Monday, January 20, 2014

Good Job Hamzah!!

Hamzah is my little boy, yang garang dan sedikit perengus!
Banyak perkara dah dia capai sebelum dia umur 3 tahun ni dan off course akulah mak singa yang menjadikan semua ini realiti..haha!

Antara kemajuan yang dia capai - sudah tidak perlu pakai diapers pada umur 2tahun10bulan iaitu sejak 3-4 hari yang lepas.Pagi ni jugak dia dah boleh "melabur" di dalam toilet!

Lagi kejayaan budak 2 tahun lebih ni...
dia dah habiskan buku KUMON pertamanya, so lepas ni mak kena beli buku lanjutan dari siri colouring ini.


Okeh..dia anak mak yang menggunakan anggota kiri pada setiap pekerjaan yang dilakukan, my special boy!
Dulu masa mula-mula dapat buku ni, dia memang tak tau lansung macam mana nak pegang crayon tu, lalu dia sagat laju2  gambor2 tu, sejak semalam dia dah boleh pegang crayon dengan baik dan boleh gerakkan tangan dia untuk mewarna, walau masih comot tapi ia adalah sesuatu yang lebih baik dari permulaannya.
Suatu perkembangan yang baik dalam masa 2 minggu, mak impressed nak! 


Kat muka surat akhir buku tersebut ada la Certeficate of Achievement ni, mak isi  dan bagi untuk Hamzah, dia bukan paham pun..takpe yang penting mak paham.
Ada masa nanti nak pegi MPH lagi, padahal semalam aku pegi dah MPH, ingat buku dia masih banyak aktiviti lagi rupanya malam tadi dia pulun 5 aktiviti terus habis.Budak tengah excited kena layankan tau..mak2 jangan malas!
So tunggu update buku yang ke-2 pulak.

No comments:

Popular Posts