Wednesday, August 29, 2012

Group KUTU CoReLLe !!

Assalammualaikum...
kali ini saya nak war-war kan..
bahawa saya akan membuka group kutu untuk pembelian pinggan mangkuk corelle yang hanya akan bermula pada penghujung Oktober dan berakhir pada penghujung Januari.

Syarat-syaratnya :
1) Pembayaran pertama ialah RM100 (end Oct)
2) Bayaran bulan-bulan berikutnya ialah RM84 (Nov,Dec & Januari)
3) Self collect set anda di Shah Alam/Subang Jaya (working hour) atau set akan diposkan melalui SKYNET dengan charge RM13/set.
4) Penarikan diri di saat-saat mana pun tidak di ambil kira kerana anda perlu mencari pengganti atau set anda akan di lelong selepas tempoh tertentu.

Jadi..silalah buat pilhan corak mana yang berkenan di hati dan letak nama anda di dalam group kutu ini, tempat adalah tidak terhad kerana semua pemain akan menerima set pada waktu yang sama.

Harga :
untuk 16pcs = RM350 (set 4 org)
untuk 30pcs = RM540(set 6 orang)
Corningware 8pc = RM380

email saya : amminafeesa@yahoo.com

Terima kasih dan bersedialah dengan duit deposit di akhir Oktober nanti.

Tuesday, August 28, 2012

OuR CiNeMaScOpE oF HaRi RaYa !!

 Salam Aidilfitri....
inilah gambar2 hari raya kami yang tak seberapa tapi tetap ada rupa! Hahahaha, kisahnya malam raya aku sekeluarga tido umah mak, walau umah kami cuma 300meter jer jaraknya tapi bagi menghappeningkan umah mak..aku tunaikanlah jugak permintaan anak2.
Memang happening habis umah mak aku malam tu..laki aku disuruh pasang pelita, dia terbakarkan sekali pelita tu....dasat!!
Anak2 pulak sibuk nak beli bunga api..aku sebagai mak ayah yang bertanggungjawab maka tidaklah membelikan untuk mereka..tugas itu digalas oleh adik aku..so dialah yg dapat nama...and anak2 aku dapat ler bunga api.
Malam raya memang macam2 gak program TV yang best2...kekanak riang ria semua tak mau masuk tido lagi walau jam dah masuk 1230..ku tutup2 lampu pun masih tak tido2 jugak..akhirnya semua tido jam 0130 pagi.Oleh kerana itu....besok paginya...semua tak bangun...tetapi sebagai mak yang bertanggungjawab..aku kejut jugak mereka pukul 830 pagi....haihh...liat kemain..bila nak suruh mandi lagilah macam2 peel..lagi2 si kecik 2 orang tu.
Siap nanges2 rengek2 tu yg buat hati aku berbunga api pagi2 raya..dah la bapak ko dah pegi keje pukul 0630 pagi tadi...aku la sorang2 nak seret bebudak ni masuk bilik air..dapat jirus satu dua gayung pun jadiklah.





Maleh dah nak story, yang pasti pagi raya kami takde gambar sekeloarga seperti selalu..gambar di atas pulak ialah gambar pada hari raya ke-8! I like it kecuali muka Umar Zidan yg ngengade pandang tempat lain.
Selamat Hari Raya!

Monday, August 27, 2012

MaRi BeKerJa ...

Setelah lebih satu minggu bercuti..
marilah kita membanting tenaga & kudrat..
nanti-nanti lah cerita pasal raya yer...
perut aku dah lapar la pulak..

Thursday, August 16, 2012

WaRKaH AiDiLFiTrI !!


Salam Hari Lebaran buat semua kawan-kawan dan pembaca yang sudi membaca coretan saya di sini..
Ampun dan maaf di pinta sekiranya tulisan saya ada kalanya membuat anda mencemuh sendiri...
Ia sekadar ruang untuk saya berkongsi perasaan dan saat yang saya lalui sementara masih bernyawa..
Kepada semua..berhati-hati di jalan raya, semoga selamat sampai ke destinasi hari raya anda.


