Monday, June 21, 2010

BiLa MaK iNi DaH MuLa MeRiSaU...

huwaaaaaa!!
dah setengah tahun Feesa masuk sekolah..semester baru pun dah mula. Tapi tak nampak pencapaian akademik Feesa sangat memberangsangkan.
Membaca dah boleh..tapi masih terketar2....tak pun eja dulu!I think it's normal! So..biarkan ajelah.
Tapi bila anak ni macam lambat banyak..dan suka tersasul...mak dia tak boleh la nak nampakkan semua tu normal.Mau ada yang berpusing kepala!
Tension la...kalau anak2 nampak tak catched up dengan akademik ni!Risau! Haaa..baru tau..senang ker tak jadi mak ni?? Menggeletar bila anak tak berapa nak boost tang akademik ni.

Saat ni macam nak menyalahkan sekolah yang dia masuk pulak?? Nampak macam mak ni tak menghargai jasa guru..tetiba pulak terasa sekolah bayor agaknya boleh buat anak kita pandai!
Aaarrgghhh! semua itu ridiculous! Kalau dah memang anak tu spesis macam "tukul dan pemahat"..kalau tak ketuk tidaklah bergerak..makanya kenalah ikhtiar lain.

Nampak cam serius jer kan?? Ker mak dia ni tinggi benor harapannya kat budak umur 6 tahun ni?
OOhh no! I must do something...must be something wrong somewhere!
Anakku harus di polish otaknya sampai berkilat!!

3 comments:

Kak Mah said...

izzati pun tak lancar lagi membaca..dia pun 6 tahun gak..dah halfyear...sekarang nie buat latih tubi jek kat rumah....tengok mood dia....kalau dia ada mood..then ajar dia membaca.... darjah satu sok belajar benda yang sama gak nanti....sama la..izzati pun suka tersasul padahal baru kejap tadi baca benda yang sama..... suka sangat nak mengeja.....

adat la..dah nama pun emak kan..harus la risau..konon tak nak letak hight expectation....tapi mana boleh ehehehehe...

ish panjang lak komen...kih kih kih...

Jiejah @ Iza said...

yuppp kene ada tekan tubi sket.
saya ni kategori cerewet kot ,mmg x harap cikgu 100% .
setiap hari ada latihan membaca dr adam umur 3thn ..hahaha over kan.
tp sgt puas hati bila usaha kita nmpk hasilnya .
adam dah lancar membaca masa umur 4thn. bila 5thn cikgu dia tekan tubi tang BI & B.arab pulak :-))

nasihat saya , tekan tubi dlm 15minit cukup. budak² sgt tidak fokus kalau lebih dr 15minit..
cuba la ..

ammi said...

Thanks all..
memang buat tekan tak berapa nak tubi lah sangat..kakakakak! dia boleh benornya.Cuma mak ni yang tak sabar kot!
Kak Mah : Izzati sebaya Feesa jugak yer...so tak lah risau benor kalau memang average kecerdasan budak macam tu. Tapi bila jiejah cakap anak dia 4 thn dah lancar..itu yg buat mak menggeletar!

Popular Posts