Monday, July 27, 2009

PaRaNoRmAL !!

haiii....
PARANORMAL!! perkataan ni baru jer glamer sejak zaman millenium ni kan??

haaa...kalau nak tau, saya ialah penggemar siri siri misteri & paranormal ini, entah kenapa?? saya sentiasa suka atau nak aje dengar dengar cerita yang begini , cerita-cerita begini kadangkala buat kita meremang bulu roma seketika sambil berfikir bahawa ada makhluk lain yang hidup di dunia ini selain dari kita dan alam di sekeliling kita yang nyata.
Saya tak tau..macam mana agaknya bunyi puntianak mengilai...tapi...sejak beberapa kali slot slot kat TV tu tunjuk..saya teringat, saya macam pernah terdengar bunyi bunyi begini suatu ketika dulu.Tapi tak ingat di mana..sebab tak tau kan bunyi apa tu..ingatkan bunyi anjing!!

Pengalaman pertama berdepan dengan kejadian yang aneh & misteri ini ialah semasa saya berada di Tingkatan 5, kawan sedarjah saya rupanya telah di tumpangi makhluk entah apa ke bendanya sejak dia di Tingakat 2 lagi.

Suatu pagi..(dia duduk belakang saya)sewaktu guru sedang mengajar..
tiba tiba kawan saya ni rebahkan kepala dia di atas meja, macam tidur tu..kami pun panik..ingatkan dia pengsan ker haper! sambil saya dok kejut kejut kan dia..
Tiba-tiba..dia angkat kepala dia dan terus merenung tajam sambil kepala dia menyenget dan menjeling tajam ke arah saya. Waaalllaaa...takutnya lah saya waktu tu..!!! Nak terkencing haku!!
Kemudian dia diam gitu sambil matanya memandang papan hitam..tapi pandangannya tu kosong, kawan sebelah dia dah tau rupanya apa penyakit dia..so dia macam tak berapa takut lah kot! I guessed!

Tapi..kalau nak tau, malam tu saya tak boleh tidur dek kerana terbayang renungan tajamnya tu. Saya tau yang merenung saya tu bukan kawan yang saya kenali, tetapi ..dia ialah "sesuatu".

Hmmmm...nanti saya cerita lagi beberapa siri kejadian yang menimpa kawan saya semasa di Tingkatan 5 dulu!

No comments:

Popular Posts