Assalamualaikum..
hari ini, 22/8/2009 bersamaan hari Sabtu merupakan hari pertama Ramadhan untuk tahun ini.
Oleh itu, malam tadi selepas sembahyang Isya' telah berlansung solat sunat Terawikh untuk malam yang pertama.Ruginya saya tak dapat berjemaah bersama dengan yang lain memandangkan saya terpaksa berada di rumah bersama anak yang masih kecil.
Tapi saya masih boleh membuat amalan sunat ini, itu pun lepas Am balik dari surau, maka tugas menjaga anak diserahkan sementara kepadanya.
Tapi sejak semalam, saya rasa tak berapa sihat, seperti nak kena lelah...oh..penyakit lama ini kadangkala datang jugak!
Makanya sampai pagi ini saya masih rasa tak berapa sihat..lenguh2 di badan..sakit kepala tapi tak demam & rasa nak lelah tu masih ada.
Pagi tadi kami bersahur pukul 4.30 pagi..memandangkan Am akan ke tempat kerja pada pukul 5 pagi, just masak sambal sardin & telur dadar + teh markisa & sedikit buah kurma.
Alhamdulillah.
hhhmmmm......petang ni plan nak masak apa yer untuk berbuka???
Macam nak masak mee kari..tapi kalau still tak sihat..malas lah!!
No comments:
Post a Comment