Monday, August 22, 2016

Kabinet Dapur - Kitchen Cabinet


Assalamualaikum
Hari ni baru berkesempatan nak tulis pasal progres dapur rumah, setelah rumah siap bulan 4 hari tu...dapur pulak baru dapat disiapkan masa bulan puasa (bulan 6). Maka sempatlah berhari raya dengan dapur baru.Alhamdulillah....lama dah tunggu nak ada dapur ringkas yang cantik (cantik di mata dan poket aku) macam ni. Hehe


Okey...yang tunggang langgang ni semua gambar masa belum pasang kabinet, table top kami di buat oleh kontraktor buat rumah.

Ruang bawah singki agak terhad sebab piping system yang agak besar.

 Atas tu ruang untuk buat preparation masakan, kecik je tapi Alhamdulliah cukup muat untuk buat kerja.

Tadaaaa....ini gambar setelah di kemas dan selepas dah ada kitchen cabinet, inilah tempat masak hari2..comel je kan ruangnya.


Ini bahagian kiri sebelah dapur masak..kita panggil coffee corner


Coffee corner.


Tadaaaa....inilah rupa dapur kecik aku tu...dah siap dengan kemasan aluminium kabinet 3g warna biru. Tinggal satu je lagi nak tambah...langsir atau blind ke..maybe.

#kabinetdapur #aluminiumkitchen #kabinetdapurmurah
#dapurkecik #kabinetmurah #kabinet3g


3 comments:

Hani said...

Berkenan pulak dapur tu skang.
dah plan kalo reno belakang nak beli dapur camni je.
skang guna tempered glass seriau gak nak masak lama2 maklumlah kekadang buat makan2 kan.
share bape bajet dapur tu kak. tq.

ammi said...

masa beli tu kat Houz Depot Warehouse sale, last unit, dalam 1500 rasanya.

-iLLa- said...

awat golap kak gambau...terangkan la sket..

Popular Posts