Monday, August 13, 2012

CaRa NaK GeMbIrA Di HaRi RaYa TanPa SuaMi..

hello all..
takde mood nak raya lansung aku ni..
patut laki aku gaji hari ni postpone sampai 3 hari lagi la pulak..sebab bank in by cheque.Ok takpe..janji bergaji..dah la last month tak bergaji jugak..
inilah gara-gara suka suki tukar2 kerja...ada offer tempat kerja yang dia lebih minat..go on lah bang..end up kita jugak yang tanggung.

Satu hal lagi...this time around..laki aku tak dapat bercuti on the day of Hari Raya tu...after that boleh la.HHmm..
now on sedang mengadjust mood cemana nak memeriahkan hari raya aku anak beranak tanpa bapak mereka di pagi raya..
takkan aku nak sedu sedan cam bini askar...??
Ok takpe anak-anak..kita akan menziarahi bapak you all kat tempat kerja dia kasik suprise di pagi raya...silap2 laki aku yang nangis sedu sedan nanti...kahkahkah!

Ok baju raya dah settle cuci semua..tinggal nak gosok jer....kuih raya aku sebekas..dari sekarang dah makan..bila raya tinggal habuk jer....
bunga hapi tengok lah..nak dekat raya baru belikan bebudak ni..Umar dah hari2 mintak bunga hapi kayu...ada ker?? ko lagi pandai dari mak yer...ingat..kita raya sehabis sederhana jer tawon ni...
yang penting..aku masih ada mak ayah untuk ku raikan..

Jumpa lagi..

Thursday, August 9, 2012

AbaNg...SaYa NaK TiMbAnG TePunG !!

 haaaaaa..
tak pernah-pernah aku mintak kat laki aku..tetiba gatal mulut nak mintak..aku mintak penimbang.Penimbang tepung jer pun..konon-konon biar kerja-kerja sukat-menyukat aku menjadi lebih tepat lagi..takdelah buat kek terbelah or puding terhitam ke lain kali. Jaman sekarang semua dah guna penimbang digital..mana maun pakai timbang ada jarum tu..tak kelass! hehehehehe...contohnya tentulah yang seperti ini ker kan >>>>>>>>>>>>


Tapi .....itulah kan.....oang laki-laki mana kenal timbang apa yang terpendam di hati kita ni...

Dialog di suatu petang itu bunyiknya begini :

MI : Abang..nanti belikan ayang timbang yer..ayang nak timbang tepung buat kuih.
AM : Ok..timbang macam mana?? Yang macam kat rumah mak tu yer.Nanti kita carik

HHhaaaaaa..timbang kat rumah mak??? itu timbang .....



Ini aku panggil timbang ikan/sayur/pasar...padam terus selera aku nak mintak2 lagi.
Nak beli sendiri pun tak maun..takde moral support kaedahnya.

HaRGa PrOMoSi !!

PEMBERITAHUAN !!

PROMOSI STOK TERHAD UNTUK EDISI PERTAMA WILLOW BREEZE DENGAN HARGA RM350/SET 16PC - TERHAD KEPADA 10 SET SAHAJA.

ETA : END NOV 2012
DEPOSIT : RM100
END SEPT & OCT RM100/BULAN
FINAL PAYMENT RM50

SELF COLLECT DI SHAH ALAM/SUBANG JAYA ATAU UNTUK COURRIER CHARGE RM15/SET

email saya : amminafeesa@yahoo.com

Wednesday, August 8, 2012

CanTiKnYa CoReLLe Ini !!

