Tuesday, March 26, 2013

I'm NoW DoUbLe 3 !!

Yeeaahhh..happy birthday to me..myself and I!!
Hahaha..last week 22nd March was my 33th birthday..
takde la happenig sangat tahun ni..semua yang lahir bulan 3 kali ni takde rasa sambutan meriah pun untuk birthday masing2..semalam birthday Umar pun mak tak belikan kek. Dia cuma nak nasik ngan sup..cukup!
Tapi yang tak happenig ni la best..Mr.Am belikan hadiah buat kali yang ke-berapa ntah...
Sekarang perangai dia cam dah ok sikit bila bab birthday aku..
dulu tak berapa nak kesah..seret aku masuk kedai kek suruh pilih nak makan kek apa?- very tak romantik
Second stage kebagusan dia bila dia suka belikan hadiah then kejut aku tgh2 malam pukul 12 suruh aku bukak hadiah...ada sekali tu dia belikan aku kasut NIKE..tgh malam tu jugak dia suruh aku pakai atas katil..it's like..hhaaiiiyyyoo lah bang ooii!
But now...dah tua agaknya.,..kek pun takde..huuuhuhu tapi dia belikan hadiah sebab dah 2-3 tahun gak aku tak mintak hadiah...hadiah to me is like when Am ajak aku gi kedai beli sesuatu yang dia nak aku ada..
so this time dia seret aku masuk kedai jam..walau aku dah ada jam Seiko 5 hadiah harijadi dia pada kau jugak..tapi dah 3-4 tahun yg lalu kot...
dan kali ni aku pilih yang ini..

Haaaa..cun tak?? Sangat cun hokeh..besar dan boleh keluar lampu...haaa dah tua2 ni aku beli jam keluar lampu..ko mampu?? Nak berlampu bagai kat jam tangan?? Hahahaha...
anyway thank you abang for your kind corcerned and love to me now and forever....
Next year kita mintak jam dinding pulak...



Monday, March 25, 2013

UMaR ZiDaN Is 4 !!

Assalammualaikum hari Isnin 25hb Mac 2013
Hari ni ulangtahun kelahiran anak mak Umar Zidan yang ke-4
sejak 3-4 lepas dia demam...dah lama sangat dia tak demam tiba2 demam..nak besar agaknya.
Dia lahir pukul 7.01ptg dengan tali pusat melilit lehernya..biru2 bibirnya dan kemudian hitam masa umurnya dalam pantang..
Alhamdulillah dia tiada masalah lain selepas itu...now dah besar dan lagaknya cuma nak jadi Ultraman..kadang bila tanya siapa namanya..dia akan sebut "Diego"..hampeh ko Ultraman Max!
Semoga Umar Zidan menjadi anak yang soleh,berbakti dan beramal dengan ilmu untuk agama bangsa dan negara

Thursday, March 21, 2013

i lOvE PaNDoRa !!


Hello all
tetiba nak tulis masuk blog yang aku minat Pandora...
tapi kena kumpul harta dulu baru leh beli gelang ni buat perhiasan..sebab apa??
Mahal bebenor beb..
gelang dan segala charms nya itu dijual bersingan..
gelang pun ada mcm2 jenis, silver,leather,gold dan harganya ikutlah jenisnya.



FFuuhhhhh hat atas ini sangat mengancam..roughly aku boleh cakap harganya almost 2K!

SeLaMaT AmBiL KePuTuSaN SPM!!

Assalammualaikum..
kepada adik sepupuku..selamat menempuhi perjalan baru dalam hidupmu kelak selepas keputusan SPM berada dalam genggaman..baik atau tidak keputusan itu..itu yang tertulis bukti dari apa yang kau usahakan.

Teringat zaman aku ambik result dulu...
pakai pun sememeh jer..aku ni jenis tak lah pandai bersosial benor time tu..tak pandai sangat jalan2 kulu kilir..paling2 pegilah Kompleks PKNS tu..naik bas 60sen...sejak habis sekolah tak jumpa kawan-kawan lain selain yang duduk dekat2 ngan umah mak ayah aku..time tu talipon tangan adalah sangat asing..apalagi nak memiliknya..sampai sekarang aku pernah beli henpon sekali jer dalam hidup aku..lain2 semua laki aku atau ada 1 tu adik aku yang belikan.OOhh masih kolot aku rupanya!

Okeh..hari nak ambik result ditunggu penuh debaran, masa tu aku dah kerja full time (contract basis) kat pejabat pos,gaji 25 hengget sehari.Lumayan tu..kalau time sekolah mak aku cuma bagi 50 hengget jer..untuk sebulan..bukan sehari atau seminggu yer..ko pandai2 lah.Aku mintak keluar kejap dari opis then mintak tolong abang posmen hantar aku...bukan naik motor tong tu yer..mana celah aku nak masukkan kaki aku nanti..takkan nak masuk kaki dalam tong pulak...naik van okeh!

