Thursday, February 20, 2014

Pretzel - Synder's of Hanover - Kosher Food tahu atau tidak??



Assalamualaikum kawan-kawan...
lately ramai peniaga jual pretzel bersalut coklat dan macam2 lagi,
dulu aku pernah tanya kat seller online sama ada mereka buat sendiri pretzel mini ni atau beli yang dah siap kemudian just celup dalam coklat dan perisakan.
sebab aku tau pretzel mini ni ada di jual di kedai2 groceries mcm Cold Storage.
Dulu aku pernah beli sekali, harganya dalam RM13++ sepeket, tak habis aku makan kemudian aku sangsi sebab atas paket tu ada tulis Kosher Food.
Apa itu Kosher Food ?
Meh sini aku tepek

Answer: Kosher food is food prepared in accordance with Jewish Dietary Laws.

Apa itu Jewish Dietary Laws, korang boleh terus klik link di atas.

Walaupun ada beberapa website mengenai status halal pernah menyatakan yang produk Pretzel keluaran Synder's of Hanover (yang aku beli dan dalam gambar di atas) adalah berstatus halal...tapi sesuatu yang berkait terus >> lansung dengan penetapan Yahudi adalah sesuatu yang agak janggal untuk aku terima.
Mungkin ramai yang cakap..eleh benda makan lain yang adik beradik Yahudi ko tak ambik kira yang ni sibuk pulak nak berkira.
hhhhmmmm it's ok, kalau sungguh ianya halal maka kita tak terjerumus la makan makanan yang haram,Alhamdulillah... tapi aku jadi was-was dengan sokongan yang aku berikan (dengan membeli dan makan) untuk sejenis makanan yang dah siap2 cop Kosher Food.

Bangga ker?? I eat Kosher Food everybody!

Aku betul2 tak lena tidur kalau tak tulis perkara ni..at least aku dah tulis sesuatu untuk korang ambil peduli.

* Aku tak pernah tulis kata Pretzel ini tidak halal, kalau ianya diuli sendiri di rumah kemudian digentel bentuk reben, digoreng/bakar kemudian dicelup coklat dan dijual maka kita tak perlu berasa sangsi, aku yang sangsi dengan cop Kosher Food atas peket pretzel Synder's yang pernah aku beli tu* 

6 comments:

Hime said...

Ya allah..thanks utk perkongsian ni..sy pn dok trliur je nk pretzel..siap demam aritu minx hubby carikan..tp sangsi..sbb rupa3 nye rmai yg jual siap..trus celup coklat je..bilr tnyr made in mana..dorg ckp usa..hmm..ada cop halal x..xde..hm..tahla..bile dh was2 dh jatuh lain lak hukumnye kan..sudahnye gugel2 msih ragu2... Xpela..redha jela..byk lg bnde len bole mkn..huhu

ammi said...

Ini lah yang saya cuba sampaikan, sekalipun ianya halal dari segi ingredient, perasaan menyokong produk Jews sangat terkesan dalam hati ini kalau terusan menyimpan apa yang saya ketahui, semoga bermanfaat.

Eitanita said...

Bentuk pretzel tu pun dibuat sempena mengingati kepercayaan agama kristian...trinity. Bleh google Pretzel and trinity

Unknown said...

Even dhhampir 4 tahun lbh post awk nim. Tp masih jd reference utk sy yg tiba² nk tahu pasal kosher food ni.. Thnk you so much n may Allah bless u alwayss!

this is nad said...

Kosher food label tu hanya satu guide untuk org Yahudi yg ada pantang larang makanan mereka yg tersendiri. Ia hanya label untuk memberi panduan kpd mereka samaada produk tu boleh dimakan atau tidak, sbb pasaran di luar negara memang mengambil kira keperluan pelanggan dari pelbagai golongan. Cthnya utk guide pelanggan muslim, ada yg letak tanda halal dari agensi halal dkt produk mereka. Byk syrkt di luar negara mmg letak pelbagai label, ada yg label Kosher, ada yg label Halal, atau label Vegan utk tunjukkan makanan mereka boleh dimakan oleh golongan tertentu. Tanda yg diletakkan ini tidak semestinya menunjukkan mereka sediakan makanan itu untuk org Yahudi semata-mata,dan tidak juga membuktikan perniagaan itu perniagaan Yahudi (perniagaan yg bukan Yahudi pun ada yg letak label Kosher, perniagaan bukan muslim pun ada yg letak label halal). Makanan yg ada label Kosher tidak bermaksud tidak halal. Hanya ianya tidak mengandungi bahan yg golongan Yahudi dilarang makan. Sbb itu walaupun ada tanda Kosher food, org Islam boleh check apa bahan² ramuan produk tersebut utk memastikan boleh makan atau tidak, bukan tengok label Kosher, sbb kita bukan Yahudi.

Semoga sama² kita fahami dulu gambaran yg sbnrnya sblm share posting seperti ini. Di luar negara, sgt byk produk berlabel Kosher, jika semua org Islam tidak baca ingredients produk utk tahu bahan² yg digunakan dan hanya tengok tanda Kosher utk decide, akhirnya perkara yg ringkas boleh menjadi berat. Sedangkan Islam itu sbnrnya mudah.

Maaf andai terkasar kata. Apapun terima kasih.

sharh_gsm said...

Kosher bukan bermaksud ko sokong yahudi weii

Popular Posts