Wednesday, April 7, 2010

PeRiLaKu SuMbAnG BuDaK TaK CuKuP AkAL!!

ooohhh..tensionnya hati ni sejak semalam.
Semalam saya balik ke rumah naik komuter pukul 5 petang..
dalam komuter dah sesak orang...
saya berdiri berdekatan pintu menghadap sepasang remaja tak cukup akal yang "enak" bercengkerama di depan khalayak *WTH*!!!

Kenana begitu nipis perasaan malu pada manusia lain yang melihat...??
saya ni dah berdehem2 2, 3 kali tanda sakit hati..tapi si jantan tak cukup akal ni elok jer memeluk si pompuan tu..si budak pompuan kelihatan seperti sedikit mendiam diri tanpa respon..konon merajuk kot. OOiiiiii...nak kiamat dah ker????

Saya berhenti di Stesen Padang Jawa, makanya ada 2 stesen lagi sebelum destinasi saya.Semasa berhenti di stesen Shah Alam, ramai yang keluar dan saya mendengar seorang lelaki menegur pasangan tak cukup akal ni
"dik, sopan sikit..malu" dengan nada yang menyindir...
maka..degree hakak ni pun dah naik (muala dah ni) ...hakak pun join sekali.."hah baguslah..menyampah aku" sambil berjalan jauh sikit untuk duduk.

Kat tempat duduk tu...haku telah membebel dengan kuatnya (aku agak lah) mengomen tentang perilaku perangai remaja berkenaan yang dah stop pun buat gitu.Dia takut nak memandang haku..sebab haku dok jeling maut sambil membebel.

Budak sebelah ku ni pulak boleh reply "biasalah kak, budak baru nak naik..dia buat..dia dapat dosa" *WTH* punya reply yang buat aku punya degree naik 10 darjah lagi.
Hakak ko ni hangin la..."dosa tu dah tentu, tapi macam takde akal, tak pegi sekolah ker, tak tau malu lansung..ini tempat awam..takde otak ker..ntah tak paham aku, budak sekarang banyak yang bodoh ker haper".

Diam budak sebelah tu..sambil dia layankan jugaklah hakak ko ni membebel.

Oohhhh!! Apa nak jadi manusia zaman ini???? Semakin nipis iman tu dah tentu..tapi tebalkan lah jugak muka tu..tatasusila kena jaga..awak orang Melayu..jangan letakkan maruah di tepi jalan..sebab binatang ajer yang nak beromen bersepah sepah ni.

Haiiihhhhh!! Naik darah tinggi aku...

Ya Allah Ya Tuhanku..jauhkan lah zuriatku daripada maksiat di dunia dan hasutan syaitan!!

2 comments:

Sofiya said...

Berani Hakak ni Ngomel2..

eynda said...

Wah!! Berani ye..tapi betul la kalau takde sape tegur budak2 ni ingat benda cam tu perkara biasa dah...gud job :-)

Popular Posts