Monday, July 27, 2009

PaRaNoRmAL - PaRt II !!

Ok..sambung lagi...

kejadian yang pertama itu telah mengenal kan saya dengan kejadian kejadian yang seterusnya, yang berlaku kepada kawan saya ini.
Dia..seperti biasa duduk di belakang saya, ohhh..kawan saya ini baru berpindah dari sekolah lain sebelum belajar di sekolah saya, sebelum ini, dia belajar di sebuah sekolah agama berasrama di Klang. Dengar cerita, semasa dia belajar di sana lagi dia telah mendapat gangguan ini sampai dia berpindah sekolah ke sekolah saya belajar.

Rasanya kejadian yang menimpa dia sangat banyak, mungkin saya dah lupa sebab ianya sudah 12 tahun berlalu, yang mana melibatkan saya..saya akan ingat sampai bila bila.

dia..apabila mula di kuasai kuasa makhluk lain tu..seperti keras kejung seketika keadaannya..mengerekot seketika dan kemudian..tadaaa..seperti biasa..tetapi yang diri itu bukanlah kawan saya lagi..dia ialah "sesuatu"..kerana tingkah gaya & air mukanya tiba tiba terus menjadi lain. Lagi satu perihal yang tak dapat di lupakan..kakinya sentiasa berhenjut...dengan sangat laju tanpa boleh di kawal. Kalau time dia sedar pun..memang kakinya tak boleh berhenti.

Kejadian ini pula.....
tiba tiba...dia ... ketika didatangi "sesuatu" itu...
mencekik lehernya sendiri dengan menggunakan tangan kanannya sahaja...
saya yang nampak ni..dengan sekuat kudrat menarik tangannya dengan kedua belah tangan saya..tapi tak bergerak apa pun tangan dia dan terus mencekik lehernya sendiri..
kemudian...
kawan yang di sebelah pun turut membantu menarik tangannya supaya tidak mencekik lehernya sendiri..

lepas pegangan di leher terlerai..dia terus pengsan..
Fuuhhh!! kami lega..dan saya pelik!!
Macam mana dia boleh memegang lehernya hanya dengan satu tangan sahaj adengan sangat kuat.Yang pastinya..itu bukan dia...!!

Selepas beberapa kejadian yang saya saksikan sendiri secara live...
saya semakin berani menghadapi kejadain kejadian yang lain...

bersambung di entry akan datang..!!

No comments:

Popular Posts