huuhuhuh...
oleh kerana Zidan dah 3 bulan umurnya..maka dengan ini..genaplah jugak 3 bulan ku menyusukan Zidan sepenuhnya. Walaupun banyak rintangan yang terpaksa ku hadapi..akan ku cuba sedaya upaya untuk menyusukan Zidan..at least untuk 3 bulan lagi..InsyaAllah!
Sejak 1 bulan yang lalu, production milk sangat sikit berbanding ketika dalam pantang dulu..sekarang, satu hari pump cuma dapat 2oz per session, ada pernah dapat 0.5oz jer...time tu perasaan memang dah down sangat! Harapan nak susukan Zidan sampai 2 tahun semakin kabur, dengan Zidan yang tak mau direct feed. Betul betul buat ku tension satu badan! Si kenit tu kena sindrom 'keliru puting' yang mana dia lebih suka feed by bottle daripada direct feed. Masa tu jugak milk production tiba tiba down.
Tak puas hatinya ku rasa..puas search serata alam maya ni nak tau cara & petua nak boost up kan milk production again, akhirnya..ada beberapa petua & ubat yang ku ambik untuk meningkatkan production. Antaranya.
1) Minum air banyak banyak banyak..sangat banyak (ku tak suka minum benornya)
2) Makan sawi, lobak putih
3) Ambik ubat doktor (maxolon)
4) Beli ubat kat farmasi (domperidone)
5) Minum milk maid tea
6) Fenugreek tablet (baru nak cuba)
7) Keep pumping & rapidly
setelah mencuba a few things & method di atas..Alhamdulillah..susu masih cukup untuk minum Zidan, cumanya yang nak buat stok tu tak banyak lagi..cuma tinggal untuk kerperluan 5 hari jer.
harap harap cukup yer stok tu..ku tak nak kehabisan jer..
Doakan saya!!