Monday, May 23, 2011

CeRiTa DaRi HoSpiTaL ....

Salam kawan-kawan dan pembaca budiman....
terima kasih di atas simpati dan doa kalian untuk emak saya....
Hari Jumaat yang lalu...saya demam dan sakit kepala yang teramat sangat..ini semua gara2 terkena hujan pada petang Khamis yang lepas.
Jadi saya ambik MC pada hari Jumaat..cadangnya nak berehat2 lah dulu di rumah...
tiba2 pada pukul 3 petang...saya di kejutkan dengan panggilan talipon daripada adik saya.
Dengan nada yang teresak2 kerana menangis..dia bercakap tanpa saya paham bijik butirnya..
yang saya paham..saya akan terus ke hospital..tapi mula2 kena ambik ayah..call Am dan ambik Feesa terus.
Alhamdulillah..dalam tergesa2 begitu..Am di benarkan ambik cuti..jadinya dia boleh lah ikut kami semua ke hospital juga..tak tahulah saya kalau saya terpaksa sendiri nak drive sampai hospital..dah lah sakit kepala..
ayah jugak demam pada hari yang sama.kesian ayah! Ayah saya sudah berumur 71 tahun pada tahun ini.....hhhmmmmmm!!!
Sedih bila melihat keadaan ibu bapa bila mereka tak sihat di usia2 begini.Hampa rasanya!

Waktu kami sampai...ramai jugak adik beradik mak yang dah berada di sana...mak saya anak sulung daripada 11 orang adik beradik....9 orang ada di sini dan 2 orang tinggal di luar negara.Jadi yang ada di sini semua sudah datang melawat mak.

Hari Jumaat itu menjadi begitu pilu kerana.....
mak seperti meninggalkan pesanan dan "amanat" terakhir yang tak sanggup untuk di dengari..
kata2nya bagai sudah tiada hari esok lagi.....mak macam nak "berserah" sahaja pada takdir.
Mak jugak sudah pakai alat bantuan pernafasan ketika itu...
sekarang saya semakin jelas apa penyakit mak...
mak sememangnya pesakit diabetes sudah lebih 20 tahun...
jadinya..buah pinggangnya sudah rosak...
sekarang,,,paru2nya lemah (ada sedikit air)....membuatkan jantungnya lemah.
Darah dalam badan mak sudah tidak bersih akibat kegagalan buah pinggang...
jadi malam tu (malam Sabtu)..mak telah menjalani proses dialisis..
yang menjadi punca mak terus susah hati..
ialah sebab jantung mak yang lemah....tapi setelah mendengar penerangan doktor..kami bersetuju supaya emak menjalani dialisis. Doktor cakap..waktu ini masih dalam peringkat awal..
cuma memang ada beberapa kemungkinan sebab jantung mak yang lemah.
Bila dengar risiko2 begitu..itu yang buat kami semua teragak2 walau dah bersetuju..
semuanya kami serah pada Allah...
tapi dalam hati tetap berdoa semoga emak selamat....
Alhamdulillah,...sehingga semalam mak dah buat 2 kali proses dialisis...
dialisis ini di buat supaya darah mak bersih dari jangkitan dan boleh membuatkan paru2 mak cepat sembuh.
Pernafasan mak semakin baik walau masih menggunakan oksigen...dan 4 jam sekali akan ambik nebulizer.
Cumanya mak tak nak makan....ia takde selera...dia cuma nak minum sahaja..
nak tidur pun amat payah untuk mak..mungkin dari kesan ubat..keadaan persekitaran dan ketidak selesaan yang mak hadapi di sana.
Kami sedang usahakan untuk menempatkan mak ke wad kelas pertama....tapi masih tak di luluskan memandangkan mak masih di pantau rapi.
Semalam mak sibuk mintak ubat tidur dari doktor..tapi doktor tak kasi..dia rasa stress giler sebab tak boleh rehat untuk tidor..mak tidor kejap2 benornya, cuma dia jer yang tak perasan.
Saya rasa otak dia yang tak boleh tidur..badan dia nampak tidur jer...


uuiiiii...dah panjang mencoret..nanti saya sambung lagi dengan cerita terkini..

No comments:

Popular Posts