Wednesday, August 17, 2016

Crofton Cast Iron Pan


Hi all
Hari ni nak review sikit pasal kuali terbaru aku, ohhh aku ini minatnya lebih kepada perkakasan dapur dan segala cookware yang ada dalam alam maya ni..kalau boleh semua aku nak ada.

So kali ni aku dapat beli freanch pan cast iron brand Crofton, harganya murah sangat berbanding idaman kalbu aku dari brand Le Creuset, ini pun sebab ada sale harga bagus maka dapat la sambar seketul.
InsyaAllah my Le Creuset akan datang tidak lama lagi.


 Jenis yang aku beli ni ialah french pan saiz 3.5L, berat lebih kurang 3.5kg atau lebih. Itu memang trademark cast iron pan ye...BERAT! berkilo-kilo beratnya

Saiz macam ni sesuai untuk keluarga kecik 5-6 orang barangkali..aku dah guna semalam untuk masak sup dengan kapasiti 1/2 ekor ayam saiz biasa...kuali jenis tak melekat dan cepat panas buat masa memasak lebih pendek.
Bila nak mereneh jugak tak ambik masa yang lama...dan jenis cast iron ni boleh digunakan di dalam oven ye. So kalau nak sambung masak dalam oven pulak ke...masukkan je terus.






No comments:

Popular Posts