Tuesday, December 24, 2013

Anak Bermain Gajet

lately macam terbaca artikel pasal bahaya mendedahkan anak-anak kecil bermain gajet. Aku pernah utarakan masalah ini dalam Forum Keibubapaan Cari.com bawah tajuk "Fenomena Anak-Anak Bermain Gajet Dewasa"

Responditerima agak baik dan rata2 ibu bapa yang menjawab memberitahu mereka meberi anak mereka bermain gajet tetapi dengan kawalan.
Sejauh mana kawalan yang dilakukan aku tak pasti, kadang kala kita hebat ketika menulis tetapi tidak pada tindakan.

Anak-anak aku??
Masih bermain seperti aku bermain dahulu...mereka kerap bermain di luar waktu petang kecuali sekarang ni musim hujan selalu, maka agak terhad waktu mereka di luar tapi tetap bermain di dalam rumah. Bergumpal tu dah memang setiap hari..wajib katakau!
Lain-lain aktiviti....
Umar dengan kereta dan motor2nya..disusun di bawah kerusi dan dia mula berangan.
Feesa dengan dunia TV nya - which aku dah sekat banyak waktu TV nya..sebab dia suka rancangan merepek kerepek.
Hamzah - my little baby ini yang selalu tak pandai bawak diri...dan dia sangat pandai main game!

Aku tak tau macam mana Hamzah sangat pandai bermain tab..bermain game. Dia suka mainan yang jaga babies tu, mandikan baby,potong rambut dan pakaikan baju cantik..
Bukan itu jer..dia jugak pandai main Plant vs Zombie jugak Subway Surf, haaaa satu lagi Minion Rush.
Dia bermain lebih baik daripada Umar apatah lagi Feesa...Feesa memang tak pandai lansung main game hokeh..lega aku..Umar pulak selalu takde peluang dek kerana Hamzah dan dia pun tak berapa minat main game.Bolehla setakat 20 minit sehari...selebihnya dia malas.

Tapi Hamzah???
Dia bermain sekurang-kurangnya30-40 minit sehari..dalam 2-3 sessi gitu.
selalunya pagi selepas bangun tidor dalam 10 minit...yang ni jarang2 sebab kadang dia bangun lambat dan aku dah nak pergi kerja. Ohhh ya tab aku ni aku bawak pegi kerja, so mereka ada peluang main time aku ada di rumah sahaja.
Bila aku balik jer kerja..Hamzah terus mintak nak main game, waktu ni lama sikit dalam 20-30 minit gitu sebab aku pun nak relax2 kejap so biar dia leka dulu...dan selepas daripada itu adalah tertakluk pd keadaan, kalau aku guna memang tak merasalah anak2..tapi kalau aku tak guna..Hamzah lah orang yang akan guna at least 10-20 minit jugak sebelum tidur.

Tapi sekarang aku dah hadkan dia bermain tab ni....aku cuma beri peluang dia bermain bila aku balik kerja jer, dalam 10-20 minit sudah mencukupi, memang dia marah bila aku mintak,mula2 nangis tapi kena layan dia bagi dia lupa, ajak tengok TV atau makan (dia suka makan) atau ajak main gusti2...memang terus dia lupakan.

Aku tak nak dia jadi budak yang dok hadap gajet jer seharian tak reti nak buat apa2 nanti. Akhirnya jadik pemalas.Kayuh basikal pun tak tau.....huhu!



No comments:

Popular Posts