Kepada semua peminat corelle dari blog saya
akan didatangkan corelle corak terkini paling baru iaitu :

CORELLE®Pro™ Willow Breeze 16-pc Set
Pro™ Willow Breeze 16-pc Square Set includes 4 each: 10-1/4" Dinner Plates, 8-3/4" Luncheon Plates, 22-oz Soup / Cereal Bowls and 12-oz Porcelain Mugs

ETA : end Nov
Harga : Sedikit mahal disebabkan harga asal pun dah $80 so harga Malaysia ialah RM430/set of 16pcs.
Macam biasa..boleh email kalau berkenan..
deposit RM150 & balance boleh bayar bila collect item atau secara ansuran setiap bulan.

email me cepat :
amminafeesa@yahoo.com

 
 

JoM TePeK BaJu BaRu !!

 Hello...
semangat ker korang semua nak raya?? aku tak semangat beb..kali ni hari raya aku raya 4 orang jer..suami aku di perbatasan ...(la sangat..sangat la sangat)
So kali ni...aku nak tidor malam raya dan kepoh2 pagi raya kat rumah mak aku jer...sian mak aku..selalu tiap2 raya rumah dia senyap sunyi takde bunyi kanak2 pun..sebab semua tidor umah masing2..aku ler tu.Aku sorang jer anak mak yg ada anak ramai pun (ramai la sangat)..Abang aku anak dia baru nak masuk 2, adik aku takde anak pasal belum kawin.Itu je lah pon adik beradik aku..
Aku tengah bayangkan..kalau aku ada anak 3 jugak
macam mak ayah aku...tentu tak best raya aku dah tua-tua nanti.Hukhukhuk!

Tibalah masa aku dok mengumpul semua pembelian baju anak2 anak aku selama ni....
meh tengok..bersepah-sepah rumah aku..
aku tengah buat auditing ni..kebanyakan baju2 ni semua stok last year..mungkin ada kot sikit2 beli this year..Hamzah cuma ada seluar baru sehelai jer..yg lain semua stok orang bagi & stok baju Umar yang tak sempat pakai dulu2.So aku tak beli apa untuk dia selain baju melayu sepasang.
Seronok korang yer mengisai-ngisai baju seperti berada dalam warehaouse sale..lama giler aku tak terjah warehouse sale..skill pun dah makin tumpul.Nampak sale tak bernapsu dah aku..tgk website pun begitu juga..Elok lah tu kan..bawak2 ler shopping benda lain..anak aku yang selalu short stok baju cuma Umar..sebab dia takde abang nak kasik dia baju..Hamzah settle bab-bab baju ni sampai ke tua..hahahaha.Kalau Feesa aku dah berkenan nak tempah2 kan dia baju ala-ala dress kat kawan aku..dia pandai jahit.So itu projek lepas raya kaedahnya.

You all dah shopping raya ker?? Nanti tepek baju kurung pulak.

Friday, August 3, 2012

Annniversary Dinner!!

 Assalammualaikum..
semalam kan hari ulangtahun ke-9 perkahwinan kami, maka kami saje2 lah ber iftar di luar kawasan ..tak jauh mana pun..makan kat Kenny Roger Subang Parade..mula2 aku dah siap call restoren dulu buat resevation..tak lah terkocoh-kocoh nak pegi time petang nanti.


 Selalu kalau makan kat luar..perkara haru biru yang aku kena extra energy ialah nak menjaga 2 budak lelaki anak aku tu...si Umar jenis suka jalan merata sampai keluar kedai dan berlari-lari macam kat padang. Si kecik pulak kalau dah ada geng..meronta minta turun..kalau boleh dia sekalik nak berlari-larian cam anak kambeng keluar kandang. So strategy aku..check in restoren lambat sikit dan pastikan makanan dah siap..sebab bebudak ni kalau ada makanan dia dok diam sikit.paling2 aku sumbat jer mulut depa ngan makanan.Tapi planned semalam semua tak menjadi..dengan order aku depa served paling lambat sekali...