Okey-okey dah sampai sekolah..terima kasih abang posmen hantar saya..doakan saya berjaya (la sangat,nnt abang posmen belanja makan..hikhik) Depan pintu opis dah penuh kawan2 yang bertukar wajah dan gaya...semua tak pakai baju sekolah masa ambik result..pakai baju biasa jer.sedang aku nak ambik post mencelah nak ambik nombor ke haper..makcik aku (dia cikgu sekolah aku time tu) terkam aku sambil bawak result aku...ooooommyyy so tak supprisee! Malu lah aku, makcik aku yg ambikkan.tgk result aku yang suram tu..aku yakin ianya suram...!! Dengan muka bahagia..makcik aku cakap aku lulus..aku cakap aggregat 30 ke..target aku agg 30 ngko..bongok siot! takde cita2

Makcik aku cakap "tak...bagus..agg. 25!! Muahahahah...gembira siot sebab sama pandai ngan abang aku yang aku rasa dah cukup bagus tu..tapi dia kelas sains la..aku kelas Prinsip Akaun yang dapat F9 tu.

Muauahahahaha...tak terkata gembiranya...balik ke pejabat pos semula dengan hatin yang gembira sekali....

* Aku memang orangnya yang biasa2 saja dalam pelajaran...aku tak berapa cemerlang seperti abang dan adik aku....aku selalu rasa aku ada keistimewaan lain selain dari belajar yg mana abang dan adik aku tak ada..walau aku takde kulit cerah seperti mereka sekalipun....tapi aku harap aku lebih membahagiakan ibu dan ayahku..In Sya Allah...*

CoReLLe NeW DeSiGn LaGi !!

B-Frame 16pcs (ada 3 warna biru,coklat & purple)

Splendor Vio 16pc

Soleil Rose 16pc

Dibuka untuk pre-order ETA Julai, whatapps kami di 0122361090.Terima kasih!

Wednesday, March 20, 2013

CoReLLe NeW DeSiGn !!

Blushing Rose 16pcs

Jacacaranda 16pcs

Sincerely Yours 16pcs

Spring Faenza 16pcs
Woodlands Leave 16pcs

Pre - order ETA Julai di buka mulai akhir Mac, boleh buat tempahan dengan deposit serendah RM100 dan baki dibayar dengan 3 kali ansuran. Harga adalah tidak termasuk kos post, kos post ialah RM15/set atau anda boleh datang ke Shah Alam untuk self collect.
Whatapps kami untuk reply yang lebih cepat 0122361090.Terima kasih.

Monday, March 18, 2013

Burung Helang di Atas Batu Kawi = LANGKAWI!!

haaaa...kalau nak tau mana LANGKAWI mendapat nama...baca tajuk entry aku nih. At least tak sia2 gak aku pegi Langkawi ni..dapat gak sebutir pengetahuan daripadanya...hahahah!


Pagi pertama di Langkawi..anak2 bagun awal (excited tak habis lagi) mereka nak tengok laut dan main pasir..aku masih terkebil2 penat tak habis..sebab tidor himpit2 cam sardin dalam tin...aku dengar gedebuk malam tadi..aku rasa Am jatuh katil...bila tanya dia tak ngaku..hahahaha! Naseb lah bang!



Kejap jer aku bagi main pasir..lagipun air laut cetek sikit..aku tak kasik budak2 ni mandi..kami siap2 terus gi sarapan...ni gambar kat umah kawan aku tu..kawan aku ni duduk memang betul2 kat Pantai Cenang,keluarga suaminya memang buat bisnes resort, kedai makan dan segala yang berkaitan dengan perlancongan di Langkawi ni. Umar suka betul dapat main pasir..lagi pulak aku dah belikan set sodok pasir tu..maka beria - ia lah dia menyodok bagai.

Tapi aku tak puas hati dok Mali Best..bilik kecik untuk kami yang 5 orang ni...so end up check out tgh hari tu and check in tempat baru >> Resort World (Awana Porto). Nanti sambung balik yer

Saturday, March 16, 2013

HaMZaH Is 2! 110311-110313

Alhamdulillah..11/3/13 yang lepas Hamzah Qayyum genap berusia 2 tahun...sekejap masa berlalu anak kecil yang dulu aku macam terkejut menerima berita kehamilan kini dah besar dan sangat menggembira kan hati walau kadang2 tu mak panas gak hati..al maklum anak jantan..masih kecik pun dah pandai bergaduh. Dia lahir tatkala Jepun dilanda musibah Tsunami yang amat dahsyat...ingat Tsunami Jepun..ingatlah ulangtahun kelahiran Hamzah.

Semoga anakku menjadi insan yang beramal dengan ilmu dan agamanya. In sya Allah!

Holiday di Musim bukan cuti !


