Friday, June 17, 2011

CeRiTa SaLmOn !!

Assalamaualaikum semua...
okey...semenjak Ana Suzana iklankan pasal salmon di blog beliau...
semalam adalah bertubi-tubi sms masuk tapi sayangnya saya tak dapat nak reply..
sebab pertama - kredit yilek, sebab ke-2 battery dah kong!
So malam tadi jer saya sempat baca semua sms.
Mintak maaf yer semua.

Okey...biar saya cerita pasal salmon ni...

Salmon dijual dalam bentuk Fillet sebelah bahagian badan salmon tu.
Berat anggaran setiap keping adalah 800g hingga 1.4kg
Harga ialah RM38/kg..jadinya sesiap yang nak beli tu, bolehlah masukkan dulu duit dalam acct saya..
sebab apa???
sebab terus terang saya cakap, saya tak ambik untung walau sesen pun dari penjualan ini..
cuma sebab kami sekeluarga pun suka makan salmon ....pembekal tu pulak jual secara bulk, so saya kenalah berkongsi dengan kawan2 yang lain.
Satu bulk adalah 25kg,
jadi kalau 25kgxRM38=RM950 okkey...setengah bulan gaji hakak dah tu..kikikiki!
Salmon ni saya beli dari sebuah syarikat pembekal frozen & imported frozen food ni laaa..kat Shah Alam jer.
Salmon yang di beli ni jugak hat dari Norway punya kalau tak silap...ker North America, jauh tu!
Lagi satu, tarikh tutup pre-order dalah pada 30Jun,
dan saya jugak tak buat delivery, biasanya akan jumpa kawan2 order salmon di Giant Seksyen 13 Shah Alam.

Sekian, terima kasih!!
Babai.....

2 comments:

Sofya said...

sedap ka ikan ni...
tak pandai makan la pulak..

ammi said...

Sofya..sedap tau..tapi ieylah..siapa tak pandai makan tak suka..kadang ada bau sikit.lepas perah lemon okey dah.nyum..nyum..jom..!

Popular Posts