Ni baru aksi ala-ala starting jer nih..belum dia jatuh gelentung kepala dia kat lantai..sampai orang sebelah dok "ooopppsss...iiissshhh"nangeh la kejap...aku buat derk jer..sebab bukan aku yg buat (hahahaha)..satu jer nasib aku sangat baik...Umar Zidan tidur sepanjang waktu dari aku sampai sampai aku habis melantak..aku cuma kena jaga Hamzah jer kongsi sesikit ngan laki aku..muahahahaha.Terima kasih Umar sebab tidor time tu..so mak takkan serik lagi nak pegi makan kat kedai time berbuka.


Kan dah cakap..licin berkilat pinggan aku..yg tinggal tulang ayam jer..takkan aku nak kunyah sampai habis plak kan??Cam kuceng pulak irasnya nanti.

Budak ni jer terhengeh-hegeh makan..masih tak dapat nak praktik bagaimana nak menjadi keluarga aku..makan laju-laju sambil jeling anak.Sebelum pukul 8.10 aku dah keluar kedai..aku rasa akulah family yg paling awal keluar kedai tu..yg lain masih membungkang kenyang!

Thursday, August 2, 2012

SuKa KeK TaK??

 Hello all
korang suka kek tak?? aku ?? ntah terpaksalah mengaku aku suka kek..
Sebab dalam minggu ni dah 3 kali aku beli & dapat makan kek..
mula-mula beli 2 slice kat Secret Receipe...
Lagi sekali 2 hari lepas kan kawan ku bagi RV cake, yang sebelah ni la.Tapi semalam jugak aku dah tempah brownies kegemaran.
Aku tempah kat sorang kakak ni..kadang2 dia ada buat penghantaran..kebetulan semalam dia ada buat delivery ke Shah Alam..tu yg aku join sekali.
Nama kek tu chocolate cheese brownies..kalau nak

cuba tengok Chumel Cupcake kat bloglist aku tu.
Aku dah order ngan org ni sejak thn 2007 lagi..sedap brownies dia.




HaRi InI KiTa BeRNiKaH !!

Assalammualaikum..
Salam 13 Ramadhan = 2hb Ogos 2012 = Anniversary kami yang ke-9!
Semoga ikatan kebahagiaan kami kekal abadi walau kadang aku memang suka sangat jadi mak queen control, kiranya up lagi dari queen control.Hanya dia yang sangat memahami.

I love you abang = masa hari menikah
I love you more & more = untuk dulu kini dan selamanya........

Wednesday, August 1, 2012

Siakap 3 RaSa ReD VaLvET!!

 Assalammualaikum..
Iftar semalam...wah macam nak raya pulak rasanya..kek yg ku dok idam2 sangat nak makan telah sampai di buat khas oleh kawan kita yang duduk kat Nilai.Terima kasih Kak Yra sebab sudi buatkan kita kek RV marbeles merembes di bulan Ramadhan yang mulia ini, semoga pemberianmu ini mendapat balas yang berlipat ganda daripada Allah sebab bagi makanan kepada orang yang berpuasa.



 Inlah keknya....lepas makan nasi kami makan kek pulak....sedapp woooo..kek ni kena makan selepas dikeluarkan dari peti ais dalam 10 minit camtu..kalau tak kek tu keras so nanti bila makan tak feel the softness gitu.Terbaik la memang..aku buat pun tak pernahnya sedap..sampai malas dah aku nak bikin.Tapi takkan nak mintak selalu kan?? Dah ada resepi yang gerenti sedap nanti aku post kat sini eekk.





Oohh tak lupa jugak...tahap nak memasak bulan puasa ni bergantung kepada 'keteringinan' aku untuk makan sesuatu..semalam masak siakap 3 rasa & makan nasi//siakap tu adalah dalam setengah kilo kot..kami makan & tinggalkan sikit untuk sahur.So sahur pagi tadi cuma goreng telur dadar.
Hahahaha...tajuk kat atas tu propa jer lebih..sowi!

Popular Posts