Friday, July 9, 2010

Ooiii SaKiT !!

Assalamualaikum...
memula kena bagi salam...
lepas ni baru nak bukak cerita yang tuan punya blog ni dah demam 2 hari setengah yang lalu.
ada apa apa ker???
hhmmmm..............muskil??
bila hari ni mesti kena pegi ke opis selepas cuti suka hati tak tau nak declare apa..terpancit lansung tayar motor Am..berat sangatkah..?? tadi timbang cuma 49.4kg jer (riak tau!!..berdosha), maka ku tau lah..yang berat itu ialah suamiku.kihkihkih!
Bila motor dah pancit..Cik Am ni gagohkan juga bawak motor tu sampai satu tahap..aku rasa dah keluar bunyik cam 'kelepet..pet..pet........plek..plet' dan berbagai bunyi lagi! Maka dengan rela hati..aku pun turun lah dari motor tu walau ku tahu kedai motor yang paling dekat cuma 200 meter.
Apalah sangat..(huhuhuhu ...masa tu air liur dah berkumpul macam rasa nak muntah hijau tu)...200 meter jer kan!
Melalui deretan rumah2 mewah kat Subang Jaya ni..selamat aku tak kena sergah ngan hanjing umah orang kaya..kalau tak..mati keras jadi statue aku kat jalan tu nanti.
Laki aku pun meneruskan perjalananya (tinggalkan aku tanpa nota)..aku pulak dengan tak bukak helmet..jalan jer..sampai satu tahap aku rasa kenapalah leher aku ni sengal sangat..laaa terlupa tanggal helmet pulak.Dah macam robocop berbaju kurung pulak pagi tadi.

Perjalanan yang perlahan tadi akhirnya sampai jugak ku ke destinasi...kedai motor!
Dah selesai..aku rasa nak pingsan..badan dah mengigil sebab masih tak makan...tapi berpeluh2 punya pasal...lepas makan terus jadi sihat!
Sebab tu boleh mengarang blog bagai.
Ok lah..nak urut2 kaki pulak..
hari Ahad kalau free..nak sambung shopping part 2!

No comments:

Popular Posts