Monday, January 27, 2014

Promosi Emas Habib


Ini promosi terbaru Habib Jewel yang aku baca kat pesbuk mereka, kalau nak lebih detail boleh call di nombor tertera. Pada aku boleh la sebab selalu mereka ambik 20-25% kira ni ada la sikit diskaun gitu.
Harga emas semasa sekarang RM150-18%, jadi nilai 1gm emas lama tukar baru ialah RM123/g.
Kot-kot ada yang nak menukar emas lama boleh la berbuat sekarang,
BTW nilai susut pada emas ni bergantung jugak berapa sesebuah kedai tu nak ambik, kalau beli kat kedai mahal elok tukar kat kedai mahal jugak, tapi kalau beli kat kedai murah anda ada lebih pilihan, tukar di kedai murah sikit jer susut nilai sama jugak kalau tukar di kedai mahal.
Sebab di kedai murah macam di KL susut nilai cuma 10% manakala di Kuala Pilah ialah 15%.

Sekarang terpikir untuk buat koleksi gold bar pulak, target aku 20g untuk tahun 2014!
Harga emas gold bar (emas 999.9) ialah RM160/g dijual dalam berat 5g,10g gitu.





Gambar atas ni koleksi Oro Italia Habib Jewel yang mengegar jiwa, sebab haper?
Sebab mahei bebenor dan berat2 pulak tu. Aku suka yang atas tu tapi setiap satu tekde yang berat less dari 55g >>> terbeliak gak bijik mata, kalau 55gm x RM145 dah RM7,975 belum masuk upah lagi.
Kalau nak tau...upah untuk koleksi ORO ni adalah sangat mahal kerana kualiti workmanship nya yang sangat teliti dan memang superb! Upahnya hampir menyamai harga 10gm emas!! Jangan tak percaya,
sebab aku dah ada 2 orang kawan yang beli hat design kat atas nun.

Kalau yang ini pulak, aku pernah jumpa yang ringan2 sikit, dalam 37g++ still berat dan upahnya mahal jugak. Dah pernah tanya dalam 7k jugak ler duitnyer kalau nak beli. Aku berangan je lah dulu sebab kalau aku nak..aku suka yang ringan tapi banyak pilihan hahaha...kalau aku ada duit beli emas 7k, aku takkan beli sebijik ni jer, aku nak loket 2 ketul, bangle 2 ketul, rantai tangan seketul + cincin seketul ...hahahah, tamak!

Okeylah..berangan je dulu
at least berangan emas aku ni dapat meluputkan berangan aku pada Pandora! eheh

No comments:

Popular Posts