Monday, April 29, 2013

WeeKend Ajer Ke KliNik!!

Salam all
masuk minggu ni dah setiap hujung minggu aku mesti pegi klinik...
Ahad lepas,, si Hamzah main kat luar rumah...habis kakinya kena gigit semut api...
melalak-lalak lari masuk rumah bersama sebatang penyapu dan mengadu "ket..ket" (sakit le tu)
Aku terus cuci kaki dia dan letak mint\yak..3 minit lepas tu dia keluar balik pegi main ngan kakak & Umar...15 minit lepas tu masuk balik aku tengok satu badan dah bengkak2..dia pulak tergaru sana-sini..cepat2 aku sapu dia calamine lotion pastu aku tukar baju start kereta terus gi klinik.
Alahan daaaa!

Minggu ni pulak...
Hari Sabtu petang main jugak kat luar ngan kakak & abangnya...
masuk rumah napas dah berbunyi semput...aku ingat sekejapan..malam tu dia tak boleh tidor..pukul 130 pagi yang hening tu aku kendong dia turun dan buat neb untuk dia..kebetulan ada 1 ubat neb kat rumah..
tapi tak berhasil banyak..sebab dia masih tak boleh tidor..asik bangun setiap 30 minit....
end up pukul 9 pagi semalam (Ahad) aku pegi klinik balik.Selamat Am ada kat rumah malam tu.

HHmmm....
tapi Alhamdulillah dia dah okey sejak 7 malam semalam...
Syukur sangat2...

Aku agak dia makan oren dan minum jus oren banyak sangat....dia ni jenis pencinta buah sangat2..kalau aku bawak pegi ladang mau gondol pokok orang agaknya...

Lagi satu pulak..bapaknya cakap hari Khamis dia pecahkan 2 bijik telur dan makan telur mentah dengan gembiranya...hadoi laaaaa....

* aku sedang dalam mood bertabah untuk 10 minggu akan datang sebab Encik Am will be away*

IRONMAN 3!!



I rally want to watch this movie, aku dah janji nak bawak Umar Zidan sekali..
tapi mak keje lah..maybe this weekend after mengundi kita boleh terus cepat2 pegi jalan2 tengok movie...weee!!

Umar asik asik cakap "maaaa..Umar nak tgk citer Ironman Seven" hhhmmmm...mak tak janji lah nak ooii sebab yg ada la ni baru sampai NO.3...esok Umar pegilah sendiri kalau Ironman Seven dah keluar yer..hek eleh!!

Friday, April 26, 2013

nEw LooK !!

Assalammualaikum semua..salam Jumaat yang berkah..
aaaiiiihhh...sambil aku menaip ni ada pulak kereta hon-hon kat bawah ni..aku turun jap lagi tunggu!!
Hahahaha...memekak jer..nak type pun hilang konsentrasi..
Tunggu bukan aku nak ikut..aku nak kasik pelempang sekali...ewaahhh..hon lagik...ok pedulikkan..budak2 agaknya.

Alhamdulillah masuk bulan ini aku dah 2 bulan lebih bekerja di tempat baru..so far so good..dan banyak pulak amanah2 kerja yg dipertanggungjawabkan..aku suka bekerja bila seseorang memberi kepercayaan kepada aku untuk laksanakan..kalau boleh aku harap aku dapat berkhidmat seikhlas hati supaya rezeki yang kita bawak balik untuk diberi pada ibu ayah dan juga anak2 itu berkat dan halal...

Kerja kat sini memberi aku satu cabaran baru..aku sebenarnya jenis yang tak suka bekerja dalam kumpulan yang ramai, aku jenis tak suka mendengar rungutan penuh emosi dan tak berakal manusia2 lain, aku harap mereka lebih ikhlas bekerja dan niatkan hati untuk bekerja sambil mendapat keredhaan Allah.
Tak mampu nak nyatakan luahan penuh emosi dan tidak berakal mereka setiap hari..perkataan BODOH sudah menjadi seperti manisan bibir...seringkali di ucapkan buat aku rasa sangat irritated!

HHHmmmm....takpe lah...tatkala ini aku sedang mengawal aura positif dalam diri aku supaya ianya tidak berkurang..kalaupun tak bertambah biaralah ianya kekal di paras ini...

Ceria-ceria selalu...


*ehhhh hari ni aku mengarang macamkan menulis untuk ruangan merawat hati pulak*

Thursday, April 25, 2013

Hello All !!

Lama aku tak apdate pasal diri sendiri...
kisah aku tak ler se best cerita kak ton dan mak jemah yang lain...
aku ni biasa2 jer takde beda...
perkara yang buat aku tak senang duduk sekarang ni ialah sebab muka aku yg penuh ngan jerawat dan bekas jerawat.
Tangan aku pulak asik2 nak usap2 jer..
itu hari aku pakai product Body Shop kan??
mula2 mcm ok..lepas sebulan aku tukar cleanser dari Vit. E ke Tea Tree sebab muka aku berminyak-minyak cam penggali minyak kaedahnya...tak sanggup...
then..semua tu pun bermula...muka less minyak tapi jerawat,jeragat tumbuh sana sini...
tak selesanya...
malu weh....tak confident rasanya.

Aku dah pun beli satu jenis supplement nak kasik clean & clear muka aku ni..
laju-laju aku tempah dan harap esok aku boleh dapat dan terus telan..
tunggu review aku siap-siap..
aku pun dah siap2 snap gambar aku yang hodoh sepang barat ni konon2 nak buat testimoni.

