Monday, February 10, 2014

Hamzah & Asthma

Okey, hari ni nak tulis something about my 3 year old boy Hamzah, orangnya sedikit garang malah terlebih garang dari Umar yang sangat pelembut dan penyayang. Sesuai lah kot dengan namanya tu..HAMZAH.
Tapi jugak, kesihatan budak Hamzah ni adalah sangat fragile dan sensitif dengan persekitaran dan pemakanannya.
Dari kecik dia ada asthma, aku kaji semula asthma dia terjadi bukan disebabkan oleh perubahan cuaca atau kerana dia batuk atau deam atau selesema, tapi selalunya di sebabkan alahan pada makanan.
Pernah dia asthma sebab makan buah terlebih, kena asthma bila makan coklat terlebih dan yang terbaru makan gula2 banyak benor lansung kena asthma paling teruk, hampir nak kena admit di hospital.
Masalah di sini, suami aku jenis suka bawak anak pegi kedai, asal meronda mesti masuk kedai, kedai kedai kedai,ntah berapa hengget nak belanja budak2 ni ke kedai setiap hari pun aku tak tau.
Suatu petang (last week) papanya macam biasa bawak pegi kedai, budak kecik bawak balik air kotak Laici dan gula2 macam Tic Tac tu tapi bukan,jenama cokia rasanya.
Dia makan gula2 tu banyak2 walaupun tak la sedap benor, kemudian dia keluarkan balik,masuk mulut balik dan aku nampak terus buang.
Start dari malam tu..dia batuk2 dan terus semput yang teruk, napasnya berbunyik2 tak boleh tidor malam.


Hari Ahad aku bawak gi hospital Salam dan budak kecik ni kena neb 4 kali okeh...4 kali, tgh hari 2 kali dan malam pun 2 kali, doktor suggest suruh admit hospital tapi aku tak nak.
Malam tu lepas neb ke 4 dia bolehtidor lena, napas dah kurang bunyik tapi masih ada.
Esok paginya aku bawak sepital lain pulak..aku bawak gi DEMC dan doktor sahkan asthmanya dan berkurang, ada sikit dalam 20% dan dia bagi neb sekali lagi.


Ini gambar masa ambik neb kat DEMC, takut Hamzah sebab kat sini asap nebnya tu membuak2..hahah,nasiblah dik, selamat dah sihat.
Tapi la ni....tangan kanan dia kena gigit sesuatu pulak, bengkak mengelembung..tembab je nengok.Tapi gatal2....tak tau la kenapa lagi si buak kecik ni.
Nampak gaya kena beli Hamzah medical insuran la macam ni. 



1 comment:

Rizziela said...

Samalah mcm anak sy...athma

Popular Posts