Thursday, January 16, 2014

Kelas Tambahan untuk Anak-anak

Assalam all...
aku tengah memprogramkan waktu anak-anak dengan kelas tambahan luar sekolah untuk Feesa dan Umar,
cadangnya aku nak masukkan kelas belajar Bahasa Arab untuk Pica dan kelas Al-Baghdadi untuk Umar bermula malam ini.
Harapnya Umar ok, aku tak bagi tau dia pun lagi...sedang aku search2 kelas yang berbaloi untuk anak2 aku terus call Hikmah Centre di Seksyen 23 Shah Alam ni..katanya kelas setiap Khamis malam Jumahat..malam ni ler..lansung aku terus nak ngantor si Umar malam ni jugak.Lagi cepat lagi bagus kaedahnya.

Untuk si kakak, aku tengah nak tunggu nombor talipon center tu dari staff kedai kat Space U8, sebab kat situ ada pusat belajar bahasa Arab ni, Feesa sangat cenderung dan lebih berkebolehan dalam mata pelajaran Bahasa Arab di sekolah. Bahasa Arab adalah antara subjek yang di selalu skor 100% dalam beberapa ujian dan peperiksaan, jadi aku harap dia lebih mudah mendalami ilmu bahasa ni...lagi2 bahasa Arab, Insya Allah!

Durasi yang aku target untuk kedua2 mencapai target pada tahap mereka adalah 6 bulan, selepas itu aku nak enroll kelas lain,mungkin ke kelas bahasa Inggeris pulak...Hamzah lebih pandai beberapa perkataan dalam English berbanding Umar dan kakak jugak sebab aku dah mulakan dia dengan buku colouring KUMON tu..
progress dia terbaru


Hamzah dah semakin pandai memegang crayon, tapi malas kadang tu..itu sebab dia conteng2...tapi kan satu perkara baru yang best, dia sentiasa ajak aku mengulang2 perkataan yang di belajar ni...macam pagi2 aku bawak dia jalan pegi hantar Umar ke sekolah, sambil berjalan tu dia akan ajak aku ulang2 perkataan dalam buku ni macam omelet, spaghetti, ice cream, green pepper..hehe so cute!
Sekarang dia dah sampai excersie number 27, yeeeaaayyyy!!

Nanti aku update lagi pasal kelas tambahan anak-anak ni yer.

No comments:

Popular Posts