Ada orang cakap hormon changes...?? Aku rasa aku kurang hormon apa yer...hormon apa yg banyak kalau kita ngandung?? yg itulah aku kurang sgt kot..sebab apa..tiap kali aku ngandung aku rasa muka aku bersih jer...takkan nak suh aku ngandung pulak??? Nanti lah dulu...huhu...

tunggu review aku kat produk baru tu..

Wednesday, April 24, 2013

CoReLLe MuRaH UnTuK HaRI RaYa !!

 Salam all...
pre order ETA Julai masih dibuka...khasnya kepada mereka2 yg mahukan set pinggan baru menjelang hari raya nanti..boleh buat pre order sekarang.
Jangan tunggu2 lagi..
whatapps me at 0122361090 - Ammi









Wednesday, April 10, 2013

UbAt TiDo !!

Huuuwaaaa..
lately tido malam aku tak berapa nak lena..mungkin sebab cuaca yang panas sangat disamping aircond yang dah 3 tahun tak pernah aku panggil orang servis kan....

HHmmmm..dulu aku selalu ada masalah susah tido ni..nanti malam2 berjaga..mata ngantuk tapi otak pulak tak mau tido...walau mata tertutup otak asik ligat jer.Bahaya weh..aku rasa cam Mikel Jekson pulak..aku rasa lah..inilah yang dia alami sebab tu dia ambik ubat tido...tapi sebab dia femes la kan..aku femes ker masalahnya??

Sejak keje opis ada farmasi ni..aku tau lah jugak ubat2 yg sedang diperkatakan di pasaran..
salah satunya ubat untuk menenangkan...aka ubat tido tapi bukan drug yer...ianya campuran herbal, membantu kita mendapat tidur dan rehat yang sepatutnya.
Nama product tu nanti aku ingat balik..Relax Tab rasanya....aku belum la makan lagi...kalau aku agak kritikal sangat susah nak tido..boleh lah kot cuba.


Bestnya kalau dapat tido cam baby ni...

Friday, April 5, 2013

LaMa TaK BuAt WiShLisT !!

Assalammualaikum all...
lama dah aku tak tulis wish list merapu aku...
agak-agaknya masih ada lagi ker sesuatu yang aku idamkan...
dengar cerita harga emas sedang jatuh sekarang ni...inilah masanya kalau kita nak tambah pelaburan atau koleksi emas kita...

kisah aku...
aku minat gelang tangan yang pesennya macam ni..agak kolot kalau ikutkan fesyennya..tapi itulah aku...lagi satu jenis yang aku minat tentulah yang berjuntai-juntai kita panggil charm bracelet.Ada satu aku dah tgk kat sebuah kedai ..harga about 2.2k...telan air liur 7-8 kali sambil kelip2 mata, aku letak balik dan blah!




Itu hari aku sibuk nak iPhone, tetiba now dah tukar hajat nak Sony Xperia Z pulak. sebab design dia lagi cool dari iPhone....tapi harga handphone ajer dah beribu-ribu kan..baiklah aku tumpukan pada hajat melabur dengan beli emas.





Takpe...wishlist biar berjela biar hidup ni ada la jugak matlamatnya....supaya kita berusaha lebih gigih..dan jangan mudah mengalah dan suka meminta pada orang lain...kalau nak meminta..memintalah kepadaNya..bukan doa hari2 nak mintak handphone pulak..doalah supaya diberikan rezeki yang murah dan berkah daripadaNya...inSya Allah.

Wednesday, April 3, 2013

PrE - OrDeR CutLeRy / FlaTWaRe Set

Cambridge Nico Frost 45-Piece Buffet Server Flatware Set:
  • 18/0 stainless steel
  • 45-piece set
  • Service for eight
  • Two-tone, mirror and sand finish
  • Five- piece hostess set
  • Includes:
    • Eight salad forks
    • Eight dinner forks
    • Eight dinner knives
    • Eight dinner spoons
    • Eight teaspoons
    • One serving spoon
    • One slotted serving spoon
    • One serving fork
    • One sugar spoon
    • One butter knife
    • One chrome drawer/buffet storage tray


International Silver Simplicity 53-Piece Flatware Set


International Silver Simplicity 53-Piece Flatware Set:

  • 8 salad forks
  • 8 dinner forks
  • 8 dinner knives
  • 8 steak knives
  • 8 dinner spoons
  • 8 teaspoons
  • 1 tablespoon
  • Pierced tablespoon
  • Cold meat fork
  • Butter knife
  • Sugar spoon
  • 18/0 stainless steel          

  • Pre OrDeR CoReLLe eTa JuLaI!!



    Assalammualaikum..
    pre-order corelle eta Julai mula dibuka untuk tempahan..deposit serendah rm100 dan bulanan cuma RM83++ sahaja.Apa tunggu lagi..tak rugi kita membeli secara ansuran sebab harganya sama jer kalau kita beli tunai..tapi kalau beli di Malaysia memang tak dapat yer harga macam ni ..RM350/set sahaja.

    Jom whatapps untuk sebarang pertanyaan.

    Terima kasih.

    CeRiTa SaLMoN !!

    Assalamualaikum...
    lama tak cerita salmon..kali ni nak cerita Ammi takde masa buat kali ini untuk mengambil order dari kawan-kawan semua..
    Minta maaf kepada yang sudi bertanya dan sms bertanyakan stok...
    Insya Allah tiada aral..Ammi akan buka semula pre-order salmon selepas ketibaan stok Corelle...
    Tunggu update salmon akan datang yer..

    Bye!

    Popular Posts