Monday, August 31, 2009

WaRoeNg PeNyEt !!

waaaaa...
semalam akhirnya kami memecahkan matlamat nak duduk di rumah tanpa pergi ke tempat awam dengan berbuka puasa di Waroeng Penyet, The Curve.
Cadang memang nak berbuka puasa jer sesambil cuci mata kat BO & FOS, kalau ada baju yang Che Am kenan bolehlah rembat. Tapi itu suami haku agak cerewet jugak dengan baju pilihannya yang setahun sekali jer baru beli. So, tak membeli apalah.

Sampai sana pukul 6.40ptg, jalan jalan masuk BO.Wow!! banyak jugak baju yang cecantik & comel & mahal2 kat sana. Oleh kerana memang dah tetapkan matlamat tidak akan membeli lagi baju kekanak riang berdua ni, maka ku buat mata kelip kelip je lah (supaya antara nampak dengan tak).

Keluar BO, jam dah 7.20mlm..haaa, nak berbuka dah ni, so kami belilah air sahaja untuk berbuka tu, sebab dah tau confirm kat kedai makan tu semua dah penuh. Lepas tu berangkat lah jugak ke Waroeng Penyet tu...fuuuhhhh! manusianya ramai yang amat, lepak kat Baby's Room sebelah Mothercare tu sambil menyusukan si Umar. Akihrnya kami dapat tempat duduk dalam pukul 8.35 lah jugak. Perut dah start melapar time tu.

Makan malam tadi ialah, Ikan bakar, ayam bakar & nasi 3 pinggan. Sekali..ini family kebuluran dari Rwanda order lagi nasik 2 pinggan & keli penyet. Fuuhhh! Sedap sungguh ikan bakar & ayam bakar & keli penyet tu. Teringat2 sampai hari ni. Nak lagi lah. Confirm next week ku ke sana lagi. Kalau kat sana mesti jumpa artis, dulu jumpa JEhan Miskin, semalam jumpa budak AF la pulak, si Zizie & Qhaud.Yang lain mungkin ada kot, tapi haku tak kenal.

Akhirnya malam tadi sampai umah nak pukul 11. Sahur makan nasik dengan ikan goreng cicah kuah asam je. Pun sodap jugak!

3 comments:

dianaibrahimali said...

xde gambar ker??? bg aku terliur sikit......

ammi said...

weh..dah kebuluran, tak dan nak snap gambor!Gila lapor!!

adha said...

sedapnye.. kat jb ada ayam penyet jek.

Popular Posts