Assalammualaikum all...
lama dah menyepi tak update blog kan...semenjak masuk kerja di tempat baru, aku sangat2 takde masa nak menjenguk blog apalagi nak mengarang bagai..
rutin harian 100% bertukar..sekian lama aku tak rasa bagaimana itu "bekerja" now aku sedang mengubah hala kehidupan menjadi seorang isteri,ibu dan wanita yag bekerjaya. Selama ni rutin goyang kaki ku di office lama kat Subang Jaya sudah berakhir...yang penting duit retrentcment bakal masuk..hiphiphoooray!

Baru kerja masuk bulan yang kedua (pun tak habis bulan Mac lagi) aku dah apply cuti 4 hari terus kau...naseb lah kalau effect prohibition ke apa? sebab aku dah planned cuti aku ni semenjak last year lagi..dengan tiket beli salah tarikhnya (aku ingat time ni cuti sekolah dah)...anak aku si Feesa ponteng sekolah 4 hari jugak...hahaha!

Kami bertolak dari rumah pukul 130 tg..flight janjinya 330 berlepas dari LCCT tapi janji tak ditepati maka nak pukul 4 baru bukak gate bagai..anak2 yang excited cam nak pegi obersee gamaknya dah restless dok dalam departure hall tu...melalak, bergaduh,berlari dan merengek tunggu kapalterebang sangat! Pow aku beli coklat 3 beradik dah 11 hengget...sakitnya hati sebab mahal sangat.
Tengok gambar atas, muka laki aku dah berkerut 5 atas dahi nak tahan peel dua beradik yang melasak ni. Si Hamzah bangsa tak paham bahasa sangat..si Umar pulak bangsa buat-buat tak paham bahasa. Berbeza tu walau bunyiknya dekat2....
Masuk jer kapalterebang...aku dah mcm OMG anak2 aku..bukan sebab mereka kelihatan batak dapat naik kapalterebang, tapi sebab Umar dan Feesa pulak bergaduh nak duduk tepi tingkap.Si Feesa pulak jenis tak akan mengalah walau kapal tu nak pecah dengar tangisan adik dia...huuhuu sabor je lah..sampai aku cakap kat steward tu...kalau ada tempat kosong tepi tingkap bagi saya duduk..selamat flight tak penuh..maka lepas tu aku suka-suka hati ler duduk tepi tingkap mana sekali pun...hambeekk ko..jgn gaduh2...nak duduk tepi tingkap jamban sekalipun boleh..manusia kurang pagi tu.

 Ini pengalaman pertama naik kapalterbang untuk Umar Zidan dan Hamzah..Umar dah pandai tunjuk excitednya dengan bercerita pada nenek yang dia nak naik eeracia (AirAsia) pegi Langkawi.Dah besar anak aku dan kemahiran berbahasanya jugak semakin bertambah..lagi2 part mengata kakaknya "gemok"!
Sepanjang 1 jam dalam kapal...2 orang budak excited ni..bertambah energy..Umar masih boleh di ajak berbincang tapi Hamzah..panjat kerusi dari depan ke belakang, yang kelakornya..steward tak mesra kanak2 dalam kapal tu dok jegil2 bijik mata kat anak aku yang jenis tak heran orang nak marah ke haper....kakakaka..anak aku buat tak paham jer..kesian budak steward tu..jegilan mu tidak berjaya menakutkan anak2 aku yg lasak tu...so aku pun penat.

Sesampai kat airport Langkawi kawan baik aku dah tunggu...lepas dia ambik kita orang terus ikut dia ambik anak2 dia balik sekolah..singgah pasar malam, makan malam kat umah dia dan baru check in Malibest Resort.Masuk2 jer hati aku dah rasa tak best...bilik kecik dengan kami yang 5 orang ni..aku rasa masa tgk gambar besor jer biliknya..sungguh2 aku kena camera trick.Hajat di hati nak tidor 2 malam kat situ terus aku cancel for the 2nd night. Esok paginya aku gi breaksfast kat kampung Temonyong, makan roti canai, nasik lemak ngan kawan baik aku ni...lepas tu aku pegi ronda2 sampai ke Kuah dan tak beli apa2 pun sebab hati masih runsing tak buat booking untuk bilik malam kedua n ketiga lagi...balik dari Kuah dengan cuaca yang sangat panas tu..aku pegi umah kawan au lagi...lepak2 sambil searching Agoda.Aku dah tekad nak duduk kat Resort World pulak..sekali nak booking guna CC aku tak boleh...aku pun call hotel...caj hotel dan online agent ni berbeza tau...aku call depa cakap harga bilik paling murah ialah RM385/night sedangkan offer di Agoda/Asiawebdirect cuma RM170/night incl breakfast lagi. Kelam kabut mintak tolong seorang kawan yg sangat2 baik hati...terus dia bookingkan bilik dengan bayaran penuh. Alhmadulillah aku dikelilingi kawan2 yang sangat  mudah berbuat baik..semoga kalian diberkati Allah dalam kehidupan.

Okey..banyak pulak aku mengarang...nanti sambung balik.

Popular Posts