Tuesday, October 11, 2011

HaMZaH DaH 7 BuLaN !!



Ini gambar Ahad yang lepas...
nampak comot anak mama ni...pasal hidung adalah tertumus kat bekas simpan bedak minggu lepas.Maka dah lepas seminggu..dia tumbuh kerak..hahahaha!
Alhamdulillah..inilah anak pertama mama yang dapat susu ibu sepenuhnya..
walau la ni stok ala-ala kais pagi makan pagi esok..
tapi tetap lah dapat jejak sampai 7 bulan.Syukur mama!
Hamzah pun dah mula makan nestum..walau semasa mula2 diperkenalkan dengan nestum..dia cam terpelik2 mengecap makanan itu..tapi kini tidak lagi.
Maka bertubi2 suduan masuk dalam mulut dia..hari Sabtu lepas..dia makan sampai 3 kali sehari.Setiap kali tu adalah dalam 2 sudu besar.
Satu jer..merangkak tak lagi...tapi kalau meniarap tu dah laju jugak ke sana sini...
gigi jugak tak kunjung tiba lagi kat gusi..kalau ngikut spesis Umar Zidan..umur 8 bulan baru terhegeh2 nak bergigi..takpelah..sabor yer nak.
Peel baru ni...pukul 4 pagi mesti asik pusing kanan, pusing kiri tak ketahuan hala..lambat layan mau dia sihat segar bugar cam 8 pagi.
maka kena sumbat mulut dia cepat2 supaya dia kembali tidur semula..itu pun nak 40 minit jugak.
HUhuhuhuhu..semoga terus sihat yer nak..so far masih belum pernah demam!
Alhamdulillah!

1 comment:

Jiejah @ Iza said...

x per gigi lmbt tumbuh ,lambat rosak org kata . adeel dah 2bwh 2atas ,ada harapan rosak cepat mcm abg dia hahaha

Popular Posts