Wednesday, December 8, 2010

SeLeRa AnAk2 !!



Bercerita tentang selera makan anak-anak sendiri dengan anak-anak orang lain, sungguh banyak bezanya. Lain orang, lain2 pulak seleranya.
Tapi yang ku paham benor tentang anak2ku sendiri...
mesti makan nasi setiap hari dengan lauk apa pun jadi.
Paling best..Feesa jenis tak memilih makan lansung...dah besar pun kan.
Cuma yang ku tahu, ayam dan daging bukan makanan yang di gemarinya, dia lebih suka makan ikan,ikan dan ikan.Ikan masin pun suka....haih laaa!
Kalau Umar Zidan pulak...si kenit 20 bulan ni macam suka makan tulang la pulak..
haih...bukan la tulang semata..cam tulang ayam bersama sedikit cebisan daging tu menjadi faveret dia mengunyah kalau mama dia goreng ayam atau buat sup ayam.
Pernah jugak ku tertangkap dia sedang mencuri makan ikan bersama tulang..bahaya la sungguh!
Tapi itulah anak2ku...
si Feesa pandai menggunakan fork & spoon masa umurnya 1 tahun manakala Umar Zidan pulak cuma pandai gunakan spoon masa umur 14 bulan sehingga sekarang.
Cara ku mengajar anak2 makan ialah dengan menetapkan waktu makan...
maka kami akan makan setiap kali waktu makan bersama-sama....breakfast (hari cuti), lunch & dinner.
si Umar Zidan pun tidak terkecuali...biar lah dia makan bersepah mana pun...dia tetap akan makan bersama-sama.tetapi jangan lah membazirkan..seperti cogankata di atas.....love food hate waste!
Maka si Umar Zidan..kalau dah start main2 dengan nasik dia..biar mak dia suap jer terus masuk mulut..baru cepat sikit!

Lagi satu nak cerita....anak2ku memang tidak over limit dalam penyusuan. Minum susu sekadar mengisi waktu sebelum makan dan untuk melelapkan mata, Umar Zidan menyusu lebih sikit kuantitinya daraipada si Feesa masa umur yang sama, la ni si Umar minum susu 7 to 8oz 5@6 kali sehari.So, satu tin Anmum 1.7kg itu tahan untuk tempoh satu bulan atau kalau terlebihpun dalam 1.8kg gitu sebulan.Jimat makkkkk.....! Bukan apa, tak mahu anak jadi penggemar susu tegar sampai tak mahu makanan lain.

Itu sahaja..cecehan untuk hari ini....cerita lain adalah tiada.

No comments:

Popular Posts