl, beat cream cheese until fluffy. Gradually add in lemon juice, 1/2 cup sugar, milk, salt and vanilla.

3. Add eggs, 1 at a time, mixing well after each addition. Pour filling into crust.

4. Bake at 325 degrees F for 25 to 30 minutes or until set.

5. Combine the 2 tablespoons of sugar, sour cream, and 1/2 teaspoon of vanilla; spread over top of cheesecake then bake for 10 minutes longer. Chill for 5 hours or more before serving.


* Sumber -www.momwhothink.com

Tuesday, January 10, 2012

MooD - NaK DeCo RuMaH !!

Hello all...
aku la ni takde semangat nak shopping baju bajan cam selalu...
ahhhh..jangan tak tau..dah 8 pasang kain aku tibai kat Jakel..tu yang royan aku hilang setahun!
La ni royan nak mendeco rumah kecik kami tu..
iyelah..biar lah aku ni tak berhenpon baru (huahuahua..sedih aku)
tapi rumah aku yang sekangkang ketek tu selesa untuk di diami sekeluarga,
poyo jer story kan...yg nak di deko nya pun ruang bawah jer..sebab aku rasa ruang tu yang lebih kami duduk satu keluarga berbanding tempat lain.
Tetiba bila cina nak raya ni...
aku pun cam sibuk nak cantikkan rumah kalah cina yang nak beraya...aku pun nak beli sofa kaler merah jugak..sedih aku tau..kaler lain tak best ker??
Ntah..tapi cam nak dinding kaler oren..pelik la aku ni..
tengah suka kaler oren katanya, baju raya dengan langsir raya dengan dinding aku kaler oren gak ler nanti.
Wakakakakaka....
so..mood aku sekarang adalah sibuk browsing warna cat!
Nanti kot lah dah cantik (la sangat!!) aku tepek la kat sini....

Thursday, January 5, 2012

NeBuLiZeR MaChInE !!


Hello all..
sejak seminggu lepas sebenarnya Hamzah Qayyum tak sihat, demam, batuk & selesema..
bawak pi check up di hospital swasta depa sure nak suruh admit budak kecik tu dalam wab.Masa tu 31/12...so nanti tau-tau je lah berapa pulak kos aku nak kena bayar hanya sebab double pay for their service during public holiday kan??
cuba kira..
dulu aku pegi Sabtu Ahad ajer dah 2800..ini lagi lah kan..
doktor kata Hamzah ada broncithis pneumonia...kronik kan bunyiknya.
Aku berdebar-debar jugak bila dengar..
sebab anak yang lain tak pernah lalui...tapi sepupu2 aku dulu selalu kena tahan wad pasal sakit2 yang macam ni.
Aku tak nak Hamzah admit, dan just tanya doktor apa rawatan yang mereka akan buat pun kalau Hamzah di admit...doktor cakap..
mereka akan buat nebulizer 4 jam sekali dan masukkan antibiotic melalui IV.....part nebulizer tu aku dah macam..oohh just a normal process, aku boleh buat kat rumah.Cuma antibiotic ni..
aku kena bagi secara oral la..masalah la pulak...si kecik ni pandai benor muntahkan ubat.
Sungguh si Hamzah ni spesis luar biasa dari abang & kakaknya.
Tetiba aku cakap...kalau macam tu..saya buat neb di rumah sahaja..doktor bagi ubat semua, kalau teruk sangat saya refer ke hospital lain...so dia pun bagi lah kami refering letter & x-ray dada Hamzah.
Benornya time aku cakap nak buat nebulizer kat umah tu..aku tercakap kat doktor yang aku ada machine tu kat umah..padahal..lepas balik hospital tu,aku terus pegi beli kat Farmasi.







Ini haaa mesinnya...harga RM399.90 tapi dapat less so jadi RM349.
nama jer Happy Neb..korang igat anak aku happy ker masa kena neb?? dia melalak-lalak sakan masa kena neb..ada kala baik pekerti pulak..lansung tertidur.
Memang la budak Hamzah ni...kalau dulu Umar kena neb masa umur 6 bulan untuk masalah yang sama..dia cool ajer...takde lah melonjak-lonjak bagai, yang ini...sungguh la satu dalam 3 orang!hahahaha!

Yang penting..selepas 4 hari..Hamzah dah semakin ok..now hanya tinggal selesema dan batuk cuma satu atau dua kali sehari....Alhamdulillah...semakin baik atau hampir pulih sebenarnya.
Moralnya kat sini....
entah..jangan cakap aku kedekut pulak yer, takut anak kena admit & kena bayar ribu riban..
duit ada untuk hal2 yang terdesak macam ni, company Am pun cover medical untuk anak2 jugak..cumanya dah almost up to the limit la kan..
yang pasti aku tak nak anak aku kena cucuk kat tangan untuk drip IV or else..
huhuhuhu...sedih!!
hhhmmm..macam tak kukuh sangat alasan aku tu kan..yang pasti aku memang tak nak anak kena admit, aku rasa hospital swasta suka buat duit dengan kes2 kecil macam ni, asal sikit admit! Kali ni, aku terlepas dari admit Hamzah, mana tau lain kali..aku pasrah!




Wednesday, January 4, 2012

HaPPy BiRtHdAY PaPa !!


2hb selepas ambang tahun baru setiap tahun..
kami akan raikan harijadi Am or papa bebudak ni ler kan.
Tahun ni...mak budak tak berapa nak kaya...selalu pun tak kaya jugak..
tapi kali ni jatuh kasta lagi..
maka dapat bagi hadiah ini jer buat buah hati..
benornye..lain tahun lagi aku tak bagi hadiah pun.
Tahun ni adalah jugak..
sebab "i love book"....so I bagi book jugaklah hadiah untuk Am.


Tengok tajuk...seram benor bukunya..
tapi memang buku-buku gini yang kami selalu suka baca...
so aku beli sebagai hadiah untuk Am untuk aku tumpang baca sekali.



Selain hadiah..kad ucapan tu dah semestinya..dah ada anak..aku ajar jugak anak aku bagi kad ucapan untuk papa dia..






Paling best...tentulah ayat-ayat yang di tulis sang anak untuk papanya...
Am cam bergenang gak air mata baca kad dari anak dia..
kad dari aku..
mungkin dia tak ler nak bergenang air mata bagai (huwaaaa)
hhmmm....hampeh la, tak macam abang Hariz!

Sambutannya pulak
Kami pi makan-makan lunch jer kat Ole-Ole Bali, Empire Subang Jaya.




Si Picha memang nak sangat makan kat sini..bukan sebab makanam! Tapi sebab seat bersila tu..
aku ni benornya malas nak duduk2 bersila bagai time makan kat kedai..
dengan anak kecik lagi..
memang nak tercekik bagai aku makan kat situ..
dah la kat entrance, Umar Zidan turun naik keluar masuk kedai..
Hamzah Qayyum lak merayap- sana sini...haiiihh laa!


Cemana lah boleh gelap pulak gambar adik & abang angkat ni..
wakakakakak!


Abang angkat la sangat...kan dah terangkat!
Angry bird ker tu??


Haaaa....tepi tu ada gong..si kecik tu pun kalau boleh nak ketuk gong la jugak..
sampai waitress kat situ cakap..
"anak lelaki kak...kalau lasak memang biasa..lain lah kalau anak perempuan, baru pelik"
haaaaa...........tapi anak jantan aku ada dua..kenalah aku kuasa duakan tenaga nak menahan perangai bebudak ni lagi setahun..si Hamzah dah ada pun ciri-ciri lasaknya! Gasak ler..


Popular Posts