Tuesday, December 31, 2013

Selamat Kembali ke Sekolah Anak-anak Malaysia

Hari ini hari terakhir 2013
tahun yang penuh cabaran...
Anak-anak syurga yang ku belai setiap hari dah semakin membesar.
Ye...tahun depan Umar Zidan dah mula bersekolah tadika untuk 5 tahun,
Aku hantar kat Tadika Kemas jer...no kindergarten atau Montessori sebab aku yakin anak-anak aku mampu beraksi setanding anak-anak bertuah yang lain.

Nafeesa bakal naik darjah 4..
Alhamdulillah prestasi pelajaran dia meningkat..dia naik kelas untuk tahun depan, pencapaian yang aku terima dengan positif sekali, puji2 la sikit anak tu...bukan depan orang tapi depan anak tu sendiri.
Ramai antara kita suka puji anak depan orang tapi bukan depan anak2.
Dia macam biasa..makin besar dan membesar..pinggang kain 33"..ko mampu??
Aku pun tak mampu okeh!!
Jadiknya aku tempah kain2 sekolah dia...kalau beli buat bazir jer, mau lebih sejengkal kena potong!

Cerita pasal anak-anak...
yang berdua ni dah tentulah pasal hal sekolahnya...
tapi si Hamzah?? Aku tak tau cemana dia nanti bila ditinggalkan sorang2 dengan atuk nenek jer? Sebab sekarang pun bila aku cakap nanti Umar pegi sekolah, dia pun cakap "baby nak pigi kolah"
Jangan lah pulak si Hamzah nangis2 nak ke sekolah jugak, penat aku kot nak mujuk dia hari2. aduhai

Selamat kembali bertugas ibu-ibu suri rumah yang menyumbang kudrat menghantar dan mengambil anak pegi dan balik sekolah, semoga anda semua selamat di perjalanan setiap hari.

Aku doakan semoga kita semua mencapai kemakmuran dan sentiasa hidup di bawah keredhaan Allah, demi untuk mewariskan kehidupan yang lebih bererti kepada anak-anak kita.
Amiiinn!


No comments:

Popular Posts